Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah seminggu aku cari gambar ni, akhirnya jumpa jugak. Senanye dah lama aku nak kongsi gambar ni, tapi aku tak sempat-sempat nak cari, hinggalah si Aizuddin ada buat entri pasal
kisah mistik kat Bukit Melawati tempoh hari, mengingatkan aku kembali tentang gambar ni :D.
Korang boleh tengok sendiri gambar yang aku terakam ni. Tengok betul-betul dalam bulatan merah tu.
 |
| Klik gambar untuk tumbesaran yang memuaskan |
Masa ni masa aku dengan kawan-kawan UKM aku gantung dan pasang
banner, bunting dan poster untuk program kolej. Malam ni memang malam Jumaat, sekitar jam 1.00 - 4.00 AM. Biaselah bila buat aktiviti mesti nak tangkap-tangkap gambar untuk laporan aktiviti. Malam tu aku yang tangkap gambar. Gambar kat bawah ni versi yang aku dah zoom in sikit. Tak tau korang leh perasan ke tak.
 |
| Aaa nampak tak? |
Memang gambar ni goyang, tapi kemunculan imej tengkorak tu bukan hasil dari tangan yang tak dibedung aku. Haa mustahil la tangan bergoyang time tangkap gambar leh hasilkan imej tengkorak kan. Tapi taktaulah. Ilmu ghaib ni bab-bab Ilmu Allah. Hantu tu tak ada, tapi yang ada adalah jin-jin syaitonz dan iblis jua. Hehe. Renung-renungkan sampai pengsan. Ha! Ape kat blakang korang tu!