Showing posts with label puasa ramadhan. Show all posts
Showing posts with label puasa ramadhan. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Berbuka Puasa Di Restoran Godzilla | Size Really Doesn’t Matter!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan!

Eh dah nak raya lah! Dah nak rayaaa! Ahaa asal gedik sangat ko Lann. (Gedik = Ensem). Pada Hari Khamis lepas saya bersama rakan-rakan makmal saya telah pergi berbuka puasa bersama-sama. Haa matilah ayat skema Darjah 3. Intro ni memang ada gaya kebugimaan yg nyata. (Bugima = sejenis carutan berperisa stobewi pedas) <<< Haruslah xreti sebut strawberi kan. Aku kan pelat R. Jadila stobewi. Aaww cuweet cangatt! Ok penat dah merepek. Kurang pahala puasa (walaupun taip entry malam2).

sodasoda copy wehh terliur tak tengok air ni? Terliur tak? Terliur tak? Aku saje post waktu siang walaupun entry ni dh siap malam tadi.

HAHAHA. Kejikan aku? (eh aku pun terliur sekali ni apehal??). Hari Khamis tu kitaorang buke kat Restoran Nim’s Island tau. Wahh ekslusifnye nama. Haruslah kan. Mestilah restoran memahal. Kami kaya kot. <<< abaikan. Restoran Nim’s Island ni terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi (BBB). Tapi kedudukan restoran ni agak mendalamkannye pun adoi. Susah kot sape yg 1st time nak pergi. Nasibla aku ni pakar jalan kt Bangi, orang tanya aku Shell Sek 16 kat mana, aku akan tunjuk Petronas Sek 3. Haa begitulah kedasyatan kepakaran aku tentang selok belok jalan di Bangi ni.

Kat sini, 3 jenis air ni la yg paling istimewa dan unik. Kat tempat lain takde. Soda Ceria, Soda Gembira dan Soda Sukaduka. Walaupun pada gambar nampak macam sama, tp rasanya berbeza-beza, Soda Ceria tu ade extra esekerim, Soda Gembira lak just air bandung and Soda SukaDuka tu die letak cincau n ade rase masam2 duka sikit. Tapi kesemua air2 ni akan campur dengan Air Bikarbonat Aiskrim Soda . So, bolehla minum air ni ikut mood korang kan. Senanya ada lagi air lain macam Soda Sedih ke ape. Tapi aku dah tak ingat.

Tapi mase 1st time aku dengar nama Restoran Nim’s Island ni kan, korang tau ape yg aku fikir? Aku fikir………

.

.

.

.

.

godzilla-a_288x288

HAHAHA. bodohnyeww! Asal ntah aku fikir menatang ni bile dengar nama Nim’s Island tu. Ni Godzilla tau tak? Size Doesn’t Matter. HAHA.

Bestla makan kt Nim’s tu (kaedahnya orang dh lapar kan, bagi batu ngan kayu pun aku ngap). Kitorang order Tom Yam, Ikan 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung, Telur dengan Sayur Kangkang Goreng.

publish1

Sayur Kangkang Goreng tu bukan aku typo, memang nama die camtu. Dengar kata tukang masak kena mengangkang2 sambil goreng sayur tu. Dasyat kan? Ok.Taklawak.Bye.

Tapi mase nak pergi Nim’s ni, ktorang janji bertolak 6.45PM ke sini. Aku pun balik kerja awal, dengan harapan dapat la rilek2 dulu kt rumah sebelum pergi Nim’s tu. Tapi harapan memang tinggal harapannn. Sampai rumah boleh plak aku tido, sampai kul 7.00PM plak, nasib ade kakak labmates call aku. Kemainn bebuat terkejut aku. Gelabah kot nak bersiap. Walaupun berbuka jam 7.30PM, tetap nak terkejut jugak.

7333560-cute-latina-girl-with-shocked-face

 

 “Magawwddd!! Pukul berapa ni???
  Muka tak make up lagi ni….!!

Matilahhhhhhh…. T____T

 

Lepas bersiap aku pecut Merce aku sampai 190KM/j (ok tipu meter sampai 160 je) dan betul2 sampai kat Nim’s dalam 7.20PM camtulah. Rupanya ada labmates aku yg tak datang lagi, ingatkan aku paling lewat kan. Lepas semua orang ada, kitaorang pun ape lagi, baham la makanan2 tersebut (maksudnya lepas azan la ktorang baham kan. Tak yahla nak inesen sangat, kang aku pang satg sesia hidup namblas tahun kt dunia ni kannn).

Lightroom 3

Haa kemain besaq kan aku letak gambar ni, sebab aku nak bagi korang nampak gambar aku yg kecik je tu.

Semua muka puas kan. Ahh~ Puas lettew! Puas lettew!! Nampak tak labmates aku pelbagai kaum? Ada Melayu, Cina, India dan Jawa-Korea(ni aku lettew) . Tapi yg wonderfulnye, ktorang semua puasa tau! Yang Muslim dan Muslimah sekelian memeyy ah wajib puasa kan, tapi labmates aku yg Indian and Chinese tu pun puasa OK. Siap sahur sesama lagi. Great is it? Hehe. Siap yg Indian girl (baju biru tu) name die Kak Premi kata mase ktorang nak berbuka tu, “Aku tak lapar lagi la senanya..” Haa kemainn kan berlagak tak lapar, camtu puasa sampai esok pagi je kak. Esok pagi time maghrib baru buka. Baru die rasa lapar ke tak kan. HAHA. Matilahh. Aku tau die bace entry aku. Esok mesti die kutuk aku. Smile with tongue out

Masa makan tu aku makan la sikit-sikit kan, cover la sikit aku ni bukan anak teruna yg gelojoh macam dia tu. Haa sapa dia tu? Ntah aku pun taktau. Orang offer makan kat aku, “Makanlah ikan ni sekor, ko amek je sekor abeskan k.” Dengan muke confident aku jawab, “Ehh xpelahhh, aku senanya dah kenyang. Banyak dah aku makan tadi. huhu”. Sekali die letak ikan tu kat pinggan aku kan…Ha tengokla hasilnya…

publish2

 

Licin sehingga menjilat-jilat pinggan OK! Haa tulah tadi orang offer berlagak kan kata xmau, kenyang konon, diet konon! Sekali orang dah bubuh dalam pinggan, terus licin. Tak cukup tu p bedal tomyam orang sebelah punya. Haa nampak sangat aku kuat makan. Ahh pedulik pe kan. Dah lapo, aku makan jela. Aku bukan ape, xnak membazir, kan membazir tu amalan Syaitonnnzz. *banyakla ko punya syaitonzz kan time2 camni. lahanat!*

 

Lepas dah siap makan tu aku perasan perut aku jadi tough 2 inch ke hadapan. Syukurlah kini aku semakin tough. Senanglah aku nak cari makan nanti kalau body aku semakin tough kan. Siap makan ktorang pun balik, tu jela tapi masa sebelum balik tu, ade sekor kucing yg jaat! Aku main-main die, sekali die cakornye aku, die ingat aku ni kucing betine ke hape main cakor-cakor kan. Terus aku hempuk kucing tu gune helmet. Kejam kan? Senanye aku hempuk gune mulut je, “Syuhhh..syuhhh..”. Kire brutal jugaklakan hempukan aku tu. Mencirit lari kucing tu. takut lettew kan.

IMG_6655

Ni la kucing tu. Dahla jantan! Tengok muka pun tau dah die ni jenis kucing yg selalu bawak anak dara kucing orang kawen lari.

Kejikan kucing tu, Oklah sampai sini jela perkongsian Diari Sebelum Syawal aku. Haha sebab nak buat Diari Ramadhan, ORANG TUA ni dah buat kan. Nanti kene tuduh plagiarism plak. Ekekeke. Ok selamat menjalani Ibadah Puasa! Smile

p/s : Ilham tajuk entri hanyalah khayalan penulis semata-mata, tiada kaitan dengan yg masih hidup atau yg telah lama masuk kubur.

Orang cantik hensem like :D

Thursday, August 4, 2011

PEDOMAN @aosf : Edisi Ramadhan al-Mubarak Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!

pedoman aosf copy

Alhamdulillah, PEDOMAN @aosf edisi Ramadhan al-Mubarak dah memasuki siri yang kedua. Syukur jari jemari ketot ini masih diberi izinNya untuk menaip entri ilmiah ini. Ok baiklah siri kali ini, aku akan kongsikan beberapa info berkaitan perkara-perkara yang kadangkala menimbulkan kemusykilan tentang ibadah puasa. TAHUKAH ANDA?

1. Salah satu sebab yang membatalkan puasa adalah gila, tetapi apabila orang yang gila kembali waras, maka dia tidak wajib untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika dia tidak waras, sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.

2. Wanita yang berada dalam keadaan haid perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan, tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata : “Kami diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk menggantikan solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Orang yang berpuasa yang berhadas besar disunatkan mandi hadas sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal pagi. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berhadas besar (berjunub) pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja.

02-NiatPuasa

4. Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat Witir selepas solat Tarawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat Witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.

5. Orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada waktu tengahari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan banginya telah hilang.

6. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit, tidak membatalkan puasa contohnya suntikan untuk tujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam 4 mazhab. Padangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qadarawi. Menurut beliau benda yang masuk melalui suntikanmelalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri. Namun ada sesetengah ulama hari ini mengecualikan daripada suntikan makanan, iaitu jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.

7. Memakai gincu pada bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa selagi mana tidak bercampur dengan air liur dan ditelan sehingga memasuki kerongkong. Hukumnya sama seperti menggosok gigi dengan ubat gigi. Tetapi dari segi hukum berhias, tidak haru perempuan bertabarruj dan berhias untuk lelaki selain suaminya. Seadainya sekada menampakkan warna asal dan menjaga kelembapan bibir, ia diharuskan.

8. Mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW di al-Arj (sebuah tempat, Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keaadaan baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan.” (Riwayat Abu Daud)

03-Sahur

Rewind : Sunat Puasa

  1. Makan sahur serta melambatkannya.
  2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air.
  3. Menjamu orang berbuka puasa.
  4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikkan.

05-Segerakan Berbuka

Sekian dahulu untuk PEDOMAN@aosf, segala artikel dan info diserap sepenuhnya dari Solusi Isu No. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal. Selamat beramal! Winking smile

Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki