Friday, April 20, 2012

[Review] Filem Battleship

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Nebes, My First Time nak taip entry. First entry untuk official The.One.Step.Forward aka www[dot]aslannas[dot]com. Wehuuu! OK aku buka dengan entry review filem kapaltempur atau lebih mesra dikenali sebagai Battleship.
Hamekk! Gedabak aku bagi.
Bercakap pasal review dalam The.One.Step.Forward, rata-rata review adalah berdasarkan ikut-suka-hati penulis sahaja. Oleh itu, segala kekurang fahaman, kekurang pencerahan & kekurang-kekurang yg lain adalah akibat dari kebebalan pembaca sendiri. Haa gcew! (cam lahanat sikit la bunyi 'gcew' ni kan. hehek.)

Pelakon
Walaupun secara haromjadahnya, aku tak berapa mengenal pelakon-pelakon filem betelsip ni, tetapi aku cuba jugak nak kenalkan kpd korang. Yelah dah namanya review kan, kalau tak mesti tajuk entry ni Pembedahan Plastik Mat Harun atau Gempar! Rojita Che Wan Kehilangan Anak....bajunya. Haa nampak dah merepek jauh kau ni Lann! Antara pelakon filem betelsip ni,

Kiri ngan kanan tu cam ade la iras-iras muka aku sikit. LOL.
Kalau korang perasantankan, Taylor Kitsch ni pernah berlakon sebagai John Carter dalam filem John Carter dan juga pernah melakonkan watak Gambit dalam filem X-Men : The Origin. Harus diingatkan supaya  saudara saudari tidak wajar untuk keliru antara Gambit dalam X-Men dan juga Gambit Saifullah, serta Gambir atau Jimbit. Keempat-empat ini membawa makna kata dan fizikal rupa bentuk yg amat ketara bezanya.

Gambit X-Men itu adalah sangat Ohsem nak arwah, manakala Gambit di kanan sekali tu tidaklah terlalu ohsem, masem mungkin?
Harus diingatkan juga, pelakon Taylor Kitsch yg melakonkan watak Alex Hopper dalam filem Battleship, bukan Gambit Saifullah kerana jika Gambit Saifullah yg berlakon dalam filem ini, tajuknya mungkin  ditukar kepada Karipaship-Karipaship Cinta.

Selain Taylor Swift ah maksud aku Taylor Kitsch, Rihanna (bekas penyanyi kumpulan nasyid Ryehan) dan Alexander Skarsgard (pernah bertugas sebagai Pak Guard kampus UKM) turut membintangi dalam Battleship. Turut membantu adalah pelakon-pelakon ekstra yg lain yg harom aku tak kenal.

Plot @ Jalan Cerita
Secara overall plot cerita betelsip ini sangat menarik ditambah dengan elemen saspender, humorongak, aksyenkamen dan sirius. Kisah yg bermula dari Alex Hopper (seorang yg berbakat tetapi dungu nak arwah.sebenarnya lebih kpd seorang yg tak berfikir panjang) yg cuba untuk mengorat Sam Shane (Brooklyn Decker) via Chicken Burrito atau Burito Ayam. Walaupun namanya begitu sedikit melucahkan, burito ayam hanyalah sejenis makanan, tidak lebih dari itu. Akibat kebangangan Alex, beliau serta abangnya, Stone Hopper (Alexander Skarsgard) telah menerima padah yang-korang-akan-tahu-bila-korang-tengok-sendiri movie ni. Akibat bala yg menimpa mereka, kedua-duanya telah menyertai US Navy, dalam masa tak sampai beberapa minit dah dapat jawatan yg besar dalam US Navy (masa dalam panggung tu la, aku tengok sekejap je).

Uncle Cute ni sebenarnya adalah US Navy Vice Admiral Shane merangkap bapak kepada Sam Shane.
Penemuan satu planet yg dilihat berpotensi untuk menampung kehidupan iaitu Goldilocks Planet telah ditemui oleh NASA yg mana juga disyaki mempunyai kehidupan lain. Melalui Projek Beacon, NASA telah menghantar satu signal radio yg kuat & ganaih kepada Goldilocks yg mana kemudiannya menerima respon balik oleh kunjungan penghuni Goldilocks ke Bumi yg terhempas di lautan berdekatan Hawaii. Dari sini bermulalah kisah misteri nusantara Battleship ni.


Ape Yang Menarik?
#1- Perkembangan watak Alex Hopper yg dari seorang yg agak loser & tidak berfikiran jauh kepada berkempimpinan setelah kematian abangnya, Stone Hopper yg dibedil oleh armada spaceship alien. Ahh kenapa review ni sgt skema? Aku benci!

Dah nak mati pun sempat bergurau.
#2- Kekacauan kapal yg telah kematian kapten Stone Hopper, dimana Alex telah diangkat menjadi kapten baru secara add-hock. Sehingga ada anak kapal yg bertanya, "Siapa kapten kita?"."Alex Hopper!"."Alex Hopper? Oh baik aku mati sahaja!". Begitu dasyat kedunguan Alex ni memimpin.

Bengap tak bengap?
#3- Strategi pertempuran yg di atur Alex Hopper di saat matahari terbit dengan armada Goldilocks yg aku rasa "Haa baru nampak kebijoksanaan Alex ni!" *sambil tangan laju menyuap pop-corn ke mulut*. Haa gitew.

Serangan bertuvi-tuvi.

Yang #akutakpaham
#1- Bot kecik kenaikkan Alex Hopper, Raikes (Rihanna) dan seorang lagi officer gemok yg hanya bergoyang-goyang manja walhal armada (spaceship kot) Gordilocks dah mencebur (amenda ni?) atau menggejebush-gejebush ke kiri-kanan-atas-bawah atas air berhampiran bot mereka. Nak lagi dusta, efek percikan gejebushan (amendeeee ni?) kapal Goldilocks tu dah macam tsunami, tapi bot diorang 'wat lek' je goyang-goyang manja siap Rihanna boleh posing nyanyi lagu Only Girls in The World lagi.


#2- Alien (The Gordilocksean) - suka-siku aku je kan bagi nama. Kahkah. Lantak. Ha alien yg duduk kt Planet Goldilocks yg kononnya berkedudukan sama dengan Planet Bumi (means menerima cahaya matahari yg sama, cuma berbeza galaksi sahaja) tetapi mempunyai jenis mata macam cicak yg sensitif kepada cahaya (maknanya tak tahan dengan cahaya yg terang). Jelas sekali unsur illuminati disini (kejadah?). Ha nampak? Nampak?

#3- Kapal tempur St. Missouri yg dah jadi muzium tu boleh selamba je hidup balik. Agak-agak kapal kt Melaka tu leh ke kita hidupkan balik untuk belayar? Terasa aku telah naik level kebijakkan. Herher!

Yang Kelakar
#1- Scene ala-ala Jack dan Rose dalam Titanic di saat kapal nak tenggelam, cuma kat Battleship scene ni lebih kepada agak gay disitu bila scene cuba saling bersweet-sweet an menyelamatkan diri berlaku antara Alex Hopper dan Cptn. Nagata. Euwcchh!

Awww~ scweeett!
#2- Kelasi kapal yg mengemudi kapal tempur St. Missouri (ex-muzium) adalah terdiri dari kalangan lelaki-lelaki tua nak mampus (bekas Navy yg pernah mengemudi kapal tempur st. missouri). Aduhai, aku memang gelak nak arwah masa tengok scene ni, muka sekor-sekor tu rasa cam nak mintak penampar je, ala-ala popeye tuanya. Tapi popeye makan spinach kuat, yg ni rasa macam kalau makan spinach terus menopouse. Lawak sial! Kahkah!

Alah cukuplah review ni, baru berapa bulan tak taip entry, entry panjang cam lahanat. Aku syorkan korang tengokla movie ni, tapi dosa tanggung sendiri-sendiri lah kan. Yelah tengok Rihanna pun berlakon bukan bertudung, tu dosa tu kalao tengok perempuan tak tutup aurat. Aku syor je, yg tanggung korang la, kan masing-masing dah mimpi basah dan dah pakai libreese ye dak? LOLOL.

Aku vote 4.8 vintang! Yeihh! Best tak review aku? Best tak? Kalau best like lah! Komen juga. Hehek. ;)

Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki