Friday, September 9, 2011

iPhong Tin™ Kini Di Pasaran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

edisi trolling copy

Ya! Anda berada di Edisi Trolling & Parody (T&P), salah satu column terbaru yang diperkenalkan di blog Aslann As | One Step Forward. Melalui column ni crew lahanat T&P akan mereview, merobok (ape ni?), menunjal dan memecet-mecet fakta-fakta tersembunyi tentang #retis-retis tempatan, blogger-blogger femes, flem-flem, gejet-gejet terbaru dan apa jua yg memerlukan siasatan dari pihak T&P. LULz.

Untuk edisi pertama, crew T&P telah mereview satu gejet terbaru telefon mudah alih yg dikeluarkan oleh syarikat erotik dan telekomunikasi terkenal dunia, Epel (bukan syarikat Cik Epal) – sebuah syarikat yg bertapak di Pantai Timur, Malaysia. Akibat daripada masalah pengenaan cukai 6% ke atas topup mana-mana rangkaian oleh Kerajaan Malaysia, syarikat Epel telah tampil dengan rekaan model telefon mudah alih terbaru mereka. Berikut adalah kenyataan dari CEO Epel yg baru, Tim Cook.

Kawe sebenarnyo, err maaf, syarikat kami sebenarnya telah mengeluarkan satu telefon mudah alih terbaru yg lebih hebat dari iPhone 5 yg bakal keluar di pasarang xlama lagi. Gejet yg dijenamakan bawah nama iPhong bakal berada di pasarang dunia pada 14 Sept ini. Rasailah kehebatan iPhong Tin™, Suara Di Hujung Telinga. ---Tim Cook.

Ketika ditanya kenapa beliau mencipta gejet ini, katanya kerana beliau tidak mahu rakyat Malaysia bertelagah dengan kerajaan mereka sendiri kerana masalah kecil pengenaan 6%  Government Tax ini. Demi memastikan Kerajaan Malaysia terus kaya tanpa menindas rakyat, beliau lantas mencetuskan idea mencipta iPhong Tin™. Berikut adalah prototaip iPhong Tin™.

i phone tin copy

iPhong Tin™ Suara Di Hujung Telinga.

Ringkas dan padat design iPhong Tin™ ini. Kepada yang berminat boleh merujuk maklumat spesifikasi telefon terbaru ini di bawah sebelum berniat untuk mendapatkannya di pasaran nanti.

Keistimewaan iPhong Tin™ Berbanding Telefon Mudah Alih Lain.

1. Menggunakan rangkaian 7G (7 Generation) – merupakan rangkaian termaju dari mana-mana rangkaian G yang lain (3G, 3.5G, 4G, G-spot etc.). 7G menggunakan gelombang Nanopikopikopong©, iaitu gelombang paling selamat dan tidak beradiasi langsung semestinya tidak berbahaya kepada kesihatan pengguna iPhong Tin™.

2. Tidak memerlukan pendawaian wayar atau boleh dianggap gajet tanpa wayar (wayarless). Kerana boleh di bawa kemana-mana dengan syarat membawa kedua-dua ganggang telefon ini.

3. Tidak memerlukan tambah nilai kredit. Selaras dengan pengenalan cukai 6% oleh kerajaan Malaysia bermula 15 Sept ini, iPhong Tin™ memey sangat praktikal di gunakan. Menjimatkan!

4. Selain berfungsi sebagai telefon mudah alih, iPhong Tin™ juga boleh diaplikasikan untuk menjadi teropong/binocular. Boleh digunakan juga untuk meneropong anak bulan atau anak dara.

telefon tin 1

5.  Tidak memerlukan charger dan tidak ada bateri. Hanya 2 biji tin kosong dan benang yang menyambung keduanya.

6. Kalis air. Tidak seperti telefon mudah alih yg lain yg sering rosak bila terkena tumpahan air, iPhong Tin™ adalah telefon mudah alih pertama kalis air. Boleh digunakan juga di dasar laut. (Telefon hanya akan berkarat selepas 3 Bulan. Boleh bli yg baru kerana iPhong Tin™ sangat murah).

7. Rekabentuk yg ringkas dan padat. Sesuai digunakan sebagai telefon pejabat.

AXR002236

8. Tidak mempunyai ringtone atau callertone. Panggilan diterima melaui hati dan perasaan pengguna. Mesra alam dan tiada pencemaran bunyi. Boleh dibawa ke dalam Masjid kerana tidak mengeluarkan apa-apa gangguan bunyi kepada jemaah lain. Walaubagaimanapun, panggilanNya tetap lebih penting dari mana-mana panggilan lain. Sendiri mau ingatla.

9. Dilengkapi dengan fungsi, 1 Gagang Banyak Hala™. Iaitu boleh menerima/berkomunikasi dengan banyak panggilan/mesej dari banyak telefon lain. Tidak seperti telefon lain yg hanya boleh menerima hanya 1 panggilan pada satu masa, iPhong Tin™ boleh menerima banyak panggilan dari pengguna iPhong Tin™ yg lain. Nama lain bagi fungsi ini adalah Call Orang Secara Berjemaah™.

telefon tin 3 mesyuarat

10. iPhong Tin™ tidak menggunakan sistem penomboran telefon, tidak memerlukan memori untuk mengingat nombor telefon orang lain. Hanya menggunakan hati dan perasaan pengguna untuk membuat panggilan. Cara alternatif untuk membuat panggilan adalah dengan membaling satu ganggang tin ke kepala orang yg kita nak call. Serta merta penerima panggilan akan memberikan respon kpd panggilan anda (tidak perlu menunggu penerima utk menjawab panggilan – jimat masa). InsyaAllah. Banyakkan berdoa ketika membuat balingan.

11. Mendekatkan dengan si dia yang tersayang ketika berhubung atau membuat panggilan.

telefon tin 4 di taman lesbo

Kerana panjang benang limited, pemanggil sentiasa berdekatan ketika membuat panggilan. Efisien.

12.  iPhong Tin™ juga berfungsi sebagai cawan di saat kekurangan bekalan cawan, terutamanya ketika openhouse Hari Raya. Nak buat tempat abuk rokok pun boleh, cuma selepas letak abuk, telinga anda akan berabuk la time nak buat panggilan. Multifunction.

13. Boleh buat baling anjeng. Tak kelakar. OKBYEE.

14. Fungsi Video Call digantikan dengan fungsi Live Time Call™ dimana pemanggil boleh face-to-face secara live (langsung) dengan pemanggil yg lain. Jika tidak berminat dengan fungsi Live Time Call™ ini, pemanggil boleh turn off fungsi ini dengan hanya berpaling dari pemanggil yg lain. Semudah ABC! (fungsi untuk memaki orang secara belakang-belakang).

telefon tin 5 kentut busuk

15. Semestinya tiada bil telefon yang akan sampai ke rumah anda! Tiada stress melihat jumlah bil telefon yg menggunung. Boleh bergayut secara berjam-jam tanpa dicaj.

Keburukkan iPhong Tin™

>>> TIADA.

Wahh! Memey sangat menarik model iPhong Tin™ ni. Ape lagi? Sila dapatkan di pasaran terdekat!! Demi menyokong Transformasi negara tanpa kekacauan, belilah iPhong Tin™. Keputusan di tangan anda.

iPhong Tin™ | Suara Di Hujung Telinga

LULZ~

Orang cantik hensem like :D

16 comments:

A T I K A H L A T I F F said... Best Blogger Tips

pehhh function dia memang betul-betul kalah iphone5. serius

bhahahahahaa

cik pieja hut said... Best Blogger Tips

pergh , memey cek nak bertukar kepada iphong tin ni lah . sangat menakjubkan !!! promosi seluruh malaysia cepat , senang digunakan diman jua anda berada . hahaa

Noraien said... Best Blogger Tips

hahahhaha.terbaekk laaaa :D

nie kne beli nie..Wajib !!

Dauspozi said... Best Blogger Tips

Perghh.. nak buang C3 guwa kat laut.. nak beli IPuting ni la.. function menarik giler babi...

Dengar kata, syarikat Norkiah™ dengan Samseng™ nak bekerjasama... Keluarkan handphone baru... yeke?

zaMir said... Best Blogger Tips

aku pun mcm nak buang Senai Erikkson Peria aku nih...

~Kirin Selama Perak~ said... Best Blogger Tips

terbooikkk!
:D

Diana @ bilakukatacinta said... Best Blogger Tips

berselirat tak tali kalau nak berhubung dari johor ke shah alam??....hehe

Azizan Zolkipli said... Best Blogger Tips

Pakcik suka !!!

hafiz hafizol said... Best Blogger Tips

susahnye mesti jem lau nak col kg aku.. haha

SyazwanSarawak said... Best Blogger Tips

i like :P
hahaha

Pejuang Kesenian Extreme said... Best Blogger Tips

Style bro entri ni..haha
seronok membaca...

Keburukan--> TIADA
Lagi style..haha

Capital A said... Best Blogger Tips

menarik iphong ni.. haha

yad'z said... Best Blogger Tips

gua minat! serius!

wazy said... Best Blogger Tips

hahahahahaha
terbaik la,kalsik tu

mackenziedoo said... Best Blogger Tips

Wowww.. Giler best iphong nih. Kat mana jual? Brapa harga? Ada warna hitam tak? Hahahaha.. Lolz

EmanTheHalia said... Best Blogger Tips

hahah lan gile.

Cerita Mengigit Jari Kaki