Wednesday, August 31, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka | One Step Forward


1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Aku Anak Malaysia Merdeka, hayati tema Hari Kemerdekaan 54 Malaysia tahun 2011. Aku Anak Malaysia Merdeka, selami bait-bait lirik lagu tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
"Kemakmuran kedamaian terus dinikmati
Kejayaan kemahsyuran sama dirasai
Ayuhlah kita merealisasikannya
Kitalah pemangkin Transformasi Negara

Transformasi berjaya, Rakyat Sejahtera
Kita bersatu melangkah, Bergandingan bersama
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
Kita satu Malaysia." 

Salam Aku Anak Malaysia Merdeka, salam Ramadhan, salam Syawal. Alhamdulillah syukur Aku Anak Malaysia Merdeka, tahun ini kita menyambut kemerdekaan negara Malaysia yang ke 54 tahunnya, meraikan kemerdekaan belenggu hawa nafsu yang ke 1432 Tahun Hijriahnya.

Setelah 54 tahun Aku Anak Malaysia Merdeka mengecapi nikmat kemerdekaan negara, dan tahun ini InsyaAllah Aku Anak Malaysia Merdeka bakal menikmati nikmat kemerdekaan negara yang ke 54 dengan tema Hari Kemerdekaan ke 54 ilham dari Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Persoalannya, adakah Aku Anak Malaysia Merdeka telah benar-benar merdeka?

54 tahun Aku Anak Malaysia Merdeka telah menyaksikan transformasi kejayaan negara. Pembangunan Malaysia Merdeka yang pantas dan dinamik mengharumkan nama Malaysia Merdeka di pentas dunia. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan Bangsa Malaysia Merdeka yang semakin erat dan kuat melangsungkan opera kehidupan rakyat yang semakin baik. Kadar kemiskinan yang semakin berkurang dan keharmonian yang semakin dikecapi.

Aku Anak Malaysia Merdeka berbangga dengan transformasi Malaysia Merdeka dalam mengilaukan mercu tanda dan identiti Bangsa Malaysia Merdeka nya. Lihat saja projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang telah merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran.



Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian Anak Malaysia Merdeka yang juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, Anak Malaysia Merdeka pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai angkasawan Malaysia Merdeka yang pertama iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie. Transformasi yang berjaya, jelas dilihat melahirkan rakyat yang sejahtera.

Dalam menongkah kejayaan transformasi Malaysia Merdeka masih terselit kepincangan Anak Malaysia Merdeka dalam mengecapi nikmat kemerdekaan negara. Gejala sosial, jenayah seksual, pembuangan anak luar nikah, kes ragut, simbah asid dan vandalisma Anak Malaysia Merdeka yang tiada penghujungnya. Adakah pemikiran Anak Malaysia Merdeka masih di takuk bangsa tidak bertamadun? 




>>> Sayang andainya Malaysia Merdeka yang memiliki transformasi kejayaan yang berkilauan di mata dunia tetapi Anak Malaysia Merdeka nya masih dibelenggu dalam jasad orang tidak berketamadunan. 
>>> Sayang andainya Malaysia Merdeka berperantarakan Agama Islam sebagai agama rasmi negaranya tetapi Anak Malaysia Merdeka nya masih diresapi sifat Jahiliyyah. 
>>> Sayang andainya Malaysia Merdeka berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negaranya tetapi Anak Malaysia Merdeka nya masih mengagung-agungkan bahasa budaya asing.


Adakah Aku Anak Malaysia Merdeka masih mahu melihat kepincangan ini terus berlaku? Tidak. Tidak sama sekali.
 

Anak Malaysia Merdeka! Janganlah kau lupa, nikmat kemerdekaan yang kau kecapi kini, adalah perit jerih pejuang-pejuang Malaysia terdahulu. Janganlah kau leka dengan kemewahan kini dengan mengetepikan pengorbanan mereka dahulu!
".....Sesunguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi usaha dan pengorbanan oleh pejuang-pejuang kita yang terdahulu."
Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia, April 2009 - Kini. 

Anak Malaysia Merdeka! Janganlah kau mengharapkan kemajuan Malaysia Merdeka semata-mata, tanpa engkau sendiri berusaha mencapai kemajuan sebagai Anak Malaysia yang benar-benar Merdeka dari anasir-anasir negatif Barat, dari pemikiran jahiliah yang masih tertanam dalam minda dan jiwa Anak Malaysia, tanpa gaya dan kehidupan manusia tidak bertamadun.
"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka." 
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia, 1981 - 2003. 

Ayuh Anak Malaysia Merdeka! Transformasikan zaman tidak bertamadunmu dengan zaman yang penuh keilmuan yang bermanfaat! Transformasikan sifat Jahiliyyahmu dengan sifat Muslim dan Muslimah sejati! Transformasikan tutur kata dan perbualanmu dengan bahasa keramat Bahasa Melayu. Ayuh sama-sama mentransformasikan segala kepincangan dengan kejayaan di dunia, dan akhirat hendakNya!!

Aku Anak Malaysia Merdeka ingin menyaksikan perpaduan Bangsa Malaysia dibawah nama Malaysia Merdeka, tanpa ada sedikit pun mencicirkan nilai-nilai etnik dan sentimen perkauman di Bumi Malaysia. Tanpa sedikit pun mencalarkan pegangan agama-agama Bangsa Malaysia. Lupakan perbezaan etnik, lupakan perbezaan warna kulit, lupakan perbezaan taraf hidup, tetapi sematkan pegangan agamamu di jasad dan rohanimu, tetapi sematkan perpaduan di dalam hati dan nurani mu, tetapi sematkan perjuangan di dalam pemikiranmu seiring memikul tanggungjawab dengan nama Malaysia Merdeka.


Marilah bersama-sama Aku Anak Malaysia Merdeka melangkau selangkah kehadapan menuju transformasi kejayaan, kerana timbunan puncak kejayaan yang hakiki hanya boleh dikecapi dengan langkah pertama.


Ramadhan diinsafi, Syawal dirai, Kemerdekaan dihayati. Salam dari Aslan As | One Step Forward.
Tag contest dari : Syazwan Syarawak
Anak Malaysia Merdeka yang bertuah ditag : Munira Sajuti | Zamir Zanon | Adam Eben | Man Yusoef | Mohd Khairi padan muka kena tag, nak buat dipersilakan, taknak buat pun takpe. lol

Sumber Ilham : Malaysia Merdeka, Belog Aku =) Syazwan Sarawak, Opera Hidup Nazim Nasri dan beberapa laman carian lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut info dan aktiviti kerajaan Malaysia sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 54, sila layari laman web rasmi Malaysia Merdeka.
p/s : lagu Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera hanya dimainkan pada home aosf dan entri ini.




Orang cantik hensem like :D

8 comments:

eddy syrol said... Best Blogger Tips

salam merdeka hencek

akmalhilmi said... Best Blogger Tips

perghhhh
kompom nieh kompom :)

CikBulat said... Best Blogger Tips

mak ai, HAHAHA >_< nice~

Areliff said... Best Blogger Tips

salam merdeka as :)

::Mastura Zakaria:: said... Best Blogger Tips

salam aidilfitri dan jugak slam merdeka, eh bro....header tu memang cantik, tapi huruf 'r' kat aidilfitri tu terskip eh,hihi

::Mastura Zakaria:: said... Best Blogger Tips

hehehe..cuti raya jugak tapi kejap ja..hihihi...tengok header tu, tapi rasa macam terpelik sket, bila perhati betul2 baru perasan...kalau tgk gitu2 ja, memang tak perasan sgt.
header yang sgt kreatif gitu...

NuReLLe said... Best Blogger Tips

twit2 aku lupa lah ko soh aku like ke comment ek kat sini..HAHA :P

**ehemm..upah duet raya oii..jgn lupa bagi..:D

insidewinme said... Best Blogger Tips

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

Cerita Mengigit Jari Kaki