Saturday, April 30, 2011

GuraGura, Group K-Pop Yang Berimej Lebih Sopan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam aosf,

Baru-baru ni industri hiburan tanah air digemparkan dengan kemunculan dua kumpulan penyanyi yang kononnya membawa konsep ala-ala Korean Pop (K-Pop). Group yang belum lagi membuat debute ini, telah banyak menerima kritikan berbanding pujian. Semua ini gara-gara style pemakaian yang dirasakan agak melampau bagi sesebuah negara yang berpaksikan agama Islam.

Aku sendiri rasa nak termuntah melihat gaya permakaian dan juga aksi gedik mereka. Euuuuuww! Kata hati kecilku menyatakan bantahan. Aura K-Pop yang telah melanda negara ini memang sangat dahsyat. Belum pun reda isu kumpulan 24:7 dan GulaGula, malam tadi aku telah dikejutkan dengan berita kemunculan satu lagi group ala-ala K-Pop ni. Aku rasa takda siapa lagi yang dah review group ni melainkan hanya di aosf.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka GuraGura ni dianggotai oleh 4 anak muda. Semuanya wanita yang aku kira terlalu sopan dan sejuk hati memandang lama-lama bak kata orang tua-tua. Sedikit info yang aku dapat korek tentang kumpulan GuraGura,

1. Dianggotai oleh 4 orang anak muda wanita, Angelina, Kera, Britney dan Jennifer.
2. Konsep K-pop yang lebih sopan dan menjaga tatasusila adab dengan tagline kumpulan, 'menggaru sambil menyanyi'.
3. Difahamkan kesemua anggota kumpulan adalah kelahiran negara luar dari Malaysia. US dan Britain mungkin.
4. Tiga daripada anggota kumpulan telah berkahwin. *deiymm! Tapi still maintained cun. Cun? Ye la kott.

Haa, tulah serba sedikit info yang aku dapat korek tentang group GuraGura ni, mesti korang kata aku menipu kan, asyik bagi info/point tapi tak tunjuk gambar sebagai bukti. Baiklah korang tengoklah group GuraGura ni sampai lebam, jangan pitam sudah. Presenting...............GuraGuraaaaaa!!!!!

Sejuk je mata memandang kan? Kan?
See? Dah percaya? Aku yakin GuraGura bakal mengubah rentak muzik K-Pop secara total. Undilah untuk GuraGura! Hidup GuraGura!! Hidup GuraGura!! Marilah menggaru sambil menari. Okbye.
Orang cantik hensem like :D

Friday, April 29, 2011

PEDOMAN @aosf | Siri 2 : Siapakah Yang Paling Beriman?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam aosf,
 
Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahlinya. Alhamdulillah aku masih diberi nafas untuk menaip entri ini. Baiklah untuk PEDOMAN@aosf Siri 2 ni, aku akan membawakan sebuah kisah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW dulu. Ikuti kisahnya,


Rasulullah SAW, Rasul terakhir petunjuk jalan. Kehadirannya menyebar keamanan, kedatangannya membawa kebenaran.

Di suatu pagi, ketika selesai mengerjakan solat jamaah, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Apakah kamu semua tahu, siapakah makhluk ALLAH yang imannya paling menakjubkan?"

Para sahabat serentak menjawab, "Malaikat"

"Bagaimanakah malaikat tidak beriman sedangkan mereka memang dijadikan untuk melaksanakan perintah ALLAH dengan sempurna," jawab Rasulullah.

"Jika bukan malaikat, kami rasa para Nabi yang mempunyai keimanan paling menakjubkan."

"Bagaimana Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu terus turun kepada mereka," ujar Rasulullah lagi.

Para sahabat terdiam. Sudah dua kali mereka tersalah teka. Kali ini mereka menjawab lagi,

"Jika begitu, kami rasa para sahabatmu yang paling beriman, ya Rasulullah"

"Bagaimanakah sahabat-sahabatku tidak beriman,sedangkan mereka telah menyaksikan segala kebenaran dan sentiasa berada di sampingku memperjuangkan Islam," ujar Rasulullah lagi.

"Jika kalian ingin tahu, orang yang imannya paling menakjubkan ialah kaum yang datang sesudah kalian. Mereka beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Mereka benarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka mengakui kebenaran cerita dan beriman kepadaku. Mereka amalkan apa yang ada dalam Al-Quran dan Hadis. Mereka membela kehormatan dan mempertahankan kemuliaanku sepertimana yang dilakukan oleh kalian. Apakah kalian tahu, aku ingin sekali bertemu dengan saudara-saudaraku itu"

Kemudian, Rasulullah mendoakan, "Berbahagialan orang yang melihat dan beriman kepadaku".
Baginda melafazkan doa itu sekali.

Kemudian Rasulullah mendoakan, "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku."
Baginda melafazkan kalimah ini sebanyak tujuh kali.


Wallahualam, betapa besarnya nilai kita disisi Rasululullah SAW andainya kita beriman. Kita bukanlah sahabat Nabi yang menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan kita itu. Kita juga bukan malaikat yang tidak memiliki hawa nafsu. Kita juga bukan Waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah. Kita adalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Dalam kelemahan itulah kita masih beriman kepada Allah. Dalam ketidakhebatan kita itulah kita selalu berusaha mendekati Allah. 

Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin meningkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita. Di tengah dunia yang semakin sibuk, kita masih sempatkan untuk solat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadhan. Di tengah kumpulan manusia yang putus asa dengan krisis wang ringgit, tapi kita masih boleh mensyukuri secebis nikmat yang diberikan Allah. 

Dengan sabda Nabi SAW inilah kita yakin, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku," Nabi ucapkan kalimat ini satu kali. "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." Nabi ucapkan kalimat terakhir ini tujuh kali. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).

Ya Rasul Allah, Aku Rindu Padamu.

Dipetik dari : Man A'jabal Khalqi Imanan, Nadirsyah Hosen (Dosen Fakultas Syariah UIN Syarif Hidayatullah) ; Keistimewaan Umat Akhir Zaman, Islam Diaries.
Orang cantik hensem like :D

Monday, April 25, 2011

Surat Untuk Lisa

Assalamualaikum Lisa,

Diharap Lisa sihat disamping 'dia'. Tujuan abang menulis surat ini adalah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Lisa. Hampir 15 tahun kita bersama, susah senang kita lalui dengan berbeza. Jodoh kita tak panjang, Lisa pergi meninggalkan abang. Tapi abang sentiasa redha, janji Lisa happy, abang gembira bila Lisa happy.

Pagi ni masa abang dalam tandas, abang baca paper Nan Yang Sian Pao, nampak tajuk depan 'Cerita Hati Lisa'. Lisa mengaku sedang berkawan dengan 'dia' dan tak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang berusia dan duda. Kini baru abang sedar, rupanya taste Lisa lelaki berusia dan duda. Abang sedar, abang masih muda, abang juga bukan duda, memang tak mencukupi kriteria yang Lisa mahukan.

Tapi..tapi, abang masih teringatkan saat-saat indah kita masih bersama, main ting-ting kat halaman rumah Lisa. Masa tu Lisa tak pandai main, tapi abang ajar Lisa lompat, Lisa lompat jauh, sampai depan rumah Mak Bedah, betul-betul mendarat atas bumbung rumah dia. Habis bumbung rumah Mak Bedah Lisa ranapkan. Marah orang tua tu. Tapi sebab abang taknak tengok Lisa kene marah, abang yang mengaku, lebam muke dengan badan abang kene belasah dengan Mak Bedah. Baru abang tau, Mak Bedah tu bekas juara WWE Championship rupanya. Tapi takpelah, janji Lisa happy.

Lisa suka buat muke blurr setiap kali abang belikan buku mewarna kat Lisa.
Masa cuti sekolah dulu, satu hari Lisa kata Lisa boring, Lisa ajak abang main masak-masak bawah rumah Mak Bedah. Walaupun abang ni lelaki, tapi abang tak malu nak teman Lisa main masak-masak kat situ. Lisa kata nak masakkan ayam panggang untuk abang masa tu. Bukan main happy lagi abang masa tu. Lisa buat suprise, Lisa dah siap panggang ayam tu, tapi abang pelik, kenapa ayam panggang Lisa ada 4 kaki. Rupa-rupanya Lisa panggang kucing Parsi Mak Bedah. Mengamuk orang tua tu lagi, sebab abang tak sampai hati tengok Lisa kene marah, abang pun mengaku lagi, abang yang bakar kucing Mak Bedah, lebam biji mata abang time tu Mak Bedah hentak guna cangkul. Bebudak lain cuti sekolah sebulan dapat main-main, abang cuti sekolah 2 hari main-main, lebih 28 hari duduk dalam hospital, sebab parah kene belasah dengan Mak Bedah.

Masa abang baru dapat lesen motor dulu, bapak abang belikan abang moto baru. Honda bulat 80CC, meter pun sampai 80KM/J je, sebab sayang, tak pernah abang bawak lebih dari 20KM/J, masa tu Lisa pun excited tahu abang ade motor baru, sibuk Lisa nak bawak motor tu, walaupun naik basikal roda 3 pon Lisa tak pandai-pandai lagi. Demi Lisa, abang bagi jugak Lisa bawak motor abang tu, berlagak pulak tu Lisa nak bawak sorang-sorang, terpaksa la abang iyekan.

Wajah ceria Lisa bila abang benarkan Lisa naik motor abang.
Seronok Lisa naik motor abang sampai Lisa naik hantu pulak atas moto tu, habis throttle motor abang Lisa pulas sampai takleh pulas, gegar enjin motor abang. Lisa kate takpe, Lisa boleh tonggeng, eh Lisa boleh tunggang. Lisa bawak sampai 80KM/J, mase tu sidemirror abang ntah dah terbang kemana, luluh hati abang nampak cup motor abang tanggal, pedal break abang tercabut, tapi Lisa gelak-gelak pulak, sampai Lisa baru perasan dah takleh break, Lisa jerit-jerit "Yusry..! Yusry...! Tolong Lisaaa..!" Ntah jantan mana ntah Lisa panggil tu.
Abang kejar Lisa, tapi Lisa bawak laju sangat, Lisa masuk pulak laman rumah Mak Bedah. Lisa langgar laki Mak Bedah yang tengah senam Taichi tengahari buta tu, betul-betul depan anjung rumah Mak Bedah. Meninggal orang tua tu, sebab tercekik carburetor motor abang yang tercabut keluar. Mengamuk Mak Bedah lagi, tapi  time tu gagah Lisa lari, 259KM/J lajunya, sampai Mak Bedah pun tak perasan Lisa, Mak Bedah nampak motor abang kat situ dicampaknye motor tu kat parit depan rumah die. Terkubur motor abang kat situ, abang kutip jugak, abang try start-start, tapi motor tu dah takleh hidup, enjin dah masuk air dengan lumpur.

Cuti musim panas tahun lepas, cuti terakhir abang bersama dengan Lisa. Lisa kata nak mandi pantai, abang bawak Lisa pergi Port Dickson (PD) sebab Lisa kata nak naik Banana Boat. Seronok abang tengok Lisa naik Banana Boat sambil main Blackberry Lisa yang abang baru belikan tu. Lisa terlalu fokus kat BB tu, ntah sapa la Lisa BBM tu, abang berbulu je nengok. Sampai Lisa jatuh dari Banana Boat tu pun Lisa tak perasan. Lisa lemas tang tu jugak, sambil tangan tekan-tekan keypad BB. Abang selamatkan Lisa, abang bawak Lisa ke tepi pantai, tapi Lisa pengsan tak sedarkan diri. Abang terpaksa buat bantuan pernafasan kecemasan CPR mulut ke mulut dengan Lisa.
Abang baru nak sentuh bibir Lisa, tiba-tiba ada sorang jantan tampor kaki abang. Bukan main naik hangin lagi abang mase tu, yelah abang dahla nak selamatkan Lisa, tapi ade orang kacau pulak, abang pun jerit la "Woii! Ape tampor-tampor kaki gua ni der?! Nak tampor berani kat muke la!!" PANGGG!!! Sedas abang kene penampor kat muke, abang terpinga-pinga.
Abang jerit "Lisaaa..! Lisaaaa...! Mane Lisaaa???!!" Jantan tu balas dengan garaunya, "Lisa kepala hangguk ko, tak reti-reti ko nak bangun? Dah 8.30 PAGI ni, tak reti-reti nak mandi pergi kerja? Tulah tido lagi lepas Subuh!" Terdiam abang kat hujung katil sambil tangan pintal-pintal hujung selimut.

Pagi ni abang pergi kerja tanpa perasaan.Traffic light pun abang langgar. Walaupun orang lain tak tau tentang abang dan Lisa, tapi abang akan sentiasa ingatkan saat gembira abang dengan Lisa.


Lisa cukuplah sampai disini, lepas ni jangan cari abang lagi. Kalau umur kita panjang, jumpa lagi di lain mimpi. Selamat tinggal Lisa.
Orang cantik hensem like :D

Friday, April 15, 2011

Cubaan Membunuh Diri Kerana Salah Faham Kenyataan Fatin Liyana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi aku tido awal, dalam jam 3AM tu aku baru bangun (sebab baru nak solat Isya' huhu). Lepas siap sume, aku pun on9, tapi aku sangat terkejut bila terbaca satu kenyataan beberapa member aku yang frust nak bunuh diri sebab kenyataan Fatin Liyana. Astargfirullahalazemm, istirghfar panjang aku tengah-tengah pagi tu.

Memang tak dinafikan mentaliti masyarakat sekarang, lebih-lebih lagi remaja. Banyak dah dengar kes bunuh diri, tapi kenapa mengambil keputusan membunuh diri? Kan bunuh diri tu haram, lebih-lebih lagi pada umat Islam. Ada masalah, terus pakat bunuh diri, ingat masalah tak leh selesai ke? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Emo pulak aku pepagi ni. Urmm.

Yang lagi tak masuk akal, sebab bunuh diri kerana kenyataan Fatin Liyana (FL). Korang kenal FL? Korang leh tau siapa FL kat SINI dan kat SINI. Dah bace?

Ni lah FL, cantik kan? Aku pinjam gambar die dari SINI
FL ni memang popular, kalau bloggers tak kenal die, baik mati jela, alamak aku plak yang suruh orang bunuh diri. Maaf silap-silap, kalau bloggers tak kenal FL, baik pegi bace blog die honeykoyuki.blogspot.com Ni antara orang-orang yang nak bunuh diri. Maaf aku terpakse censored name korang.



Dua-dua lelaki, uurmm..taktau nak cakap pe. Mesti korang tertanya-tanya, kenyataan ape yang FL kuarkan sampai diorang nak bunuh diri kan? Aku pun cube kaji-kaji sikit, dan nah aku dapat dah malam tadi, ni lah kenyataan FL tu,

Abaikan komen yang kat atas tu, fokus pada komen yang highlighted
Haihh..kenyataan camtu pun leh buat keputusan nak bunuh diri. Korang leh bace cerita penuhnya kat bawah ni,

Komen-komen ni rentetan dari gambar kat atas, semua pengomen masih remaje. Hihi
OK dah paham tak? Kes ditutup. HAHAHA. Nak tergelak aku bace komen-komen diorang. Kalo korang bace, bukan setakat diorang nak bunuh diri je, dengan aku-aku sekali diorang nak bunuh, tak kurang jugak yang mengaku aku abang die, Hahaha..Semua ni miscomunicationnnnnss je~

Adoi, senanye korang dah salah faham, aku bukanlah senior si FL ni, aku ade mentioned name member aku kat entri Syafiq Rosli tu, member aku ni la si senior FL, nampak tak die kate "Btee tu senior kite!". Aaa, tak pasal-pasal aku plak yang jadi senior FL. Tapi takpelah aku redha je, bangga jap jadi senior orang famous. Hihi.

Btee a.k.a Ahmad Muhaymin, sorry die dah berpunya, haha.
Alalamak! Lupe nak censored name-name korang. Abeslaa kalau FL bace, kantoi kalau die bace........kalaulah die bace...............kalau.......kalau......ka..........lau.......ermm..
Orang cantik hensem like :D

Saturday, April 2, 2011

aosf | Kontest Dialog DeYM DDCzone™

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ni aku nak join contest by DDCzone™ pulak. Senanya aku dah plan nak join contest ni seminggu lepas. Dahsyaaattt! Seminggu plan tapi tak termakbul-makbul juga, tambah-tambah diberi pressure dari Munira Sajuti yang nak sangat tunggu aku publish contest aku dulu, walhal die dah siap awal, "I simpan dalam draft jeeerwww~" kata beliau ringkas. Ok baiklah sapa-sapa yang nak join sila cubit sesedap rasa kat SINI. Hadiah dia lumayan woo, RM100 untuk pemenang utama, dan yang lain-lain korang bacalah sendirik, jangan nak harapkan aku je suap, ni lah rakyat Malaysia, ngarapkan subsidi je, ok dah mula merepek.

Syarat pertama, bukti aku ni follower DDCzone™,

Aku harap tak kena disqualified lah eh, sebab die suruh circle guna Paint™, tapi aku ni bodoh sikit guna Paint™, aku guna Adobe Photoshope™ je. Sobsob.
Seterusnya, mendialogkan gambar-gambar berikut sekelakar habis, aku cube eh, korang kene bace sambil tengok pictures tu, baru ade feel. Kalau tak kelakar, korang buat-buatlah gelak, support  aku ni sikit. :)


1 : Dulu ko bermati-matian nak kahwen dengan Hero Tamil, sekarang depan Tok Kadi, ko buat-buat tak kenal bakal suami Hero Tamil ko pulak kannnn.
2 : Deyy Honeyyy, mana tangki Honey, Ini baiya juga, Honeyy sudah tada ingat sama baiya ka Honey, manyak sedihla ini macam Honey buat sama baiya...Sobsob.. :'(
3 : Ini bukan Hero Tamilku...Nehi2!! Ini bukannnn!! Hero Tamilku putih 99.99% dari yang ini !!! Arkk blurppp..Blurrpp...


1 : Heyy Tompok, berani kau berasmaradana mengorat Sherry, si kucing dara Mak Gayah Tahi Lalat Berbulu kat hidung tu?! Ko tak tau ke hantaran meminang kucing-kucing dara Mak Gayah Tahi Lalat Berbulu tu mahal?!!
2 : Ampunn Tuan!! Bukan Tompok yang buat Tuan, Sherry yang goda Tompok, die jalan-jalan depan Tompok, Tompok mane tahan Tuannn. Dahla die tak berbaju Tuan, Tuan pun kalau nampak Mak Gayah Tahi Lalat Berbulu tu tak berbaju, dah ketaq lutut Tuan, Tompok tengok lagi jauh je Tuan ketaq lutut...Ampun Tuan !! >.<


1 : Pandai kambing-kambing zaman sekarang ni naik basikal, dulu masa aku jadi kambing muda-muda dulu jalan kaki je, basikal pun aku tak kenal (-__-").
2 : Yaa ampunnn Pakkk!!! saya ini sudah bersunat Pakkk. Jangan dibawa saya berjumpa Tok Mudim lagi Pakk!!! Ampunnn Pakk!! Pendeklah kalau asyik bersunat je Pakkk! Ampuunnn!!
3 : Ahh kau! Nak menipu aku nombor satu, tadi aku tengok ko punye same je ngan aku punye! Kite kan tak sunat lagi, ihihihi..Jomlah kite sunat same-same <3 ~


1 : Bapakk! Kelajuan kita dah mencapai 3 kali ganda kelajuan cahaya ni bapakk!! Depan tu macam gaung je Pak, Yob rase kite boleh terbang lepas gaung tu! Bapak pakai sitbelt cepat Pakk! Yiihaaaa!!
2 : Yobbbbb!! Bawak Vios bapak ni slow-slow Yobbb!! Ko tak kesian kat bapak ke Yobbb!! Bapak ni tak kawen lagii...........................dua!!! Kesian Mak ko takda kawan kat rumah Yoobbbb!! Astargfirullahalazemmmmm...!! Astargfirullahalazemmmmm!!


1 : Aaa semalam Bapak engko semua dah bagi mak duit belanja, hari ni mak malas nak masak, kite makan luor ye, dengar cite Restoran Itek Gantung Ah Tat kat tepi bandor tu sedap, MakCik Garuda engko lah yang bagitahu Mak. So hari ni kite makan situ jelah yo, Mak pun dah lama mengidam nak makan Itek Gantung..
2 : Itekkk???? Gulpp...
3 : Err...Mak, kite ni bukan spesies itek ke Mak??


1 : Longg, aku dah cakap Long, kite lalu litar F1 ni lagi cepat nak sampai sekolah. Ko tak caye semalam!
2 : Ha'a Long, aku pon rase lagi cepat, tapi yang ko ni Long bawak 45KM/J ni apehal Long? Aku nak terberak ni Long! Ketaq lutut aku dah ni nahann...adehh.. (sambil urut-urut lutut).
3 : Kenape aku rase lain macam je ni? Ini perasaan je ni, jangan layan sangat.....


1 : Awakk, cepatlah cukurkan bulu kaki I wakk~ Kan awak dah janji hari tu...
2 : Well yes! But why in the earth there is cameraman here? I thought it was a private party....


1 : Ummmpp..Wanita berbulu kaki lebat, I loiiikkeeeee...Grrrr!!
2 : Uihh, perott.... macam babeyyyhhhhh!!
3 : Dengan Lipstik Maybelline I beli RM2.50 kat pasar malam semalam, I harus yakin, I lah wanita paling cantik dan gagah kat sini. Kerana diriku begitu berhargeewwww~


1 : Siti Musliha! Ko jangan nak berak kat sini, ni port aku, pegi tempat lain lah...Woyy! Sialan! Ko kentot eh!!
2 : Uh..uh..ailehh (sambil kerut-kerut muka), baru nak buka taichi..rase nak terberak la plak..


1 : Supardii!! Ade nyamuk kat dahi kaauu!!
2 : Huiii...Besornyeeeeee~ bolaaa...
3 : Budak-budak ni kalau main tak terbang-terbang takleh ke? Tension aku tengok..Hishh.

Sorryla kalau panjang sangat dialog aku tu. Haha, aku pedulik ape. Woyy asal korang tak gelak??! Aku tau dah, tak kelakar kan.. Umm... (-__-")
Orang cantik hensem like :D

Perbetulkan Cara Sujud Dalam Solat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Solat merupakan perkara wajib yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap umat Islam. Dengan mengatakan 'saya sudah solat', adakah ia telah cukup sebagai kriteria ibadah yang diterima oleh Allah SWT? Memang betul sesungguhkan penerimaan ibadah setiap hambaNya adalah urusan Allah SWT. Tetapi kita juga perlu memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadah yang dipersembahkan kepada Allah SWT, dan sentiasa yakin dengan penerimaan Allah SWT terhadap ibadah kita seharian. Yakin dengan diiringi dengan penambahbaikkan, bukan sekadar yakin dengan mutu ibadah yang sama. Berikut ingin aku kongsikan kaedah/cara sujud yang SALAH dilakukan semasa solat.

Cara sujud yang salah.
Cara yang betul adalah mengangkat sedikit lengan dengan tidak menyandarkan pada lantai. Sama-sama ingat memperingati dan berkongsikan ilmu yang berguna. :)

sumber @QuranHadis
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki