Saturday, October 29, 2011

5 Spesies Haiwan Yang Aku Geli Gila Babi Euuw

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

AMARAN : ENTRY INI SANGAT MENGGELIKAN. JANGAN MAKAN KETIKA MEMBACA ENTRY INI JIKA ANDA SEORANG YG GELI-GELI. OH YA! ENTRY INI JUGA PANJANG 19 INCH. OK SELAMAT MEMBACA!  JANGAN PICIT JERAWAT JUGA YA!

Bila aku tengok tajuk entry, aku taktau nak taip intro cemana. Tadi aku baru lepas tengok satu video kat YouTube tentang larvae Botfly yang grow under animal skin. Manusia merupakan salah 1 hos untuk larvae lalat ni membesar. Sangat gross! Euww! So entry ni bakal dipenuhi dengan euww words. Harap kalian bersabar dengan perangai aku. Hiukhiukhiuk <<< gelak cam lahanat.

Dapat idea nak wat entry pasal haiwan yang aku sangat geli. Setelah membuat kamiran dan jujukan aritmatik aku dapati ade 5 spesies haiwan yang memang aku geli gila babi dan babi adalah haram dimakan. Eja Aritmatik pun dah tak betul, nampak sangat dah tak main maths. Aku main bende lain lah sekarang. Hoho.

Setiap orang mesti mempunyai haiwan-haiwan pilihan yg menggelikan termasuklah aku, kerana aku juga manusia yg tak terlepas dari membuat kesilapan, harap dapat maafkan aku. Eh terfeeling bende lain plak! Camnila perangai ko Lann bile la nak berubah jadi ensem. Sebelum tu, mari kite tanye barisan #retis-#retis tentang haiwan yg paling diorang geli.

1st respon jawapan yg aku dapat
OK. Katak kobok. Korang tahu ape aku fikir mase bace tweet jawapan ni? 1st sekali mestilah aku gelak then 2nd aku fikir seekor binatang yg serupa ini ........

KATAK YANG MEMAKAI SONGKOK DI KEPALAAA!!!!!
HAHA. Apehal ntah aku fikir makhluk ini, cute kan katak pakai songkok? "Nak pergi nikahkan orang ke Tok Tak? Hiks!". Katak kobok tu amende la yek? tapi yg sure mestilah famili katak ye dok. Katak aku tak bape geli sangat la, tapi leh la masuk dalam Top 15 list haiwan yg aku geli. Hoho. Tapi kan, kalau katak cam kat bawah ni aku geli, serius aku geli !!




Haa nampak tak? Bukan sebab dialog tu aku geli, tapi sebab KATAK ITU MEMPUNYAI NENEN! Nenen ye ! Geli siak! Hahahaha. Aku dah censored kan nenen die, tak manis anak dara tenung nenen die nanti kan. Tapi still leh nampak shape nenen tu. Ape la ko Lann censored tak habes. Aku bet ni katak jantan, tengok muka dh tau, tu pasal aku geli, jantan bernenen sebegitu bentuk kan. Memang GELI.

OK tinggalkan tu, tempat ke-5 haiwan yg aku geli jatuh kepada.... haiwan dari Phylum  : Mollusca dan Family : Gastropoda (haa nampak sket aku budak Bio gune term-term Bio ni. Haks lahanat berlagak!), adalah haiwan dengan nama timangan SIPUT BABI.

Hoink! Hoink!
Eh tu bukan gambar siput babi, tu adelah babi yg harom. Alololo, bajet kiut lettew! Yeuks! Haha ok gambar siput babi kat bawah ni.

Hi, saya tak harom dipegang. Hiks!
Magaaaawddd!! Gelinyaaa. Tangan aku cam rasa kegelian tu dengan hanya memandang gambar di atas ni. Dahla besar, melekit ahh sangat geli. *pengsan*

Spesies haiwan yg mengelikan tempat ke 4 seterusnya ialah.........
.
.
.
.
.
BELUT!!




*Beristirghfar* Besarnya belut tuuuuuuu. Serius time aku taip ni aku nye darah seperti menerima suntikan hormon adrenalin dari err dari ginjal ke? Eh ginjal hasilkan hormon adrenalin ke? Bukan sel-sel Langerhans di Pancreas ke? (Bangsat nak berlagak dengan term Bio lagi kan!). Aherherher! Time aku memancing aku memang tak pernah dapat belut, kalau aku dapat sure aku campak pancing tu, aku rela hilang pancing dari pegang belut. -.-
Sup belut? Ok seriously aku tak pernah makan dan aku tak berniat untuk makan, tapi kalau korang bagi sup, then korang kata "Ni sup daging ni" surelah aku telan sampai abes, sebab aku tak tau. Hoho. Tapi leh tengok kot tekstur belut ngan daging kan, takkanlah bodoh sangat tak dapat beza. *cucuk lidi kat hidung*

Tempat ke 3 pula adalah haiwan dari Phylum : Annelida, Class : Clitellata, Subclass : Hirudinea. Homaii, kaki aku terasa semut-semut the moment aku google gambar menatang ni. Ini sangat menggelikan......

Letak kecik je gambar ko, sebab aku sangat geli.
LINTAH !!! Cemanalah orang tu boleh pegang kan, rase nak menangis dah aku kalo dapat pegang macam tu. *kesat air mata* Banyak gambar lintah yg tersangat ekstrem power rangers mase aku google tadi, tapi aku amek paling least geli doe. Ni pon dah takleh nak fikir dah nak taip ape sebab dah terfeeling geli time tengok gambar ni.

OK tinggalkan kejap chart Top 5 Most Disgusting Animals on Aslann As | One Step Forward, wahh kelass dah macam NatGeo! Berikut adalah jawapan bebudak lain tentang soalan aku kat atas tadi. Haa ape ko ingat satu je jawapan kat atas tu dah cukup?

Kemainn Munira kan, banyak beno.

Mostly kate tikus. Eleh setakat tikus, gua pegang hari-hari kat lab tahu? Haa belagak! Haha. Final year project aku memang gune tikus putih tu, we'ols panggil mencit dalam BM nye dan mice dalam BI nye. So memang hehari aku ngadap mice ni lah. Takdehal lah nak pegang tikus! Harharhar! Tu mostly responden pompuan kan, haa korang tengok plak respondan eh responden lelaki punya jawapan.



Cemanalah eh makan ayam, ayam pun geli. Buaya darat tu sejenis haiwan gak eh? Ku ingatkan jantan yg celaka. Haha. Takpelah, memasing punya pilihan kan. Hameklaa, geli ngan ayam. Hameklaaa. *click image untuk pergi ke blog jejantans kat atas*

OK sambung! Tempat ke 2 pula jatuh kepada haiwan tetomei yang .........................................




Herrrr.... Gelinyaa. Name die PACAT. Seumur hidup aku selama 23 tahun ni, aku tak pernah jumpa pacat. Ape terkejut-kejut? Pang nak? *emo gigit baju*. Haha yelah, aku nye kawasan perumahan takde pacat, kalo pergi camping pun kat kawasan tepi pantai, mane nak ade pacat kan. Jungle Trekking memang tak pernah join, tapi kalo mandi air terjun kat sungai pun tak jumpe. Eh pacat ade ke kat kawasan camtu? Yang penting aku memang GELI kat pacat. Sekian.

Dan akhir sekali, tempat pertama the most geli haiwan yang aku geli adalah ................................

.
.
.
.
.
.


Ahaha, kohajo eh, korang gelak kan tengok gambar ni?! Nilah haiwan paling aku geli. Name die ULAT atau lebih tepat MAGGOT ! MasyaAllah sangat geli. Aku tak sanggup tengok lelama, tadi aku search 'maggot' keluar gambar memacam yg sangat menggelikan. Gambar real maggots . Heuwww, tobat aku terus tutup tab browser, aku pun search 'maggot cartoon'. Takdelah aku geli sangat. Haa nampak kebijaksanaan aku kat situ tak? Menatang ni dari lalat, so leh jumpe kat tong-tong sampah yg berair, melekit dan busuk. Geli arr nak cite. Kalo sampah jenis basah (sayur , daging etc.) yg korang lambat buang, terbiar kat dalam tong sampah pon menatang ni akan muncul. Euw. Kat bangkai lagi la selalu jumpa. Hogosh! Gonna stop this nonsense entry!!

Sebenarnya banyak kali gak menatang ni muncul kt tong sampah rumah bujang aku kan, time tu memang aku xbuang sampah la, aku suruh housemet aku buang ke tong sampah besar kt bawah apartment. Geli doe! (eh janganla gune bujang, gunelah jejaka.hiks) Haha beselah rumah jejaka kan, buang sampah memalas sume. LOL. Pernah accidentally menatang ni memanjat tangan aku, memang aku libas tangan aku umpama melibas bola besbol la, pastu cecepat aku basuh. Serius meremang bulu roma aku!

Tapi kan, tapi kan, seburuk mana, segeli mana sehodoh mana haiwan tu, takyahlah kutuk lelebih. Hehe, sume tu kejadian Allah SWT kan, dan setiap makhluk tu ade kebaikkan dan hikmah nye tersendiri. Segeli-geli menatang tu, banyak sumbangannya kat manusia jugak. Hee so janganla nak geli sangat! Wat rilek sudeyh. LOL. Tapi aku tetap geli la, tapi aku tak kutuk, tapi..tapi.. ah banyak tapi-tapi plak...

Kalau korang nak tau, kalo aku mandi pantai or jalan kt pantai, aku akan pakai selipar sebab aku geli dan cuak nak pijak dasar pasir kt pantai tu. Kot-kot terpijak LINTAH ke, ULAT ke. Homaii aww aww lah! Aku memang penggeli orangnye so jangan la main geli-geli dengan aku k. HAHA. K bai.
Orang cantik hensem like :D

Sunday, October 23, 2011

Thanks For Your Wishes! I'm Officially 23!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, 12 Oktober 2011 (walaupun senanye hari ni 23 Okt) adalah hari di mana aku dilahirkan 23 tahun dahulu. Alhamdulillah, terimakasih atas #300++ ucapans dan doas sempena ulang tahun kelahiran aku.

12 Oktober 1988 | 02 Rabi'ul Awal 1409H | Rabu
Jam menunjukkan 12.00 tengah malam, En. Mohd Nor dilihat mundar-mandir kerisauan menunggu isteri kesayangan di luar bilik bersalin, Pn. Amnah di bilik bersalin Hospital Batu Pahat kelihatan resah menunggu kelahiran anak ke-4 nya.  Tepat jam 12.42 pagi, kedengaran suara tangisan bayi dari bilik bersalin "Li..tsa..Li...tsa..". Kegembiraan jelas terpacar diwajah kedua En. Mohd Nor dan Pn. Amnah menyambut kelahiran anak ke-4 nya itu. Doktor menghampiri pasangan itu lalu membisik, "Baby boy, nama blognya Aslann As One Step Forward". 
Begitulah sedikit kronologi mengarut kelahiran aku mengikut imaginasi sendiri. Kini aku genap 23 tahun menjadi jejaka asia, sayu melihat wajah aku di kala baby boy. Kenape ah aku comel sangat?! Aww!

Anyonyonyonyo..tomeine die..tomei-tomei. >.<
Kenapa dulu kecik-kecik kulit aku putih ea? Oooh, mak aku kata aku kuat main panas, tu yg dah besar hitam legam tu. 10 bulan ade Caucasian-look la, sampai 2 tahun cam ade Korean-look. 23 tahun cemana agaknye eh rupenye?


Wahh! 23 tahun dah cam Jawa-look! So aku harap 10 tahun dari sekarang, means mase umur aku 33 tahun, wajah aku akan dapat balik Caucasian-look tu ah. Puii!!

HAHA. Abaikan, jangan muntah. Nak muntah sila lepas tutup tab blog aku (bajet ade orang bace je blog sampah ni). OK, aku nak ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas umur yang diberi dan jutaan, ribuan, milionan, bilionan terimakasih bagi yg wish besday aku. Gigih aku kire sebab nak tau ratio dari 1K yg kononnya friends kt facebook tu, bape kerat je yg ucap. Alhamdulillah adela dalam #300++ yg wish kat medium Facebook. Twitter plak dalam #57 wishes dan mesej aku tak ingat, ade lebih #10++ kot. Hehe. Terima kasih semua yg wish!

Wish yg aku paling suka semestinya wish yg diiringi dengan doa. Ade jugak yg bagi 'HB', kalau ikut aku nye experiences, HB tu adalah Hidrogen Bonds atau HellBoy (Hai Babi pon boleh gak). Haa hati-hati time bagi wish ek, takut orang salah tafsir, tapi takkan lah orang nak kata 'Hai Babi' kat birthday aku kan, tu lahanat namenye. Herherher! (bajet gelak lahanat nak ade bunyi R, walhal sebut R pun failed).

Haa, sape punye wish masuk sini? Sape punye? Hiks.
Ni sebahagian je, tak laghat la aku nak printscreen bebanyak, maaf wish sape yg takde, tapi ade beberapa wish yg species wish celaka atau #celakawish. #CelakaWish merujuk kepada wish birthday yg diiringi dengan carutan sama-ada carutan yg berhemah atau carutan yg berhemoy-hemoy. Tahniah la pada yg mendapat kategori wish #CelakaWish. Herherher!





Celakeww kan. Haha. Sesekor mintak penampor. Tapi sebab birthday aku yg mulia kan, so redho jela. Terimakasih di atas wishes ini. T__T

Wishes Dari #Retis
Wehoo, seronok bile #retis wish birthday aku. Hewhewhew. Wish pertama yg aku dapat adalah dari Encik Adibah Noor, eh Puan, eh Cik lah. Cik Adibah Noor. Yang ni adalah jasa baik dari Encik PojiePooh. Sebab die mintak Adibah Noor wishkan untuk aku. Herherher!

Oh ya! Yang atas tu wish dari Fouziah Gous aka Pooja. Yg ni adalah jasa Syazwan Syafiq aka Syazwan Sarawak. Terimakasih! Hihuu. Speaking of Syazwan, ramai orang kata wajah die mirip Randy Pangalila, pelakon dari Indonesia tu. Untunglahhkan muke iras pelakon.

Ade same ke? Eh name diorang terbalik. Herherher!
Terimakasih kat #retis-#retis yang sudi meluangkan masa untuk wish birthday aku. Ade yg bagi hug n kisses lagi. LOL. Cuak pulak. -.-


Ehe siap favourite lagi tweets diorang kan. Haruslah! Tapi dalam bebanyak wishes tu, wish paling best metilah wish dari......

Huahua paling besar aku letak!
Thanks Lisa! Awak memang tak kecewakan saya! Tak sesia awak diminati saya. Hiks! Ramai orang kata Lisa susah nak reply tweet peminat. Mana ada?! Lisa mesra je ngan peminat kan, Lisa kan. Selalu je die reply tweet aku. Herherher! Sape yg takde account Twitter tu, sesungguhnya anda telah kerugian 1 nikmat dunia. Haha. K bai. Dalam bebanyak wish kan, ade 1 wish yg aku dapat dari member aku kat facebook yg aku pun xtaw nak kategorikan sebagai ape. Protes mungkin.

Moteeeppp kan si Jamir Janon ni.
Terimakasih juga kepada housemates Apartment Bangi Idaman yg menganjurkan majlis hari jadi aiskrim untuk aku terutamanya kepada Asan & Izzudin. Hoho. Terharu-haru. Dan tak lupa juga kepada abang vlogger pewmes Muhammad Nur Aizuddin (panjangnye name) yg blanjer aku cokolat oreo semalam masa kat #OctTwtFest (tak sempat nak capture pics sebab aku dah kelaparan semalam aku terus cekik cokolat oreo tu). Lagi 1 terimakasih kepada Kak IEB yg sudi wat entry wish birthday untuk aku. Terimakasih lagi kepada Nazim Nasri yg telah bersusah payah menjemput penari latar video klip Falling In Love by Dato' Siti Nurhaliza untuk wish birthday aku. Live video wish lagi, oh terharu, kalau korang nak tengok penari femes tu, sila klik link INI. Terimakasih! Terimakasih!! Em.. ade lagi tak? Haa tu je kot (kalau ade lagi sila bagitahu, nnti aku edit balik entry ni. LOL).

Sape rase nak bagi hadiah besday aku, leh la PM account facebook aku mintak alamat. Haha. Gila tak malu! Ok bye!
Orang cantik hensem like :D

Tuesday, October 11, 2011

Resepi aosf | Samosa de' Famousa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Yah kali ni Chef Alann Oliver nak kongsi resepi lagi! Haha perasan. Sebenarnya semalam aku bosan gila, so bila dah bosan nak try la buat something yg interesting................ memasak! Yeah!



Ahaha. Kenape ade #85 tu ek? Kriteria ke #85 ke untuk ciri-ciri lelaki ensem? LOL. Perempuan suke ke lelaki yg pandai masak ni? Hoho oklah dah 3 hari senanya streamyx rumah sewa aku breakdown tak tahu kenapa. Bangsat sangat ok orang TM tu janji nak datang semalam tapi tak datang, aku called tak jawab. Jadi aku membuat keputusan drastik untuk melakukan aktiviti yg menarik semalam. Ya kita memasak! Entah kenapa tetibe je Samosa de' Famousa ni keluar kat kepala aku untuk dicubainye. Hehe.

Nama resepi nak gempak, haha. Ok meh tengok bebahan.

Inti de' Famousa :
Sepeket mixed vegetables (500gm kot), 5 biji ubi kentang yg dipotong dadu, anjing panas yg dipotong dadu juge (dalam bahasa jawanya hotdog), 3 keping daging burger (bagi menggantikan minced meat), setengah peket serbuk kari daging dan serbuk rendang daging.

Memasak Inti de' Famousa di Dalam Kuali Atas Dapur Gas :

1. Ok memula bende basic adalah goreng bende asas (bawang merah putih, halia, lengkuas, dan sedikit cili yg telah dikisar halus). Goreng sampai naik bau ke rumah jenjiran, kalau ade jiran tegur tu baru leh teruskan next step. Semalam punya nak amek bau, aku hidu sampai muke dekat dengan kuali, last-last gorengan tu terpercik masuk mata. Kemainn pedih, nasib x buta. T__T

2. Lepas tu masukkan mixed solution rempah kari dan rendang daging. Kemainn solution kann. Haha. Pastu pepandailah korang rasa, kalau kurang masin tambah la garam sekilo, tambah gula ke, sos ke, ikut suka korang.

3. Pastu campak semua bahan-bahan inti dalam kuali. Eh lupe ubi kentang tu kalo nak best rebus dulu, bagi lembut. Haa pastu dah lepas campak inti korang, goreng agak-agak dan dh siapp! Tadaaaa..!

Haha tu nampak aku potong besar-besar? ni namenye kerja air tangan jantan. Ok bai.
Kalau nak best letak daging bebanyak melebihi kuantiti sayur campur dan kekentang tu. Lebih banyak daging yg diletak adalah lebih de' Famousa. Ia berkadar langsung.

Melipat Kulit Popia Menjadi Segitiga :
Haa cemana senanya aku nak ajar ni? Ha semalam tak dapat amek gambar sebab bateri kamere dah runned out. Takpelah korang tengok jela yg aku dah siap lipat ni. Sedikit sebanyak dapat la ilham kot. Haha.

Dapat tak ideanye?
Jangan lupa nak lekatkan kulit popia tu gunekan tepung yg dh bancuh dengan air sikit, kire macam gam la.

Kemain banyak aku buat semalam, padahal sikit je gune. --"
OK dh siap la tu Samosa korang, boleh disimpan di peti sejuk atau digoreng untuk dibuat sentapan pagi dan petang. Aku nak snap gambar yg dh siap goreng tp bateri dh kong, so aku google jela, jumpe la yg ni, nampak cam ok. Haha. Siap decorated lagi.


Menipu kan Samosa yg dah jadi ni, tadi mase mentah lipat bentuk lain, dah goreng jadi lain. Haha. Ok lah selamat jangan mencuba. Jemput makan! Jangan malu-malu, kalau malu jangan lah makan-makan.
Orang cantik hensem like :D

Saturday, October 1, 2011

30 Hari Raya : Pengembaraan Mencari Batang Buruk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Rasanya raya dah habes? (Takyah rasa-rasa, memang dah confirmed raya dah habes!). Haha pedulik apa aku baru nak publish entry raya kann. Ahaaa. Akhirnya aku berjaya meng-compile-kan entry raya aku start dari 1st raya till 30th raya. Pheww! Entry ni memakan masa 1 hari setengah untuk aku siapkan! Takpe, yg penting aku puas! Hehe. Jom layan entry raya aku, kali ni aku bawakan 1 pendekatan yg sangat berbeza dari entry-entry sebelum ini. Penceritaan yg lebih menarik, secara komikal!! Ahaa perasan je menarik kan? Klik gambar untuk pembesaran batang buruk yg memuaskan. Enjoyy!!












TAHNIAH!! Selesai membaca kisah raya aku! Haha. Senanya citer ni memang kronologi peristiwa raya aku dengan famili, kawan-kawan, rakan blogger, rakan lab mengikut tarikh raya. Kering otak aku nak fikir idea ni. Eleh bajet cambest je kan citer kau! Maaf, aku tak larat nak backlink kan nama sesapa yg terlibat, ramai sangat, tak kelaratan aku. Ehe, senanye masa time aku beraya hari tu, memang aku tak jumpa kuih batang buruk kat rumah sesapa, atau memang aku sendirik yg tak perasan. Haha, bukan mengidam OK. Sekadar idea penulisan entry dengan konsep yg lebih santai. Hehe. Dialog yg dipaparkan tiada kene mengena dengan makhluk yg terlibat dalam entry ini, mahupun yg telah lama masuk kubur. HAHA, jangan marah ok sape yg kejilakaan kena dengan dialog lahanat aku. LOL. SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN. Tehee. :D

p/s : tetibe je rase nak print sume ni, nak jadikan album kenangan raya 2011, raya paling banyak terima jemputan openhouse, semuanya setelah bergelar blogger di Sahabat Blogger dulu. Thanks SB! Thanks jugak kepada sesiapa yg sudi jemput aku. :)

p/s : aku lupa nak mentioned, semua gambar kt sini adalah dari kemere aku sendiri kecuali gambar "Tuuuu~ atas meja tuu~" adalah dari www.kirinselamaperak.com , sedikit gambar di Muar dari kamera www.mohdkhairi.com dan gambar batang burung adalah dari encik google. :)
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki