Wednesday, June 29, 2011

[REVIEW] Sisi Gelap Transformers : Dark of The Moon

Salam Sejahtera,

Yeihhh! Hari ni aku berpeluang menjadi antara orang terawal menonton sequel ketiga Transformers iaitu Dark of The Moon (TF3), so abang rasa nak bagi review la sikit kan *bajet pengkritik filem.

Layan gambar, aku tau korang fokus kat minah blakang tu kan.
Secara overall nya aku bagi 4.73 bintang dari 5.00 bintang keseluruhan. Kalau mengikut sistem PNGK/CGPA dalam 3.78 la camtu. So kira OK la kan, still 1st class pointer lagi. Haha. Sebab apa aku bagi 4.73 bintang, ok mari kita calculate kat sini.
1. Tiada filem yang perfect, so tak mungkin dapat 5.00 bintang, kat sini dah tolak 0.02 (5.00-0.02 = 4.98).
2. Perjalanan plot OK, cuma kat pertengahan mungkin sedikit banyak cakap, agak bosan la jugak walaupun setiap dialog tu mungkin serba sedikit menjejaskan jalan cerita, but still aku rasa diorang ni banyak cakap, so dah tolak 0.08 bintang kat sini. Baki bintang yang tinggal 4.90
3. Pre-klimaks, aaa jangn fikir lain, aku rasakan filem ni kekurangan scene pre-klimaks di mana scene kejutan yang meng-woaahhhhh-kan kurang, tak seperti TF1 dan TF2 dulu, mungkin jugak sebab dah terbiasa scene robot transform jadi kereta, kereta jadi robot and scene letop-letop tu dalam TF1 dan TF2, jadi kt TF3 ni rasa biasa-biasa je. Sebab kekurangan scene pre-klimaks ni aku rasakan jalan cerita agak so-so tambah dengan banyak cakap nye, jadi dah tolak 0.1 bintang meninggalkan baki bintang 4.80.
4. Kekebalan hero yang tak teramat dahsyaatttt. Haa yelah kalo hero mati takdelah nama nak hero sangat kann, so hero citer ni iaitu Lebof..amende ntah Lebof2 la nama dia tu sebenarnya memiliki ilmu kebal yang diwarisi dari Panglima Bukit Guntung. Dah tergolek dalam bangunan, bangunan plak dah terbelah dua berkecai jatuh, still hero maintain kebal, pastu dah tergantung-gantung atas Decepticons tu still luka kat dahi je. Hebat kan hero? Sebab tu sume orang nak jadi hero, ni termasukklah kekebalan kat heroin (Carly) die jugak yang kurang cantek dari heroin asal tu, Megan Pox. So kat sini dengan selamba korek hidungnya aku dah tolak 0.07 bintang. So jadilah baki tinggal 4.73.

Uhh..uhh..lari bebuat macho,,bebuat machoo..
Tu jela yang aku nampak ke-takbest-an citer ni, yang lain sumer mantap, CGI jangan cakap la, tiptop. Scene pertempuran superb, part last memang tak mengecewakan. Awek die, Carly---shiuuuu~~ meleleh air liur orang lelaki sebelah seat aku masa tengok Carly tu 1st keluar. Tapi yang aku pasan, bibir Carly ni macam bibir pelakon citer Karak tu, KilaFairy. Mungkin adik beradik kot mekeme ni.

Korang kene tengok citer ni kalau nak tau sisi gelap ni muncul dari sebelah pihak mana, Dicepticons yang memang dah gelap tu atau dari pihak Autobots atau juga dari pihak Bulan yang gelap itu sendiri. Aaa pakat ramai-ramai la p tengok naa~

Sentinel Prime, pemimpin Autobots sebelum Optimus Prime. Korang kene tengok beliau berada di pihak mana. Kenderaan transformasi : Lori Sampah DBKL.
Apepapun,
1. Ni kali pertama aku tengok cinema 3D *jakun, memang best, rase nak tercabut mata aku tengok robot tu keluar-keluar panggung, yelah layan hampir 2 jam 45 mins mata pun dah macam tak kesampaian je nak tengok.

2. Nasihat kt bro sebelah aku, time cinema belum start (skrin cinema gelap lagi) tak payahlah nak pakai spek 3D tu sangatttttt~~ memang sah-sah keliling ko nampak 3D =.="

3. Nasihat kat bro baju hijau yang nak turun keluar dari cinema sama-sama dengan aku tu, tak payah nak pakai sangattttt spek tu time movie dah tamat, nak menapak turun tangga pun aku tengok terketaq-ketaq kaki mencari anak tangga =.="

OK selamat menonton! Next Movie Hairi Putar and Deadly Hollow Part II. Hehe.
Orang cantik hensem like :D

Monday, June 6, 2011

Resepi aosf | Pau Goreng Comel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan? Bertemu kita dalam Kung-Kang Kung Kang Alexander~~ bersama Chef Lalan (Matilahhh jadi chef pulak).


Tadaaa! Hari ni aku nak ajar cara-cara nak buat Pau Goreng Comel. Sebab ape comel? Sebab pau-pau yang aku buat semuanya comel. HAHA. Gedik gila kau Lann! Semalam aku buat pau ni atas dasar cubaan pertama untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa. Hehe. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuat Pau Goreng Comel anak teruna ni. HAHA.

Bahan-Bahan --- Membuat Doh Pau :

Seperti tertera di gambar atas, tepung gandum (yang ni wajib la), sedikit gambir, eh gila hapa pau letak gambir?? Garam lah, garam secukup rasa, air untuk menguli doh, dan sedikit minyak panas untuk menjadikan doh anda lembut. Haa aku tak sempat nak capture gambar minyak panas.
Benda paling wajib kena letak, tadaaaa! Yis basah macam gambar kat bawah ni. Yis atau Mauripan adalah sama kalau tak silap. Mispan je lain, sebab Mispan ni nama bapak kawan aku. Ngehh3. Kalau korang tak letak Yis ni, sure doh korang akan jadi macam hidup segan mati LAGI BAIK. Yang ni letak sikit je, dalam dua sudu teh.
Sebenarnya ada bermacam jenis yis yang korang boleh guna, tapi aku pilih ni sebab mengikut pengalaman aku, doh lebih cepat naik kalau guna yis ni berbanding jenis yis-yis yang lain. HAHA, bajet dah banyak pengalaman. Ade aku kesah. Yis kering ade jugak jual, tapi aku taksuka yis kering tu, sebab ni blog aku, korang kenela ikut cara aku. Haa gitu, giler belagak aku. HAHA. OK sekarang tengok pulak cara-cara nak menguli atau menggentel (euuwww gelinya word) doh.

Prosedur (Hamek kau aku guna prosedur, dah macam buat proposal tesis) :

1. Campak tepung gandum dalam besen kaler purple, yang ni ikut suka hangpa la nak campak berapa banyak, ikut aku semalam aku campak dekat separuh plastik tu, dalam 500GM la. Untuk makan 300 orang ni cukup.
2. Simbah minyak masak yang dah dipanaskan kejap dalam besen acuan tadi, pastu masukkan yis yang telah dikacau dengan sedikit air paip.
3. Kemudian uli acuan tadi dengan lebihan air paip dalam jag air kat atas tadi tu (dalam gambar tulahh). Uli sehingga tangan dan jari jemari menggigil serta lenguh tak hengat. Sampai la jadi doh-doh seperti gambar kat bawah ni. Haa guna besen purple OK. Kalau tak guna, memang takkan jadi doh korang.

Haaa nampak? Nampak? Doh aku tak segan mati LAGI BAIK. Nampak la ade semangat doh ni nk hidup kan. Muahaha.




4. Lepas dah siap doh korang, korang biarkan je doh tu doe. Sekarang kita main gentel-gentel plak. Euuww setiap kali taip word gentel tu, meremang plak bulu-bulu kan badan aku. OK gentel ape? Gentel inti dia, inti kacang merah betei. Haa ni beli je kat kedai, sekilo RM4. Tapi kat KL ni takde jual la kot. Aku beli kat Johor ni, masa balik Batu Pahat semalam.

Haaa tengok tangan aku, pandai mengentel tak? Hehehe.
Lepas dah puas mengentel, aku taktau word Malay bagi menggentel, membulat-bulatkan ke? Cam skema je, gua tak suka ayat skema-skema ni. Ahh lantaklah guna jela, lepas dah puas menggentel, hasil gentelan korang akan jadi macam kat bawah ni. Banyak betei! HAHAHA. Menggentel ni bahasa Korea Selatan belah Incheon, aku asal situla.



Wauuu. Macam tahi kambeng...kata member aku-------Kuanghajooo!
5. OK lepas doh dah siap, inti pun dah ada, tiba masa nak buat bentuk pau je. Cam ni aku ajar, haa tengok.

Pastikan inti di dalam ye, kalau inti di luar tu bukan pau namenye. Mungkin akan jadi kuih Badak Berendam atau kuih  Donut Lubang Diluar (DLD). Eh ade ke kuih Badak Berendam, bukan Cucur Badak ke?Harharhar.
Seterusnya buatla bende ni sampai tangan dan jari jemari korang rase 'Kalau Jumpa Orang Rase Nak Lempang Je' haa. Yang penting niat dan kesabaran tu penting ye anak-anak. Lihatlah hasil yang mak dah siapkan.
Syurga pau. Auuummm.
Haa nampak semua pau aku comel-comel? Hihi. Tengok la sapa yang buat kan. HAHA.

6. Last sekali lepas dah siap, tinggal goreng je. Goreng aku tak payah la nak ajar cemane kan. Takkan bodo kayu sangat nak goreng pun taktau. HAHA. OK hasilnya. Tadaaaaaaaaaaaa!!

Persembahan leh dapat 10 Markah tak? HAHA.
Selamat mencuba ya! (Bajet ade orang nak cuba resepi bangang kau Lann! Haha.) Korang leh fikir tak kenapa pau lelaki (anak teruna) kecik dan comel-comel je? Tapi pau pompuan, besar dan...dan....dan.....kroohhhhhhhhhhhhh......

Orang cantik hensem like :D

Sunday, June 5, 2011

Penampakkan Bayang Tengkorak di Malam Jumaat Keliwon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah seminggu aku cari gambar ni, akhirnya jumpa jugak. Senanye dah lama aku nak kongsi gambar ni, tapi aku tak sempat-sempat nak cari, hinggalah si Aizuddin ada buat entri pasal kisah mistik kat Bukit Melawati tempoh hari, mengingatkan aku kembali tentang gambar ni :D.

Korang boleh tengok sendiri gambar yang aku terakam ni. Tengok betul-betul dalam bulatan merah tu.

Klik gambar untuk tumbesaran yang memuaskan
Masa ni masa aku dengan kawan-kawan UKM aku gantung dan pasang banner, bunting dan poster untuk program kolej. Malam ni memang malam Jumaat, sekitar jam 1.00 - 4.00 AM. Biaselah bila buat aktiviti mesti nak tangkap-tangkap gambar untuk laporan aktiviti. Malam tu aku yang tangkap gambar. Gambar kat bawah ni versi yang aku dah zoom in sikit. Tak tau korang leh perasan ke tak.

Aaa nampak tak?
Memang gambar ni goyang, tapi kemunculan imej tengkorak tu bukan hasil dari tangan yang tak dibedung aku. Haa mustahil la tangan bergoyang time tangkap gambar leh hasilkan imej tengkorak kan. Tapi taktaulah. Ilmu ghaib ni bab-bab Ilmu Allah. Hantu tu tak ada, tapi yang ada adalah jin-jin syaitonz dan iblis jua. Hehe. Renung-renungkan sampai pengsan. Ha! Ape kat blakang korang tu!
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki