Tuesday, May 24, 2011

[VIDEO] Burung Ape tu? Juara Maharaja Lawak

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.


Aaa pagi-pagi dah main burung. Ape kaitan burung dengan Juara Maharaja Lawak? Yahh! Peserta kat bawah ni memang layak dinobatkan sebagai Juara MaharajaLawak. Lawaknya yang memang tiada tandingan mengalahkan lawak-lawak daripada Jozan, Jambu, Nabil mahupun Amir Rajalawak.
"Satu percubaan yang MANTAP" - Harun Salim Bachik (Juri RajaLawak)
Aaa burung ape kat atas tu? Burung ape? Nak tau burung ape, tengok video ni. XD



Haa.bagaimana? Dasyatkan kelawakan beliau? HAHAHA. Mari kita lihat komen-komen penonton tentang kelawakan beliau pulak.

1. a105901 - Aku rasa cam nk nanges tgk dia nieh,.. semoga roh dia d cucuri rahmat~ ahaks~
2. fizan85 - mak aiii.... 10 minit aku gelak xleh nk stop... muka sposen jer....
3. sepulnuar - aku tegelak jugak bila nengok video ni. tiba-tiba aku perasan, aku bukan gelakkan lawak yang mamat ni cuba buat, tapi aku gelakkan mamat tersebut. sian dia. mesti dia tengah nervous. aku rasa idea mamat ni punya lawak ialah bila dia cakap burung puyuh kat atas (burung puyuh kan takleh terbang).
4. A8ahKau - aku gelak sebab ade orang gelak kat 0:56 ..hahahaha
5. FZL210185 - mak ai..kelakarnye...cm cicak tokek

Komen aosf : Beliau mempunyai bakat yg sangat besar. Belum pun jadi finalist RajaLawak, tapi lawak yg dibawakan beliau sangat bermakna kelawakannya. Idea yg boleh dikembangkan lagi. Bak kata Harum Salim Bachik, perlu banyak belajar lagi tentang burung. HAHAHAHAHA XD *gelak guling2.

Sumber : Tubelawak , You Tube 
Orang cantik hensem like :D

Sunday, May 22, 2011

Cupcake Seorang Bachelor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Walaupun matahari dah terbenam, aku tetap nak up entri pagi tadi, sebab aku baru bangun tido selepas penat membakar cupcakes pagi ni.

Sedap.
Kehidupan seorang bachelor memang mencabar, yelah bangun pagi kene sediakan breakfast sendiri, kena sediakan pakaian sendiri, kena basuh baju sendiri, kena mandi sendiri dan lain-lain dengan sendiri. Kalau dah kawen leh buat semua bende berdua-dua kan. Paling best mandi la kot hehe.

Pagi ni aku cuba try resepi baru iaitu cupcake! Kenapa? Tak percaya ke bachelor leh sediakan cupcake? Resepi ni paling mencabar career aku sepanjang bergelar bachelor. Haha. Selalu buat lempeng, cekodok, masak air je, kali ni cupcakes ok. Bachelor yang buat lak tu. Mak bapak yang mempunyai anak-anak dara yang cantik sila take note.

Cupcakes ni takdelah susah mana pun. Tengok jela hasil tangan anak teruna ni. 5 minit je dah siap.

Takdelah nampak sedap mana. First try kan. :P
Hari ni rase baikhati. So aku nak ajar cara-cara nak siapkan cupcake ni. Ada 3 steps je. Mudah kan?

Bahan-bahan :

1. Ambil sekotak cupcakes dari mana-mana kedai yang berdekatan, bagi kes aku, aku ambek dari wedding semalam :D.

2. Masukkan cupcakes tadi dalam toaster, bakar selama 5 minit.





3. Cupcakes sedia untuk dihidang!




Ahhaa! Mudah kan? Selamat mencubaa!! XD
Orang cantik hensem like :D

Saturday, May 21, 2011

The Wedding and Hanis Zalikha.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dah 2 malam tak cukup tidur sebab melakukan persiapan Majlis Perkahwinan. Nak update entri cepat-cepat sebab mengantuk gila. Aku nak bantai tido 3 hari (gila?). Antara gambar sekitar Majlis Perkahwinan.

Macam Taylor Swift, Hanis Zalikha >.<
Gambar perkahwinan yang lain bakal menyusul. Ok bye. HAHA.
Orang cantik hensem like :D

Friday, May 20, 2011

PEDOMAN @aosf | Siri 4 : Syukur

Assalamaualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahlinya. Ruang PEDOMAN@aosf kali ni aku akan isikan dengan pengisian tentang syukur.


"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Alnahl [16]: 18).
Syukur secara definisinya, asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian. Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah,

i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

ii) Selalu mengucapkan “Alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan

iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”(Bukhari)
Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".

Para ulama menggariskan 3 cara bersyukur,

(1) bersyukur dengan hati, iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu; 

(2) bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah); dan 

(3) bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diridai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut.
“Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Lukman hikmah, kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulanglah kepada diri sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha kaya Lagi Maha terpuji." (surah Lukman : 12)

Alhamdulillah syukur dapat menghabiskan entri ini. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT sehingga hari ini. Alhamdulillah :)

sumber : JAKIM, Kompasiana, ABIM Pahang, MyBlogHumaira.
Orang cantik hensem like :D

Sunday, May 15, 2011

Sejuk Perut Cikgu Mengandung Sebab Cikgu Letak Ais Kat Perut Cikgu | Selamat Hari Cikgu-Cikgi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat Hari Cikgu-Cikgi! Cikgu untuk cikgu lelaki, Cikgi untuk cikgu perempuan. Eh yeke? Sukati aku jekan. Haha. Kat sekolah mana ada orang panggil guru kan, semuanya panggil cikgu. Ade ke orang cakap kat cikgu perempuan "Eh Guru nampak cantiklah hari ni! Lipstick Avon baru lettew~ ", "Guru, guru dah kawen ke? ",  "Garangnye guru ni, patotlah lambat kahwen ".
Nampak sangat aku ni pervert, nak tanya cikgi je kan. Tapi cam bangang (skempus) je kan kalau cakap guru. Aku pun tak pernah panggil cikgu aku guru, aku biase panggil darling, honey, sayang, baby ( Semua Cikgu perempuan, cantik dan belum mendirikan rumah tangga) dan Cikgu (Semua Cikgu lelaki dan cikgu perempuan yang tak cantik dan yang telah mendirikan rumah tangga). Sapa kat sini panggil cikgu die guru? Cabut bulu ketiak die 3 helai. Takde kan? Alhamdulillah, takde bulu ketiak yang terkorban.

Jangan membangangkan cikgu anda, kelak anda yg jelas kelihatan bangangnya. :P
Sempena Hari Cikgu ni, teringat aku kisah-kisah cikgu yang pernah mengajari aku.

1. Tadika
Kat Tadika aku seorang yang sangat pendiam, memang aku takda cakap dengan sesiapa kalau takde orang cakap ngan aku. Satu hari, cikgu (pompuan, belum kahwin, cantik = Baby) suruh aku baca ayat kat papan hitam (sampai sekarang aku takpaham, papan kaler hijau, tapi orang still panggil papan hitam), tapi cam biaselah, aku pemalu, malu-malu gitu nak bace, baby pun cakap kat aku, "Baby selalu dengar Lann nyanyi-nyanyi kat rumah, kuat & sedap sore Lann. Cuba Lann baca ayat ni kat depan untuk baby dan kawan-kawan". Dalam hati aku "Oh my God! How can my Baby know I'm singging kat rumah ni??!" Haa bajet kan, baru tadika pandai speaking English.
Camnilah terkejutnya aku time baby kata baby dengar aku nyanyi kat rumah. Comel kan aku mase kecik2. Dulu aku putih, rambut perang camnilah, tapi sebab banyak main panas, berendam dalam longkang, sekarang dah besar aku jadi gelap macam Accapan.
Memang aku kat rumah aku selalu jerit-jerit nyanyi, tapi takdelah sedap sangat sore aku kan, nak-nak sore belum baligh, pompuan dengar pon tak terangsang. Aku syak baby ni nipu aku ni. Tapi mase tu kecik lagi, bulu ketiak pun tak tumbuh lagi, memang bodo tahap unta la. Mati-mati aku caya baby dengar aku nyanyi kat rumah, sebab lepas baby tu bagitahu aku camtu, aku tak nyanyi jerit-jerit lagi dah. Aku nyanyi slow-slow. Sebelum nyanyi tu aku pandang kiri-kanan atas bawah, nak check kot-kot ade my baby aku tu intai aku menyanyi kat rumah kan.
Masa kecik imaginasi memang tinggi, tengah-tengah nyanyi tu terfikir gak, my baby ni dengan pakai kainnya tiba-tiba keluar dari syiling atas tu, intai aku, takpun die ngendap belakang pokok pisang curi-curi dengar aku nyanyi, lagi dahsyat die menyamar jadi aku, pastu nyanyi-nyanyi kat rumah aku. Ihh logik ke?
Lepas baligh baru aku tau, rupanya my baby tu main-main dengan aku. Yelah takkanlah gigih die nak datang rumah aku semata-mata nak intai aku nyanyi kan. Ke memang die intai betul-betul ar? (Macam bodo lagi je aku ni, tengok bulu ketiak dah ade plak -__-").
2. Darjah Satu
Time darjah satu ni, aku dah matang sikit. Sebab dah pandai bersuci hadas kecil dan besar sendiri. Dah pandai main pompuan. Eh silap, main kejar-kejar dengan pompuan. Dengan lelaki pon aku main jugak, tapi bukan main kejar-kejar, gua main tumbuk-tumbuk dengan lelaki. Kecuali ayat kedua perenggan ni, semuanya aku nipu, paling ketara ayat no. 1 tu. Darjah satu bodoh lagi kot.
Ade kes budak nak berak tapi takot nak mintak kebenaran. Last-last berak kat kerusi, haa pandaikan. Nasib aku tak macam tu. Mak aku ajar kalau nak berak bagitau cikgu. Kalau nak cebuk pun bagitahu cikgu, nanti cikgu basuhkan. Haa pandaikan mak aku. Sayang mak, muahh2. Tapi sebab cikgu darjah satu ni tak cantik, aku pun tak hegeh-hegeh mintak basuhkan berak aku. Kalau muka cam Lisa, kompem hari-hari aku berak depan cikgu. Eh silap, hari-hari aku mintak Lisa basuhkan ehem-ehem aku. Aa berbalik kepada budak-budak berak tadi, dua orang lak tu, sorang lelaki, sorang pompuan. Tapi hari lain-lain la.
Ni bukan muke budak tu, sebab budak tu muka Jawa. Ni muka anak Mat Salleh aku kebas.
Naya satu kelas, tengah-tengah ko belajar Agama Islam kalau tak silap time tu, tiba-tiba ada bau harummmmm je menusuk hidung setiap murid-murid termasuk cikgu kelas. Cikgu yang dah berpengalaman tu pun syak, "Ah ni bau tahi ni!" Kata hati kecil Cikgu tu. Pastu satu kelas kene berdiri, sebab Cikgu nak check bontot sape ade tahi. Dan, terkantoilah seorang gugurl yang duduk di tengah-tengah kelas tu apabila didapati kainnya berwarna sedikit lain dari kain murid-murid lain. Biase kaler biru, tapi budak ni punyer kain ade kuning-kuning. Euuw geli I nak cerita. Pendek cerita cikgu tu kene basuh la kerusi, dengan ehem-ehem gugurl tu. Kesian gugurl tu. Nasib tak cantik, kalau cantik, dah lame aku tolong belikan underware ade gambar strawberry. Seksikan underware strawberry? Uhh yeih!
3. Darjah 4
Darjah 4 ni, Cikgu Kelas aku, Cikgu Junaidah nama dia (pompuan, cantik, belum kahwen = sayang) telah dilanggar BABY. Ni bukan baby yang kat atas tu, tapi BABY yang huduh ittew. Masa my sayang aku nak ke sekolah pagi tu menaiki motor Kriss Modenas kaler hijau, haa ingat lagi aku kat moto sayang, my sayang telah dilanggar BABY. Dah namenye BABY kan, perangai pun memang cam BABY. BABY betul BABY tu, my sayang baik je bawak moto kat kawasan kampung tu, sebelum BABY yang BABY tu tiba-tiba keluar dari semak-semak tepi jalan lalu merempuh my sayang dan motor Modenas hijau beliau. Apela BABY tu buat kat semak tu kan, tiba-tiba keluar nak menyondol je. GGrrr!
Tapi my sayang ni sangat kuat, ni semua demi cinta beliau kat aku. Dengan berdarah-darah tu, my sayang bawak motor ke sekolah. Satu sekolah terkejut pagi tu, tengok keadaan my sayang. Pastu Cikgu Rohana (Cikgu HEM - Hal Ehwal Murid) pun bawak my sayang ke Hospital. Hari tu, kami satu kelas menangis sebab sedih melihat keadaan my sayang pagi tu, kecuali aku. Aku ni gentlemen sikit, aku nangis dalam hati jela. Tapi Alhamdulillah, seminggu lepas tu kalau tak silap, my sayang dah kembali mengajar :).
BABYlah kau ni haa! Berani sondol my sayang! Aku pun tak pernah sondol die lagi tau tak?!! Sumpah ko jadi BABY kang, GILABABY ko nanti! Huhh! #terasa perlu menyamak blog aku pasni.
 3. Darjah 6
Korang dulu penah main chopp n' bull tak? Aaa die main camni, kalau dah buat perjanjian main chopp n' bull, time  korang nak bangun/diri atau korang nak duduk, korang kene bagitahu setiap orang yg main sama dengan korang perkataan 'chopp', contoh kalau nak duduk cakap 'chopp duduk', kalau nak diri cakap 'chopp diri'. Andai kata korang lupa cakap or member yang main sama dengan korang tak dengar korang cakap, dorang akan memukul belakang korang (penumbuk la biasanya) sambil berkata 'bulll!!!'". Ape ke pelik permainan aku main ni kan? Lantaklah, budak-budak dulu tau ape kan. Haha. Game ni takkan tamat selagi korang tak putuskan sama-sama nak stop. Means, game ni mampu bertahan berhari-hari, berminggu-minggu even bertahun-tahun, mengikut ketahanan fizikal korang ditumbuk bertubi-tubi (kes lupa nak cakap chopp! lah ni).
Alkisahnya masa Darjah 6 ni, satu kelas (err aku rase satu sekolah) aku semua main bende ni, dengan geng-geng sendirik. Kira sapa yang tak main time tu memang out to date lah. Aku main dengan budak kelas dalam 5-6 orang camtu. Adela beberapa ekor budak yg tak main, tu budak-budak yg nerd nak mampos jer. Pastu aku baru join main dalam seminggu camtu, aktiviti tak berfaedah ni telah terkantoi oleh cikgu kelas. Eee geram I, tak pasal-pasal satu kelas kene panggil and soal siasat. Cikgu pun basuh la semua budak kelas termasuk aku, "Korang main tumbuk-tumbuk kat dada ni, tak tau ke tumbuk-tumbuk kat dada ni bahaya???!! Korang tau tak apa ada kat dada ni haa?!! " Kami yang innocent semua tu pun jawab, "Kat dada ada buah dada la, cikgu ". Mendapat sorang sekor pelempang dimuka. Aku pun tak terkecuali. Sedap pelempang cikgu tu, sampai hari ni aku ingat.
Feeling dilempang.
 4. Sekolah Menengah
Panjang giler post aku, aku nak ringkaskan kisah Cikgu kat sekolah menengah ni. Cikgu English aku, Miss Herlina Yahya (pompuan, cantik, single = honey) yang paling banyak merangsang aku err...er.. merangsang untuk minat kat English je. Pernah menjadi skandel beliau masa form 4 and 5, sebab dia ajar aku English masa tu. Tapi perbezaan umur yang amat jauh, aku jadikan my honey tu geli-geli jela. Hik2. My honey ni memang hot, ramai cikgu-cikgu mencemburui beliau. My honey pernah menggondol gelaran Cikgu Paling Popular selama namblas tahun berturut-turut! Eh pandai aku je kan namblas tahun, tapi memang banyak kali la honey dapat award tu. Bangga aku dengan pencapaian honey. Sayang my honey Muahhx ! Tapi sekarang aku dah loss contact dengan beliau, dengar cerita dah kahwen. Takpelah, aku doakan yang terbaik untuk honey, eh untuk Cikgu.
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah Cikgu yang aku nak gam kat sini, tapi entri pon dah macam teks alasan Menteri nak naikkan harga minyak kan,  so better aku ringkaskan jelah. Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku, aku ucapkan terimakasih! terimakasih! terimakasih! kerana telah mendidik aku menjadi lebih berilmu. Jasamu ku kenang hingga ke Syurga hendakNya. InsyaAllah. Semoga usaha kalian mendidik, sentiasa mendapat redha Allah SWT. Ni hadiah untuk semua cikgu-cikgu aku.

Cikgu, sila percaya! Ni gambar saya tahun lepas, saya memang kacak macam ni tahun lepas. Tapi tahun ni saya dah berhenti jadi kacak, sebab ramai gay dari perempuan yg kejar saya. Saya dah taubat, tahun ni saya jadi Accapan je. Cikgu jangan nyesal taknak couple dengan saya tahun lepas Cikgu!!
Lagu ni saya tujukan untuk Cikgu-Cikgu, walaupun cam lagi sesuai untuk ibubapa, tapi Cikgu pun merupakan ibubapa kat sekolah sebenarnya. Sedihnya lagu ni :'(



Selamat Hari Cikgu!!!

Grrr! Geramnye tak dapat embedded kan video klip lagu ni, sebab unavailable kat Malaysia. Takpelah, layan jela yang live performances ni.
Orang cantik hensem like :D

Saturday, May 7, 2011

[Coming Soon] The Barokah | Perintis Muzik J-Pop Nasyeed

New project under-construction


definitely will hits your sense

COMING SOON
Orang cantik hensem like :D

Friday, May 6, 2011

PEDOMAN @aosf | Siri 3 : Kerana Wanita Itu Yang Teristimewa ❤ Selamat Hari Ibu ❤

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam aosf,
 
Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahlinya. Hampir seminggu aku tak update blog aku, sibuk sikit minggu ni dengan kesihatan yang agak kurang menentu, walau apa pun Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk meneruskan segmen PEDOMAN @aosf ini untuk siri yang ke 3.

Baiklah bersempena dengan kedatangan Hari Ibu 8 May 2011 ni, aku akan bawakan sedikit hadis-hadis berkenaan dengan keistimewaan wanita khususnya insan yang bergelar ibu ini. Ramai yang bertanya bilakah tarikh sebenar Hari Ibu ini, pada aku Hari Ibu adalah setiap hari, tapi official celebration for Hari Ibu bagi negara Malaysia biasanya hari Ahad minggu ke 2 dalam bulan Mei. So marilah bersama-sama menghargai penat, lelah dan pengorbanan Ibu dalam membesarkan kita.

19 Hadis yang meriwayatkan keistimewaan seorang wanita ini banyak aku lihat di kongsi di laman-laman web dan blog-blog, tapi perawi dan kesahihan hadisnya tidak diketahui. Jadi disini aku bawakan kajian/jawapan tentang hadis-hadis yang dilakukan oleh al-ahkam tentang status hadis-hadis ini. Bagi hadis-hadis yang tidak diketahui sumbernya ini dan juga yang disahkan sebagai hadis palsu, aku sarankan jadikan sahaja sebagai kata-kata semangat atau hikmah untuk seseorang wanita itu pegang dalam menempuh hidupnya sebagai wanita.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Imam Subkiy menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra)
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar. Yang ada ialah: “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin.”
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu'ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:
Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
Direkod oleh Dailami 1/282
Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.
Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.
9. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.
Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
No (18 ) dan (19) adalah gabungan satu hadis, Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

biru - hadis yang takdiketahui sumbernya.
sumber : Catatan Abu Umair, al-ahkam.net
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki