Showing posts with label neelofa. Show all posts
Showing posts with label neelofa. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Gigitan Berahi Lebah #BBNU

Selamat Hari Ahad,

Masuk-masuk ni, eh betul ke belog aku ni? Rasa cam awkward semacam je. Maklumlah hampir 3 dekad tak menaip entry. Beginilah jadi nya, malu dan segan di rumah sendiri. Atas desakan dan dengusan dari Ahli Parlimen Bukit Beruntung, Ketua Pandu Putri Sekolah Tadika Padang Jawa & Pengerusi Kesatuan Achi-Achi Semenanjung Tanah Arab yg memberi tekanan ke atas aku untuk update blog, aku mmg terpaksa akur jua. Aku isytiharkan darurat utk update blog.

Kisah malang yg berlalu tadi pagi, maksud aku pagi ni, pagi Ahad atau Sunday Morning bagi pembaca Jawa yg kurang faham. Dalam kesihatan aku yg masih kurang sihat ni, pagi ni aku menuju ke dapur paling mewah (bagi akula, sebab ada sinki air. Mewah kan?) sebab nak masak air (nampak ciri-ciri suami yg mithali tak kt sini? nampak?).

Sedang aku syok isi air kt sinki, tiba-tiba aku rasa satu ciuman yg sangat nikmatnya MasyaAllah hinggap kt kaki kiri aku. Sempat aku berfikir, dah kenapa ada anak dara cium kaki aku  pagi-pagi ni kan? Nak cium biarlah kt pipi ke, morning kish namanya. Oleh kerana ciuman itu terlalu nikmat, aku jadi inzal lantas menjerit dgn kadar namblas harakat "BABEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.......!!!!"  sambil sepantas kelajuan cahaya, tangan aku menampar kaki kiri aku. Haa boleh bayang tak? Boleh bayang tak? Kalau takleh nak citer lagi sekali ni (nampak penganjengan di situ?).

"ASTARGHFIRULLAHALAZEEEMMMMM....." , Istirghfar aku selepas namblas saat. (bold menunjukkan Istirghfar aku lebih kuat dari jeritan babey ittew). Pantas kulihat ke bawah, "Eh kenapa besar sangat ni???" , getus hati suci ku. Ku turunkan lagi pandangan aku ke bawah, ku cari-cari gerangan siapa yg memberikan ciuman aku sepagi-pagi breaking down ni. Ku lihat sekelumit tubuh seekor lebah atau penyengat baru nak up menggelupur nak meninggal.


Aku bajet penyengat la kot, kalau lebah mau Elephantiasis kaki kiri aku kan. Ape tu? Pergi Google lah kan, ape guna ada service Google kalau semua nak tanya aku. Gittew berlagaknye kau Lann. Kahkah!
Kembali kepada mood menahan sakit, aku maki-maki lebah #bbnu ni di saat beliau hampir meninggal, "Kau ni, apehal perangai macam Syaitonzz haa? Ingat kiss kiss orang ni tak sakit ke? Sakit tahu? Sakit? Dahla tak nikmat, cam haroomm je rasa! Dasar lebah baru nak up!!..." , bebel aku sendirian.

Baru teringat nak mengucap la kannn, time menyengat kemain galak tak ingattt...
Aku tengok kesan sengatan lebah #bbnu kt kaki aku, bengkak syeal ! Siap ada sting dia lagi, cecepat aku cabut. Sakit jangan cakapla, macam rasa sunat tak kena bius. Haa penah rasa? Tak pernah kan?

Wuwuwuwu...kaki ittew dah tak cantik, besar sebelah..wuuu~
Dengan perasaan amarah yg tiada bendung dan bendang nya lagi, di mulakan dengan Basmallah, aku cepit lebah #bbnu tu, aku masukkan beliau ke dalam penjara. Hah padan muka! Puas hati aku, bisik ginjal sebelah kanan aku.

Takyah buat-buat menggelupur la oyyy. Gua xkan tertipu.
Aku rancang, hukuman akan dijalankan malam ni tepat 12.00 AM. Tu pon kalau lebah #bbnu ni panjang nyawa lagi la sampai tyme hukuman berlangsong. Pasni kalau gua jumpa lebah, gua akan sound depan-depan, "Nak mandul berani ar sengat gua..!" sambil attach kan entry ni.

Nasib ada Minyak Gamat Asli Pulau Langkawi Panas Plus, haa mampu nama nak panjang cam  ni? Nasib ada minyak ni, susut sikit kembungan di kaki kiri ku itu. (˘̩̩̩^˘̩ƪ). *tahan sakit*
Orang cantik hensem like :D

Sunday, August 28, 2011

Kad Raya Dah Sampai Ke?

Salam Ramadhan, Salam Syawal, Salam Kemerdekaan. Ramadhan Diinsafi, Syawal Dirai, Kemerdekaan Dihayati.

edisi kad raya copy

Setelah hampir 7 dekad aku tak menghantar kad raya (#oktipujek), purnama kali ni aku dengan rasa tak malu dan biadapnye telah menghantar kad raya kepada sesiapa yg meminati aku. HAHA bajetnya ayat kau Lann! cam lahanat! Bukan-bukan, tahun ni aku baru aktif nak berblogging (newbie), dan aku tengok ramai la pulak blogger bagi kad raya kan. So aku pun nak jadi blogger yg bg kad raya (rase cam cool je hekk?), lantas pada minggu lepas, lepas sahur, lepas minum air kho kho kho holickss aku pun terfikir nak hantor dua tiga keping kad raya. (aku memang sahur minum air kho kho kho holickss ok. jangan nak nganjing aku. tampo satg) sebut kho~ kho~ kho~ dengan kahak di mulut untuk mendapatkan effect 3D.

Kad Raya   Duit Raya

Persediaan menyiapkan Kad Raya dari Aslann As | One Step Forward. Sentiasa selangkah kehadapan.

Wahh kemain, AOSF dan ade tagline baru ‘Sentiasa Selangkah Ke Hadapan’ HAHA. OKlah kat sini aku senaraikan penerima-penerima kad raya dari aku. Hehe. Thanks sebab sudi menerima kad raya dari bloggerboy picisan yang hina ini. LOL.

Penerima Alamat
1. Andy Sahlam Tawau, Sabah.
2. Taufiq Helios Bagan Serai, Perak.
3. Nisa Kay Temerloh, Pahang
4. Diana ToinkToink Klang, Selangor.
5. Amni Syafiqah Mukhtar Arau, Perlis.
6. Rosyanie Mohd Yusop Dabong, Kelantan.
7. NaLutdi n'iA Petaling Jaya, Selangor.
8. Farrah Yong Fauzi Hulu Langat, Selangor.
9. Nor Fatiah Yadz Muar, Johor.
10. Nurul Liyana Zakaria Ajil, Terengganu.
11. Rien Rose Batu Caves, Selangor.
12. Eddie Triggy Kuala Terengganu, Terengganu.
13. Muhamad Sufian Zainal Abidin Gemas, Negeri Sembilan.
14. Admiral Hafiz Alor Gajah, Melaka.
15. Faizal Freidley Kota Bharu, Kelantan.
16. Zamir Zanon Batu Caves, Selangor.
17. Imamuddin Idrus Kuantan, Pahang.
18. Syed Hakim Al-Yahya Temerloh, Pahang.
19. Nick Eima Pasir Mas, Kelantan.
20. Munira Sajuti Shah Alam, Selangor.
21. Mohd Azizan Hassin Kuala Terengganu, Terengganu.
22. Mohd Lutfi Mohd Lizam Kajang, Selangor.
23. Faizal Harnis Segamat, Johor.
24. Tengku Nizam Batu Caves, Selangor.
25. Tieka Ika Tampoi, Johor.
26. Faris Syazwan Cheras, Selangor.
27. Fariera Hasanz Cheras, Selangor.
28. Amizah Awang Bagan Serai, Perak.
29. Siti Atikah Shah Alam, Selangor.
30. Bro Framestone Behrang Stesyen, Perak.
31. Afifah Alias Keramat, Kuala Lumpur.
32. Aliff Radzi Kangar, Perlis.
33. Ahmad Zaki Luthfi Kemaman, Terengganu.
34. Mohd Khairi Khadzir Batu Pahat, Selangor.
35. Muhd Nazim Nasri Cheras, Kuala Lumpur.
36. Nur Syahirah Yahyanuddin Pasir Gudang, Johor.
37. Muhamad Yusuf Rosli Gemas, Negeri Sembilan.
38. Hafizuddin Husain Batu Caves, Selangor.
39. Shahrul Amri Saidin Changlun, Kedah.
40. Mohd Zulfadhli Ipoh, Perak.
41. Osman Yusoef Batu Pahat, Johor.
42. Heziqa Yoo Rawang, Selangor.
43. Kunci Locker Ledang, Johor.
44. Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim Bin Hj Saad Bagan Serai, Perak.

OK! Fuhhhh! Penat aku taip sesatu, tak kira aku potong ucapan kad raya tu, then tampal kat kad raya, tampal setem. Nampaknya proses pemberian kad raya telah mengajar aku nilai-nilai kesabaran, ketekunan dan kegigihan serta kegagahan yg tiada tolok penyukatnya lagi! Tapi ape yg penting? Kerjasama. Ya salah, yg penting kene ikhlas ^^,.

Ade yg claimed dah sampai, dan tak kurang yg kata tak sampai lagi. Tapi sesungguhnya aku memang dah post mengikut alamat yg korang dah bagi. Mungkin lambat sikit kot sampai atau Posmen dah kebas kad raya korang tu dulu sebab ada duit raya dalam tu! HAHAAA *gelak zizan*

Fullscreen capture 8292011 23916 PM.bmp

Antara penerima-penerima yg telah menerima Kad Raya + Duit Raya dari AOSF | Sentiasa Selangkah Ke Hadapan. HAHAAA *gelak zizan*

OK sape yg masih tak terima kad raya aku tu, harap bersabar la eh. Hehe. Paling lewat pun Raya Haji la kot sampai. Dikesempitan ini, aku nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Tak Berapa Nak Batin. Aslann As dan seluruh crew AOSF (crew lah sangatt~) menyusun 10 jari tangan yg masih belum potong kuku, dan 10 jari kaki yg berbau….downy 4X, dengan rendah dirinya (walaupun aku tinggi menggalah tetap nak rendah jugak) memohon ampun dan maaf andai sepanjang aku berblogging ada yg terasa hati ke, terasa kulit ke, terasa nak terberak ke bace entry aku dan terasa terasa yg lain, aku mohon maaf banyak-banyak. Kite settle kat dunia je k. ^^, Selamat Hari Raya Lisa! Selamat Hari Raya Fazura! Selamat Hari Raya Neelofa! Maaf Batin dan Batin. LOL.

Fullscreen capture 8282011 114802 AM.bmp - Copy

Ucapan dari Neelofa. Selamat Hari Raya jugak awak! Lots of love.love.love.love too! Maaf Batin & Batin. Muahh. Muahhh. Muahhhhh. :3

Erk. Karang tak cukup pulak puasa aku 29 Hari ni kang. Istirghfar Lann. Istirghfar. Astargfirullahalazemm2. =.=”. Selamat Berhari Raya dan Salam Kemerdekaan Semuaaa! ^^

Ramadhan Diinsafi, Syawal Dirai, Kemerdekaan Dihayati.

Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki