Friday, April 20, 2012

[Review] Filem Battleship

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Nebes, My First Time nak taip entry. First entry untuk official The.One.Step.Forward aka www[dot]aslannas[dot]com. Wehuuu! OK aku buka dengan entry review filem kapaltempur atau lebih mesra dikenali sebagai Battleship.
Hamekk! Gedabak aku bagi.
Bercakap pasal review dalam The.One.Step.Forward, rata-rata review adalah berdasarkan ikut-suka-hati penulis sahaja. Oleh itu, segala kekurang fahaman, kekurang pencerahan & kekurang-kekurang yg lain adalah akibat dari kebebalan pembaca sendiri. Haa gcew! (cam lahanat sikit la bunyi 'gcew' ni kan. hehek.)

Pelakon
Walaupun secara haromjadahnya, aku tak berapa mengenal pelakon-pelakon filem betelsip ni, tetapi aku cuba jugak nak kenalkan kpd korang. Yelah dah namanya review kan, kalau tak mesti tajuk entry ni Pembedahan Plastik Mat Harun atau Gempar! Rojita Che Wan Kehilangan Anak....bajunya. Haa nampak dah merepek jauh kau ni Lann! Antara pelakon filem betelsip ni,

Kiri ngan kanan tu cam ade la iras-iras muka aku sikit. LOL.
Kalau korang perasantankan, Taylor Kitsch ni pernah berlakon sebagai John Carter dalam filem John Carter dan juga pernah melakonkan watak Gambit dalam filem X-Men : The Origin. Harus diingatkan supaya  saudara saudari tidak wajar untuk keliru antara Gambit dalam X-Men dan juga Gambit Saifullah, serta Gambir atau Jimbit. Keempat-empat ini membawa makna kata dan fizikal rupa bentuk yg amat ketara bezanya.

Gambit X-Men itu adalah sangat Ohsem nak arwah, manakala Gambit di kanan sekali tu tidaklah terlalu ohsem, masem mungkin?
Harus diingatkan juga, pelakon Taylor Kitsch yg melakonkan watak Alex Hopper dalam filem Battleship, bukan Gambit Saifullah kerana jika Gambit Saifullah yg berlakon dalam filem ini, tajuknya mungkin  ditukar kepada Karipaship-Karipaship Cinta.

Selain Taylor Swift ah maksud aku Taylor Kitsch, Rihanna (bekas penyanyi kumpulan nasyid Ryehan) dan Alexander Skarsgard (pernah bertugas sebagai Pak Guard kampus UKM) turut membintangi dalam Battleship. Turut membantu adalah pelakon-pelakon ekstra yg lain yg harom aku tak kenal.

Plot @ Jalan Cerita
Secara overall plot cerita betelsip ini sangat menarik ditambah dengan elemen saspender, humorongak, aksyenkamen dan sirius. Kisah yg bermula dari Alex Hopper (seorang yg berbakat tetapi dungu nak arwah.sebenarnya lebih kpd seorang yg tak berfikir panjang) yg cuba untuk mengorat Sam Shane (Brooklyn Decker) via Chicken Burrito atau Burito Ayam. Walaupun namanya begitu sedikit melucahkan, burito ayam hanyalah sejenis makanan, tidak lebih dari itu. Akibat kebangangan Alex, beliau serta abangnya, Stone Hopper (Alexander Skarsgard) telah menerima padah yang-korang-akan-tahu-bila-korang-tengok-sendiri movie ni. Akibat bala yg menimpa mereka, kedua-duanya telah menyertai US Navy, dalam masa tak sampai beberapa minit dah dapat jawatan yg besar dalam US Navy (masa dalam panggung tu la, aku tengok sekejap je).

Uncle Cute ni sebenarnya adalah US Navy Vice Admiral Shane merangkap bapak kepada Sam Shane.
Penemuan satu planet yg dilihat berpotensi untuk menampung kehidupan iaitu Goldilocks Planet telah ditemui oleh NASA yg mana juga disyaki mempunyai kehidupan lain. Melalui Projek Beacon, NASA telah menghantar satu signal radio yg kuat & ganaih kepada Goldilocks yg mana kemudiannya menerima respon balik oleh kunjungan penghuni Goldilocks ke Bumi yg terhempas di lautan berdekatan Hawaii. Dari sini bermulalah kisah misteri nusantara Battleship ni.


Ape Yang Menarik?
#1- Perkembangan watak Alex Hopper yg dari seorang yg agak loser & tidak berfikiran jauh kepada berkempimpinan setelah kematian abangnya, Stone Hopper yg dibedil oleh armada spaceship alien. Ahh kenapa review ni sgt skema? Aku benci!

Dah nak mati pun sempat bergurau.
#2- Kekacauan kapal yg telah kematian kapten Stone Hopper, dimana Alex telah diangkat menjadi kapten baru secara add-hock. Sehingga ada anak kapal yg bertanya, "Siapa kapten kita?"."Alex Hopper!"."Alex Hopper? Oh baik aku mati sahaja!". Begitu dasyat kedunguan Alex ni memimpin.

Bengap tak bengap?
#3- Strategi pertempuran yg di atur Alex Hopper di saat matahari terbit dengan armada Goldilocks yg aku rasa "Haa baru nampak kebijoksanaan Alex ni!" *sambil tangan laju menyuap pop-corn ke mulut*. Haa gitew.

Serangan bertuvi-tuvi.

Yang #akutakpaham
#1- Bot kecik kenaikkan Alex Hopper, Raikes (Rihanna) dan seorang lagi officer gemok yg hanya bergoyang-goyang manja walhal armada (spaceship kot) Gordilocks dah mencebur (amenda ni?) atau menggejebush-gejebush ke kiri-kanan-atas-bawah atas air berhampiran bot mereka. Nak lagi dusta, efek percikan gejebushan (amendeeee ni?) kapal Goldilocks tu dah macam tsunami, tapi bot diorang 'wat lek' je goyang-goyang manja siap Rihanna boleh posing nyanyi lagu Only Girls in The World lagi.


#2- Alien (The Gordilocksean) - suka-siku aku je kan bagi nama. Kahkah. Lantak. Ha alien yg duduk kt Planet Goldilocks yg kononnya berkedudukan sama dengan Planet Bumi (means menerima cahaya matahari yg sama, cuma berbeza galaksi sahaja) tetapi mempunyai jenis mata macam cicak yg sensitif kepada cahaya (maknanya tak tahan dengan cahaya yg terang). Jelas sekali unsur illuminati disini (kejadah?). Ha nampak? Nampak?

#3- Kapal tempur St. Missouri yg dah jadi muzium tu boleh selamba je hidup balik. Agak-agak kapal kt Melaka tu leh ke kita hidupkan balik untuk belayar? Terasa aku telah naik level kebijakkan. Herher!

Yang Kelakar
#1- Scene ala-ala Jack dan Rose dalam Titanic di saat kapal nak tenggelam, cuma kat Battleship scene ni lebih kepada agak gay disitu bila scene cuba saling bersweet-sweet an menyelamatkan diri berlaku antara Alex Hopper dan Cptn. Nagata. Euwcchh!

Awww~ scweeett!
#2- Kelasi kapal yg mengemudi kapal tempur St. Missouri (ex-muzium) adalah terdiri dari kalangan lelaki-lelaki tua nak mampus (bekas Navy yg pernah mengemudi kapal tempur st. missouri). Aduhai, aku memang gelak nak arwah masa tengok scene ni, muka sekor-sekor tu rasa cam nak mintak penampar je, ala-ala popeye tuanya. Tapi popeye makan spinach kuat, yg ni rasa macam kalau makan spinach terus menopouse. Lawak sial! Kahkah!

Alah cukuplah review ni, baru berapa bulan tak taip entry, entry panjang cam lahanat. Aku syorkan korang tengokla movie ni, tapi dosa tanggung sendiri-sendiri lah kan. Yelah tengok Rihanna pun berlakon bukan bertudung, tu dosa tu kalao tengok perempuan tak tutup aurat. Aku syor je, yg tanggung korang la, kan masing-masing dah mimpi basah dan dah pakai libreese ye dak? LOLOL.

Aku vote 4.8 vintang! Yeihh! Best tak review aku? Best tak? Kalau best like lah! Komen juga. Hehek. ;)

Orang cantik hensem like :D

Saturday, February 18, 2012

Gigitan Berahi Lebah #BBNU

Selamat Hari Ahad,

Masuk-masuk ni, eh betul ke belog aku ni? Rasa cam awkward semacam je. Maklumlah hampir 3 dekad tak menaip entry. Beginilah jadi nya, malu dan segan di rumah sendiri. Atas desakan dan dengusan dari Ahli Parlimen Bukit Beruntung, Ketua Pandu Putri Sekolah Tadika Padang Jawa & Pengerusi Kesatuan Achi-Achi Semenanjung Tanah Arab yg memberi tekanan ke atas aku untuk update blog, aku mmg terpaksa akur jua. Aku isytiharkan darurat utk update blog.

Kisah malang yg berlalu tadi pagi, maksud aku pagi ni, pagi Ahad atau Sunday Morning bagi pembaca Jawa yg kurang faham. Dalam kesihatan aku yg masih kurang sihat ni, pagi ni aku menuju ke dapur paling mewah (bagi akula, sebab ada sinki air. Mewah kan?) sebab nak masak air (nampak ciri-ciri suami yg mithali tak kt sini? nampak?).

Sedang aku syok isi air kt sinki, tiba-tiba aku rasa satu ciuman yg sangat nikmatnya MasyaAllah hinggap kt kaki kiri aku. Sempat aku berfikir, dah kenapa ada anak dara cium kaki aku  pagi-pagi ni kan? Nak cium biarlah kt pipi ke, morning kish namanya. Oleh kerana ciuman itu terlalu nikmat, aku jadi inzal lantas menjerit dgn kadar namblas harakat "BABEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.......!!!!"  sambil sepantas kelajuan cahaya, tangan aku menampar kaki kiri aku. Haa boleh bayang tak? Boleh bayang tak? Kalau takleh nak citer lagi sekali ni (nampak penganjengan di situ?).

"ASTARGHFIRULLAHALAZEEEMMMMM....." , Istirghfar aku selepas namblas saat. (bold menunjukkan Istirghfar aku lebih kuat dari jeritan babey ittew). Pantas kulihat ke bawah, "Eh kenapa besar sangat ni???" , getus hati suci ku. Ku turunkan lagi pandangan aku ke bawah, ku cari-cari gerangan siapa yg memberikan ciuman aku sepagi-pagi breaking down ni. Ku lihat sekelumit tubuh seekor lebah atau penyengat baru nak up menggelupur nak meninggal.


Aku bajet penyengat la kot, kalau lebah mau Elephantiasis kaki kiri aku kan. Ape tu? Pergi Google lah kan, ape guna ada service Google kalau semua nak tanya aku. Gittew berlagaknye kau Lann. Kahkah!
Kembali kepada mood menahan sakit, aku maki-maki lebah #bbnu ni di saat beliau hampir meninggal, "Kau ni, apehal perangai macam Syaitonzz haa? Ingat kiss kiss orang ni tak sakit ke? Sakit tahu? Sakit? Dahla tak nikmat, cam haroomm je rasa! Dasar lebah baru nak up!!..." , bebel aku sendirian.

Baru teringat nak mengucap la kannn, time menyengat kemain galak tak ingattt...
Aku tengok kesan sengatan lebah #bbnu kt kaki aku, bengkak syeal ! Siap ada sting dia lagi, cecepat aku cabut. Sakit jangan cakapla, macam rasa sunat tak kena bius. Haa penah rasa? Tak pernah kan?

Wuwuwuwu...kaki ittew dah tak cantik, besar sebelah..wuuu~
Dengan perasaan amarah yg tiada bendung dan bendang nya lagi, di mulakan dengan Basmallah, aku cepit lebah #bbnu tu, aku masukkan beliau ke dalam penjara. Hah padan muka! Puas hati aku, bisik ginjal sebelah kanan aku.

Takyah buat-buat menggelupur la oyyy. Gua xkan tertipu.
Aku rancang, hukuman akan dijalankan malam ni tepat 12.00 AM. Tu pon kalau lebah #bbnu ni panjang nyawa lagi la sampai tyme hukuman berlangsong. Pasni kalau gua jumpa lebah, gua akan sound depan-depan, "Nak mandul berani ar sengat gua..!" sambil attach kan entry ni.

Nasib ada Minyak Gamat Asli Pulau Langkawi Panas Plus, haa mampu nama nak panjang cam  ni? Nasib ada minyak ni, susut sikit kembungan di kaki kiri ku itu. (˘̩̩̩^˘̩ƪ). *tahan sakit*
Orang cantik hensem like :D

Wednesday, January 11, 2012

Sakit Macam Kena Gigit Semut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kerap kali kita dengar frasa ni, "Sakit macam kene geget semut jewrr~". Persoalannya berapa sakitkah gegetan semut yg menggeget itu? Kajian awal aku mendapati, frasa ini banyak digunakan dalam situasi-situasi berikut,


1. Bersunat (berkhatan)

Anak : "Daddy, daddy... sunat tu sakit tak?"
Bapak : "Taklah, rase cam kene gigit semut jewwrrr~"

Adik : "Bang, dulu abang sunat cemana rase die eh? Sakit tak kene sunat?"
Abang : "Ihh taklah, mana ada 'sakit', rasa macam kene geget semut jerrwwww~ LOLOLOL"

Celaka kan perangai abang.

Pesakit (budak) : "Dokter, saya takutlah nak sunat, sakit tak bersunat?"
Doktor : "Tak sakit dik, sunat ni rase cam kene gigit semut je. Jang risau lahh.."

Aii Makcik, dah tetua pun baru nak bersunat??



2. Time Ambil Injection (BCG, Suntikan punggung, bius etc.)

Budak sekolah : *muka pucat*
Nurse (tua sekitar 40-an, belum berkahwin) : "Haihh dik, muka cam perompak nampak jarum pun dah kecut?? Orang kata injection BCG ni tak sakit, rasa cam kene geget semut je dik, tu orang kata la, akak kata plak rasa cam kena cucuk besi panas... *muka kekwat*"

Nurse cam ni memang jilaka. (˘̩̩̩^˘̩ƪ). Padahal kerja tolong buka plastik jarum je.


3. Malam Pertama

Isteri : "Bang, ayang takutlah bang, boleh tak kita postpone next malam bang..? Pleaseee..."
Suami : "Ayang, ayang jangan risaulah, tak sakit punya.... macam kena geget semut je rase...Hehehe.."

 


-------------------------------------------------------------------------



Kau rasa? Sakit macam kene gigit semut tu cemana sakit dia? Bincangkan.

Orang cantik hensem like :D

Tuesday, January 3, 2012

Mohd Faiz Nurhariz

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Kali ni aku nak memperkenalkan seorang lagi anak buah aku yg Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 30 September 2011. Ermm. Mungkin la. Haha.


Tadaaa! Comel tak? Hewhew, cam Poksu dia la. LOL. Nama die Mohd Faiz Nurhariz, baru masuk 3 bulan ++ la umur die. Pipi die sangat bam-bam. Aku rase nak penyet-penyetkan je. Haha. Jantina semestinya cam Poksu dia, seorang lelaki, jejaka dan juga Asia.

Budak ni suka sebut "Kuehhh...kuehhhh.." Aku dapat ramalkan yg bila besar nanti Faiz ni bakal menjadi seorang Engineer Kuih yg berjaya merangkap ahli perniagaan kuih terbesar Asia. Aminn. InsyaAllah. Haha ape korang ingat kuih tak memerlukan kepakaran engineering ke nak menjadikannya? Silap tangan (ni jenis tangan taik) buat karipap pun tak jadi jadi. Tapi dengan ilmu engineering, karipap yg bertekstur lembut, lipatan karipap yg simetri serta jarak setiap hujung karipap ke hujung yg lagi satu dipastikan sama boleh dihasilkan. Ha hamek kau, Engineer Karipap dah bercakap.

Herher! Ok papehal pun, Poksu mengucapkan selamat datang ke dunia Awesomeness Family Puan Amnah, Faiz! Selamat berkenalan dengan Poksu yg sangat Ohsem Gila Babi ni. Eh Ohsem je, gila babi tu taklah. Tu ayat nak menunjukkan kelampauan je, mohon jangan salah paham. (˘_˘").

Korang tak pernah terfikir ke, kenapa anak sedara dipanggil juga anak buah? Asal buah? Dan kenapa se-dara? Adakah dihasilkan daripada buah? Atau anak yg berkongsi dara (se-dara) dengan kita? Tapi sejak bila aku ade dara? Renung-renungkan dan selamat berkerut. Bai.
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki