Sunday, July 31, 2011
12.59PM 4 Ditangkap Tak Puasa, 7 Yang Lain Bersubahat
Hari ni 1 Ramadhan 1432H, hari pertama seluruh umat Islam yg sempurna syarat menjalani Ibadah Puasa.
Tapi sekarang jam lebih kurang 12.59PM, aku dapat tangkap beberapa orang yang kantoi tak puasa. Tak taulah sengaja ke tak, bersebab ke tak. Mostly blogger femes!! Haihhh. Tengoklah cemana diorang kantoi ea.
Dahsyat kan! Kenyang sangat IEB tu sampai bersyukur pun silap, jadi AlhMamdulillah kan instead Alhamdulillah. =.=" Tapi takpelah kan, pompuan banyak sebab tak pose, tapi ade 3 ekor jantan kat situ pun tak pose jugak pehal? #tibeemo. Kemain Kirin makan roti telor kan, potong teloq hang baru tau. Budak kecik Syazwan plak sesuka suki je koreng hidung. Eleh comel lettew. Comel lettew??
Suspek terakhir tu, Aquino Vistrada Tomas, emm ni nama je nampak macam bukan Islam ni. Takpelah, abaikan die. HAHA.
Setakat ni 12.49PM, mungkin kalau sampai petang ramai lagi yang kantoi. *@^^%@^$@!! (carutan versi bulan ramadhan XD). Gegurau je. Okbyeee. Selamat berpuasa korang!! XP
Friday, July 29, 2011
PEDOMAN @aosf : Edisi Ramadhan al-Mubarak Siri 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, masih bertemu dalam ruangan PEDOMAN@aosf setelah sekian lama menyepi. Kali ini aosf membawakan siri khas untuk ruangan ini bersempena dengan kemunculan Ramadhan alMubarak. PEDOMAN@aosf membuka tirai dengan sejarah awal bermulanya puasa umat yang terdahulu.
PUASA DAHULU KALA.
Puasa bukan bermula pada tahun ke 2 Hijrah. Sejarah puasa telah bermula sebelum Muhammad SAW diutus menjadi Rasul lagi. Allah berfirman yg bermaksud, “Hai orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah alBaqarah 2:183)
Dalam konteks alQuran, ‘orang sebelum kamu’ merujuk kepada penganut agama samawi. Puasa yg diamalkan oleh mereka juga berlainan bentuk & cara pelaksanaannya berbanding umat Muhammad. Siapakah mereka & model puasa yg diperintahkan Allah atas mereka?
Maryam berpuasa dengan tidak bercakap. Allah berfirman yg bermaksud, “Maka makan, minum & bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah : ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam 19:26)
Puasa Nabi Daud, berpuasa sehari dan berbuka sehari secara berselang seli. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, “Sesungguhnya puasa yg paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yg paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (solat) sepertiganya dan tidur semula seperenamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari.” (Riwayat Muslim)
Adam dan Hawa diperintahkan agar menjauhi buah larangan. Allah berfirman yg bermaksud, “Dan Kami berfirman: ‘Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.’” (Surah alBaqarah 2:35). Tegahan daripada mendekati pohon larangan tersebut juga menurut sesetengah ulama’ termasuk dalam al-imsak (menahan) iaitu maksud puasa dari segi bahasa.
Nasrani yang disyariatkan berpuasa 30 hari pada bulan Ramadhan, namun kemudian mereka menambah sehingga 50 hari.
Sejak berzaman-zaman, berpuasa diiktiraf sebagai satu jalan membendung nafsu & mengendalikan hati, anggota badan, perilaku dan emosi berlandaskan panduan syariat. Tidak kira daripada apa kita menahan diri, apa yg penting ialah keikhlasan dalam mentaati perintah Allah SWT yg mendasari hati.
5 BONUS KHAS RAMADHAN
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
Bonus 1 Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2 Para Malaikat beristirghfar untuk mereka sehingga berbuka.
Bonus 3 Allah memperindahkan SyurgaNya setiap hari dan berfirman : ‘Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).
Bonus 4 Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5 Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).”
Mengenai bonus ke 5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda SAW, “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?” Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga sedikit ilmu ini memberi manfaat dan menambahkan keazaman untuk meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan. Sama-sama kita doakan. InsyaAllah.
Artikel diserap masuk penuh dari Solusi Isu No. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal.
Monday, July 25, 2011
Aku Dah Agak, Makcik Café Memang Ada Niat Nak Bunuh Aku!
AMARAN, ENTRI-SEPATUT-PUBLISH PAGI TADI.OKBYEE.
Kemainn panjang kan tajuk aku, tadi aku pegi beli goreng pisang tau, kat Kafe Fakulti bawah. Dengan niat nak makan goreng pisang je lunch ni. Diet katanya (Diet lahh sangatt lahanatt, dah makan 2 polisterine mee goreng kata diet). Aku tak kesahlah korang nak kate aku ape, tp mmg aku nak diet. Aku nak diet! Aku nak diet! Haa nampak? 3x aku stressed ayat tu maknanya aku mmg serius la. Ya Serius…Serius aku lapar.
Gambar hiasan. Oh *heartrobbed* |
Dengan muke protes, aku jumpe Makcik Kafe (Makcik Kafe kt sini adalah Makcik kafe yg menjaga kaunter kafeteria, bukan makcik yg duduk depan komputer main Café World sambil gelak2 pegang pencukur janggut). Aku pun marah Makcik Kafe tu “Woyyy! Asal Biajingan tu xlayan aku? Aku nak Milo Ais bungkus laa!!
Tapi citer entry ni aku nk citer pasal lunch goreng pisang aku (ehemm diet ok). Ni gambar goreng pisang yang aku beli tadi.
Pisang goreng ni tengah couple. |
Tadi ade gak survey + google cost crowning teeth, mostly around 1.5K-1.8K. Magawddd~ Matilah sampai raya gigiku seperti ini. T__T. Hulurkan tangan, ringankan beban, click nuff aku bebanyak k. Sobsob.
Friday, July 15, 2011
[Review] Harry Potter 7 & Azimat Maut Bahagian II
AMARAN : ENTRI PANJANG 19INCH.OKBYEE.
Harry Potter 7 and Deathly Hallows Part II (saje taip tajuk utk entri SEO, SEO lah sangatttt!)
Aku nak bagitau aku dah tengok Harry Potter 7 & Azimat Maut Bahagian II (HP7II). Sebagai menjalankan tanggungjawab seorang blogger so kene la review sikit (bajet selalu update entry je kan, lahanat). Annoying tak bace tajuk entri ni? Ni Google Teranselit yg bagitahu, aku transelit Deathly Hallows ke Malay kuar Azimat Maut, bila aku translate Azimat Maut ke English kuar Death Talisman. Bugima kan? Ok takbaik carut time hari Jumaat, nnt kene panah
Secara keseluruhan aku bagi 4.89 bintang dari 5 bintang. Sebab citer ni best sikit dari citer Transformers 3 tu yg ntahapa-hapa.
OK sekian review dari aku. Okbyee.
Aa mesti rase nak lempang aku kan? Ok citer la sikit, karang korang mencarut kt komen aku plak, umm kesah plak aku korang mencarut.
Jalan Cerita @ Story Road
Menarik. Ok tu je.
Kompem ko kene carut japgi Lann. Pada aku jalan cerita die menarik, penuh debaran dan meter aksi 8/10. Jalan cerita die tak bosan sangat, and setiap babak tu memberi jawapan kenapa, kenapa dan kenapa. Aa dah kenapa aku nak kenapa2 sangattt kan.
StoryRoad (jadah apela terma ko guna ni Lann), bermula apabila Voldermort (eh betul ke aku eja ni? Macam mammoth pun ada) memiliki Ranting Kayu Sulung. Ranting Kayu Sulung atau Elder Wand, merupakan ranting kayu paling berkuasa sekali walaupun ghopenye macam ranting kayu, tapi bila pemilik nya membaca “Erecto!” (salah satu doa ahli sihir), pihak lawan akan mengalami ereksi. Best kan leh sumpah orang jadi ereksi. Amende ereksi ni ek?
Voldemolt sugguh gay kat sini. Okbyee. |
Dengan demikian (ok ayat penyambung utk karangan BM), bermulalah pencarian Hoxcruxes selebihnya oleh Harry Potter (HP), Hermione Granger (HG) dan Ron Weasley (RW). Oh lupa Lord Voldermolt (LV) pon carik jugak menatang tu. Yelah nak jadi hebat, kuat & berkuasa kan. Manusia taktau bersyukur, tamak, takabbur dan bajet femes senanya Voldemolt ni. *padan muke Ron, name die kecik.
Sebab utama HP mencari Horcruxes sebelum Voldermolt jumpa dulu adalah taknak bagi Voldemolt ni berkuasa la (juga tamak, takkabur dan bajet femes) sebab salah seorang dh memiliki satu dari pada item DH. Harry = Cloax of Invisibility, Voldemolt = Elder Wand.
Part paling meremangkan segala jenis bulu kat badan aku adalah part kawan-kawan HP dekat Hogwarts tu defend sama-sama tolong HP dari serangan bala tentera Voldermolt. Bukan setakat kawan-kawan, profesor-profesor kt situ pun sume sokong HP especially Prof. McGonagall, masa tu aku dah ‘Magawwddddd~
Perisai yang melindungi Hogwarts sikit-sikit hancur kene serang dengan geng Voldemolt |
Keji kan aku? Okbyee. |
OK panjang sangat, aku nak highlight scene-scene yang best dari pandangan aku.
Scene 1 : Kemusnahan Hogwarts apabila diserang oleh bala tentera Voldemolt.
Scene 2 : Masa Harry, Hermione dgn Ron nak melepaskan diri dari Bank Simpanan Ahli Sihir (suke aku je kan namakan tempat tu) sambil menaiki Naga yg muke macam Seth Tan tu.
Jelas ke Seth Tan an di wajah naga ini kan. |
Scene 4 : Pertempuran akhir tembak-tembak laser antara HP dgn LV.
Keadaan sangat tegang masa ni OK, semua sekali menegang, baik geng Harry mahupun geng Voldemolt. Tapi mujurlah Hermione Granger sempat berdoa,
Berkat doa my Minnie, Lord Voldemolt telah insaf di tengah-tengah pertempuran tadi, beliau sempat mengucap istirghfar 40x lantas bertaubat nasuha dan dan tu jugak. Akhirnya kemenangan di pihak geng-geng Harry. Yeiihh!
Aahaha? Ade rase nak bunuh aku ke? Haha, mane leh aku citer ending die, korang kene pergi tengok sendiri la HP7II tu. Muehehe. Cuma aku nak gtau, nnt HP akan mati….tapi..tapi…tapi….pergila tengok sendirik~~
OKbyee.
Err. Lupe, tadi aku google gambar Hermione Granger, tapi salah satu ade kuar gambar ni.
Hai, nama saya Hermione >.< |
ERECTO!! *aku sumpah korang sume mengereksi.
OKBYEE.
p/s : esok ade interview. pray for me! >.<
Monday, July 11, 2011
Kita Kepit Orang Yang Tengah Kahwin
Kesinambungan daripadan entri INI, aku nak sambung cerita tentang kawan aku yang telah melangsungkan perkahwinan beliau 25 May 2011 lepas. Kemainn lama kan baru ko nak update lann! Huk3. Kedua tetupai adalah kawan aku semasa belajar di UKM dulu. Tetupai yang dimaksudkan adalah.
Nampak aku dh pandai centerkan gambar guna Wins Live Writer (WLW) ni? Nampak? Nampak??? Selamat Berkahwin, sound agak kasar. Selamat Pengantin Baru, agak lame, sebab diorang dah tak baru sangat, so oklah Selamat Berkahwin. Haha. Ape yang aku nak gtau, aku ngan ehem2 Norlin Sabuti (#ns) telah dinobatkan sebagai pengepit kedua tetupai ini. Kemainn kan ade hashtag bagai.
Pengalaman pertama menjadi pengepit, aku sangat gugup. Hek eleh bru jadi pengepit dah gugup, lom nikah lagi tu. Malam pernikahan diorang, aku asik gtau #ns “Ihh..nebeslahh. cemana ni, orang lain yg nikah, orang lain yg nebessss…” Rase nak lempang aku je kan. Aku pedulik pe, mmg aku nebes. Ni gambar sekitar Majlis Pernikahan, malam sebelum bersanding.
Aku nikahkan Tok dengan Norlia Ghani dengan mas kahwennya Mas Idayu |
Abes akad nikah, Tok Kadi dengan kohajaa nye telah mem-psiko aku pulak. Die tanya “Hah yg ni dah kawen ke belum ni?”. “Belum Tok. Hukhuk…” Ujarku dengan penuh sopan dan bertatasulisa. Dengan suare ala-ala askar beliau kata “Abestu bila nak kawen?? Nak kene bukak seluar dulu kat sini baru nak kawen????”. Magawwddddd~ spechess aku…T___T .
Isi tersirat Tok Kadi ni tak dapat aku kupas sehinggalah kini, apekah yg beliau cube sampaikan senanya. Mau je aku cakap kat Tok Kadi malam tu, “Ye Tok? Kenapa Tok kene bukak seluar dulu baru boleh kawen ye? Tok dulu kawen dengan care camtu ke Tok? Kalau saya buka seluar, saya takut Tok terasa terhina je tengok adik saya Tok!” --- Haa garang tak aku? Siap ade ‘!’ lagi, tu menunjukkan yg aku betul2 protes. Tapi dalam hati jelaa T___T , dengar sore Tok Kadi tu pun aku dah basah peluh luar dalam. Jadi malam tu aku bior Tok Kadi tu menang, aku diam je sambil buat senyuman Robert Pattison nak hisap dara orang.
Selesai akad nikah, adalah masa bernyarongan cincinan (kemain burok terma aku) walaupun perut time tu lapo, aku cube cover macho buat-buat tough (walau realitinye aku mmg tough, tp aku xkan ngaku yg aku tough. Tawaddu’ kan? Pe lagi pinanglah aku).
Usolli fardho zuhri... Eh silap doa |
Selesai berlakon berdoa dengan penuh khusyuk dan sesi menyarong cincin, adalah masa gegambar di mana pengantin melakukan sesi yang tak teragak-agak pada malam itu, iaitu sesi berciom-cioman. >.<
Emmm..Muahhhhxxx! |
Aku ade bini, kau ade?? |
Ciom mak memasing pulak. Ummm buchukk! tetupai jantan tu gaya cam…emm..cam..err….okbyee.
Selesai majlis dalam rumah, adalah majlis memakan. Tapi orang sibuk makan, aku sibok pakat cari member-member bergosip sakan.
Ko nak tau, muke Mak Bedah tu macam ini haaa~~ kohkohkoh! |
Majlis Persandingan keesokkan harinya, aku dapat curik satu je gambar, yg lain-lain mana ntah menghilang. Rase time atas stage tu (wahhh stage, macam artis katenye) mcm ramai giler snap gambar, sampai tak sempat aku nak posing, flash memancor kiri kanan atas bawah. Overr~ flash dari bawah nak snap ape? Aaaa.
Huii, siriyesnye muke aku. >.< Kalau nak tahu, kerusi yg tetupai tu duduk, tingginya adalah 185CM + 22 inch setengah. Sebab kerusi tu sama level dgn kepala aku mase pakai songkok tu.
Tu jelah gegambar yg aku sempat curik dari facebook yg mostly dipunyai oleh Kamerakaman Nas Nipon dan isteri Kamerawatinya Amira Khairani. Keji kan aku, curik gambar orang letak watermark sendirik. HAHAHA. OKbyee. *sape suruh fb wujudkan button downloadkan kalo xleh download gegambar kt fb tu kan, lagi satu sape suruh mozilla ade button ‘save picture as’ kan. Aaa takde sape pun yg suruh pun. Kemainn banyak alasan ko lann!
OKlah sampai sini dulu esei aku, papepun aku doakan semoga perkahwinan mereka berpanjangan jodohnya sehingga ke Syurga hendaknya. Aminn. Ade sesapa nak khidmat mengepit pengantin? >.<