Monday, June 6, 2011

Resepi aosf | Pau Goreng Comel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan? Bertemu kita dalam Kung-Kang Kung Kang Alexander~~ bersama Chef Lalan (Matilahhh jadi chef pulak).


Tadaaa! Hari ni aku nak ajar cara-cara nak buat Pau Goreng Comel. Sebab ape comel? Sebab pau-pau yang aku buat semuanya comel. HAHA. Gedik gila kau Lann! Semalam aku buat pau ni atas dasar cubaan pertama untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa. Hehe. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuat Pau Goreng Comel anak teruna ni. HAHA.

Bahan-Bahan --- Membuat Doh Pau :

Seperti tertera di gambar atas, tepung gandum (yang ni wajib la), sedikit gambir, eh gila hapa pau letak gambir?? Garam lah, garam secukup rasa, air untuk menguli doh, dan sedikit minyak panas untuk menjadikan doh anda lembut. Haa aku tak sempat nak capture gambar minyak panas.
Benda paling wajib kena letak, tadaaaa! Yis basah macam gambar kat bawah ni. Yis atau Mauripan adalah sama kalau tak silap. Mispan je lain, sebab Mispan ni nama bapak kawan aku. Ngehh3. Kalau korang tak letak Yis ni, sure doh korang akan jadi macam hidup segan mati LAGI BAIK. Yang ni letak sikit je, dalam dua sudu teh.
Sebenarnya ada bermacam jenis yis yang korang boleh guna, tapi aku pilih ni sebab mengikut pengalaman aku, doh lebih cepat naik kalau guna yis ni berbanding jenis yis-yis yang lain. HAHA, bajet dah banyak pengalaman. Ade aku kesah. Yis kering ade jugak jual, tapi aku taksuka yis kering tu, sebab ni blog aku, korang kenela ikut cara aku. Haa gitu, giler belagak aku. HAHA. OK sekarang tengok pulak cara-cara nak menguli atau menggentel (euuwww gelinya word) doh.

Prosedur (Hamek kau aku guna prosedur, dah macam buat proposal tesis) :

1. Campak tepung gandum dalam besen kaler purple, yang ni ikut suka hangpa la nak campak berapa banyak, ikut aku semalam aku campak dekat separuh plastik tu, dalam 500GM la. Untuk makan 300 orang ni cukup.
2. Simbah minyak masak yang dah dipanaskan kejap dalam besen acuan tadi, pastu masukkan yis yang telah dikacau dengan sedikit air paip.
3. Kemudian uli acuan tadi dengan lebihan air paip dalam jag air kat atas tadi tu (dalam gambar tulahh). Uli sehingga tangan dan jari jemari menggigil serta lenguh tak hengat. Sampai la jadi doh-doh seperti gambar kat bawah ni. Haa guna besen purple OK. Kalau tak guna, memang takkan jadi doh korang.

Haaa nampak? Nampak? Doh aku tak segan mati LAGI BAIK. Nampak la ade semangat doh ni nk hidup kan. Muahaha.




4. Lepas dah siap doh korang, korang biarkan je doh tu doe. Sekarang kita main gentel-gentel plak. Euuww setiap kali taip word gentel tu, meremang plak bulu-bulu kan badan aku. OK gentel ape? Gentel inti dia, inti kacang merah betei. Haa ni beli je kat kedai, sekilo RM4. Tapi kat KL ni takde jual la kot. Aku beli kat Johor ni, masa balik Batu Pahat semalam.

Haaa tengok tangan aku, pandai mengentel tak? Hehehe.
Lepas dah puas mengentel, aku taktau word Malay bagi menggentel, membulat-bulatkan ke? Cam skema je, gua tak suka ayat skema-skema ni. Ahh lantaklah guna jela, lepas dah puas menggentel, hasil gentelan korang akan jadi macam kat bawah ni. Banyak betei! HAHAHA. Menggentel ni bahasa Korea Selatan belah Incheon, aku asal situla.



Wauuu. Macam tahi kambeng...kata member aku-------Kuanghajooo!
5. OK lepas doh dah siap, inti pun dah ada, tiba masa nak buat bentuk pau je. Cam ni aku ajar, haa tengok.

Pastikan inti di dalam ye, kalau inti di luar tu bukan pau namenye. Mungkin akan jadi kuih Badak Berendam atau kuih  Donut Lubang Diluar (DLD). Eh ade ke kuih Badak Berendam, bukan Cucur Badak ke?Harharhar.
Seterusnya buatla bende ni sampai tangan dan jari jemari korang rase 'Kalau Jumpa Orang Rase Nak Lempang Je' haa. Yang penting niat dan kesabaran tu penting ye anak-anak. Lihatlah hasil yang mak dah siapkan.
Syurga pau. Auuummm.
Haa nampak semua pau aku comel-comel? Hihi. Tengok la sapa yang buat kan. HAHA.

6. Last sekali lepas dah siap, tinggal goreng je. Goreng aku tak payah la nak ajar cemane kan. Takkan bodo kayu sangat nak goreng pun taktau. HAHA. OK hasilnya. Tadaaaaaaaaaaaa!!

Persembahan leh dapat 10 Markah tak? HAHA.
Selamat mencuba ya! (Bajet ade orang nak cuba resepi bangang kau Lann! Haha.) Korang leh fikir tak kenapa pau lelaki (anak teruna) kecik dan comel-comel je? Tapi pau pompuan, besar dan...dan....dan.....kroohhhhhhhhhhhhh......

Orang cantik hensem like :D

36 comments:

J said... Best Blogger Tips


nakkkkkk! haha

Entri Terbaruu : XMEN: First Class best gilaa, aku bagitaw kau!

man yusoef said... Best Blogger Tips

wah!! hebatnye lan...grr...inti kacang merah tu ko beli kat pt sulogn ke, kat depan kg ko lan...

FAHMI said... Best Blogger Tips

lan,pau kau tu rasa apa eh?hahahaha

Hanim Mahali said... Best Blogger Tips

Tapi pau pompuan, besar dan...dan....dan.....pangpangpang! penampaq akak bagi... lalala ~


(sedap ke pau yang lan buat tu??? entah2 gambar je poyos. #okbai)

[k]o{q}i[n] said... Best Blogger Tips

reti ko msk lan..??

Mahirararara said... Best Blogger Tips

bulat3 pau lalan . sedap tak ? HAHA

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said... Best Blogger Tips

terernye..dh mcm abg mat gebu..hehe~

ich bin che ya said... Best Blogger Tips

tak hantar skit pun kat aku... padahal dekat sebelah umah je.. sedey gila... sob2

kunci locker said... Best Blogger Tips

nak try wat...hahahahah

kaizen said... Best Blogger Tips

lann!!! buatkn bleh??
huhuhu

'AQILAH said... Best Blogger Tips

menselerakan !!

Heziqa Yoo said... Best Blogger Tips

giler comey laa kaw gentel inti dgn doh tuh..HAHA

zuwaidah said... Best Blogger Tips

tang inti tu yang menarik tuuu heheheehehe

zikeryhassan said... Best Blogger Tips

inti kacang tu ada je jual kat bangi ngek.


kau suka melucass kan? benci

si ngokngek said... Best Blogger Tips

wah~~hebat...pecah rekod..akupun tak reti buat..slalu tgk mak aku yang buat ja..phewit..tapi sedap ka..mcm...@_@..hahah

Nur Syazana Mohammed Sani said... Best Blogger Tips

wah ! boleh try nie ^^

zaMir said... Best Blogger Tips

kelas kau maria!!! hahhaha...nih yg eman sayang ko lebih nih..hahahah...

apsal ko gentel2 tu mcm maajun je???

munira sajuti said... Best Blogger Tips

aku penah wat pau ke haa? macam penah, macam tak. err tapi sumpah aku terliuq tengok pau ko tu. i mean, pau ko buat tu =,=

MYRAsaurus said... Best Blogger Tips

sedapnyee....nnt nk try gk la...^^

Solihin Zubir said... Best Blogger Tips

owhhh.. cmni rupanya cara nk puaskan isteri.. hahaha...

blackroses said... Best Blogger Tips

sedappp..

Anonymous said... Best Blogger Tips

teringin nak rasa lan masakk.. lan kan rajin massakk. spegeti... ape lagi. semua pandai. yelaa. kitew ni ta pandai masak. okbye :)

AnakPakZohar said... Best Blogger Tips

agak ngeri jugak lahh aku negok cara pembikinan and rupa pau kau ni lann oiii.. hahaha

munira sajuti said... Best Blogger Tips

anon atas ni mesti #ns ! yezza. HAHA #ehyeke? okayybye

Rtp Farra Arisha said... Best Blogger Tips

mesti enak kan pau goreng comel tuu hehe :)

AnakPakZohar said... Best Blogger Tips

aku nak like komen munira .. tapi kat sini tak de button like.. ahaha

Isteri Encek Bard said... Best Blogger Tips

lahai rajjinnyer chep lann kiter nie

alia othman said... Best Blogger Tips

penat gelak masa baca resipi ni. T.T

munira sajuti said... Best Blogger Tips

woyy alia. HAHA okayy meet alia, my housemate. #tetibe

Nadia said... Best Blogger Tips

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T__T

Yuyu Zulaikha said... Best Blogger Tips

hye orang RAJIN dan KAYA (Johor & selangor). saya datang nak pinang awak ^^

Telaga Putih said... Best Blogger Tips

sy da dpt,anda bila lg? http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=telagaputih

http://telagaputihworks.blogspot.com/2011/06/saya-dah-dapat-anda-bila-lagi.html

n!cK said... Best Blogger Tips

wow!! aku tak sangke aslan ade pengalaman terbaik macam nieh..agagaga

Luqman Zakaria said... Best Blogger Tips

wah! masak sendiri ke..cayalah!!

tehOaislimau said... Best Blogger Tips

ganah betol care dea buadd pau :D haha

Unknown said... Best Blogger Tips

Casino.com Archives - ScoopGo
Casino.com Archives - ScoopGo.com's collection of online งานออนไลน์ casino and gri-go.com sports betting tips, casino https://access777.com/ games, https://jancasino.com/review/merit-casino/ video slots, live dealer games and more!

Cerita Mengigit Jari Kaki