Tuesday, October 11, 2011

Resepi aosf | Samosa de' Famousa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Yah kali ni Chef Alann Oliver nak kongsi resepi lagi! Haha perasan. Sebenarnya semalam aku bosan gila, so bila dah bosan nak try la buat something yg interesting................ memasak! Yeah!



Ahaha. Kenape ade #85 tu ek? Kriteria ke #85 ke untuk ciri-ciri lelaki ensem? LOL. Perempuan suke ke lelaki yg pandai masak ni? Hoho oklah dah 3 hari senanya streamyx rumah sewa aku breakdown tak tahu kenapa. Bangsat sangat ok orang TM tu janji nak datang semalam tapi tak datang, aku called tak jawab. Jadi aku membuat keputusan drastik untuk melakukan aktiviti yg menarik semalam. Ya kita memasak! Entah kenapa tetibe je Samosa de' Famousa ni keluar kat kepala aku untuk dicubainye. Hehe.

Nama resepi nak gempak, haha. Ok meh tengok bebahan.

Inti de' Famousa :
Sepeket mixed vegetables (500gm kot), 5 biji ubi kentang yg dipotong dadu, anjing panas yg dipotong dadu juge (dalam bahasa jawanya hotdog), 3 keping daging burger (bagi menggantikan minced meat), setengah peket serbuk kari daging dan serbuk rendang daging.

Memasak Inti de' Famousa di Dalam Kuali Atas Dapur Gas :

1. Ok memula bende basic adalah goreng bende asas (bawang merah putih, halia, lengkuas, dan sedikit cili yg telah dikisar halus). Goreng sampai naik bau ke rumah jenjiran, kalau ade jiran tegur tu baru leh teruskan next step. Semalam punya nak amek bau, aku hidu sampai muke dekat dengan kuali, last-last gorengan tu terpercik masuk mata. Kemainn pedih, nasib x buta. T__T

2. Lepas tu masukkan mixed solution rempah kari dan rendang daging. Kemainn solution kann. Haha. Pastu pepandailah korang rasa, kalau kurang masin tambah la garam sekilo, tambah gula ke, sos ke, ikut suka korang.

3. Pastu campak semua bahan-bahan inti dalam kuali. Eh lupe ubi kentang tu kalo nak best rebus dulu, bagi lembut. Haa pastu dah lepas campak inti korang, goreng agak-agak dan dh siapp! Tadaaaa..!

Haha tu nampak aku potong besar-besar? ni namenye kerja air tangan jantan. Ok bai.
Kalau nak best letak daging bebanyak melebihi kuantiti sayur campur dan kekentang tu. Lebih banyak daging yg diletak adalah lebih de' Famousa. Ia berkadar langsung.

Melipat Kulit Popia Menjadi Segitiga :
Haa cemana senanya aku nak ajar ni? Ha semalam tak dapat amek gambar sebab bateri kamere dah runned out. Takpelah korang tengok jela yg aku dah siap lipat ni. Sedikit sebanyak dapat la ilham kot. Haha.

Dapat tak ideanye?
Jangan lupa nak lekatkan kulit popia tu gunekan tepung yg dh bancuh dengan air sikit, kire macam gam la.

Kemain banyak aku buat semalam, padahal sikit je gune. --"
OK dh siap la tu Samosa korang, boleh disimpan di peti sejuk atau digoreng untuk dibuat sentapan pagi dan petang. Aku nak snap gambar yg dh siap goreng tp bateri dh kong, so aku google jela, jumpe la yg ni, nampak cam ok. Haha. Siap decorated lagi.


Menipu kan Samosa yg dah jadi ni, tadi mase mentah lipat bentuk lain, dah goreng jadi lain. Haha. Ok lah selamat jangan mencuba. Jemput makan! Jangan malu-malu, kalau malu jangan lah makan-makan.
Orang cantik hensem like :D

22 comments:

asri said... Best Blogger Tips

3 ari breakdown?ko suruh jer hassan troubleshoot...hhuhuhu

aslann said... Best Blogger Tips

@asri asan pun xleh wat pape. haha.

bukankosong said... Best Blogger Tips

order satu

*free

aslann said... Best Blogger Tips

@bukankosong 1 je? haha sikitnye order.

WZ said... Best Blogger Tips

perghh! sape yg tak baca betul2 mesti inagt the last pic tu hasilnya. syabas. syabas. hahaha.

zikeryhassan said... Best Blogger Tips

orang streamyx yang jaga area bangi tu mmg sengal. kena tipon berkali-kali baru datang rumah.

lan, post kat aku sikit

Eyda Syahida said... Best Blogger Tips

lan!!!!!!!!!!!!!! nak raseeeeeeee... >.<

Noraien said... Best Blogger Tips

lannnnn .nak satuuuu ! :)

[k]o{q}i[n] said... Best Blogger Tips

xnk wat, nk mkn je...ko yg msk

SyafiQ aHaDin said... Best Blogger Tips

nak juga sekeping.
Dah usha tadi kat bawah, yang header tuu. semat! Nak jugak satu..........

Adylia Qarissa said... Best Blogger Tips

memang cool kalau lelaki pandai masak! i like :)

reez said... Best Blogger Tips

untuk menjadikan aku handsome aku kena blaja masak.

Cik Bambam said... Best Blogger Tips

wahhhh..ni baru masok kategori MEMASAK.. stakat masak air or megi.. nan hadooo lar... :P

Aqilah Lala said... Best Blogger Tips

terbukak ke lipatan? try le kuning telur. selalu goreng samosa gune kuning telur. :)

SyazwanSarawak said... Best Blogger Tips

ko letak inti bebi dari ukm eh? erkk

Rosalia said... Best Blogger Tips

walamak. sedap nye. cool tu laki masak.

PCL said... Best Blogger Tips

salam singgah dari blog miss.butterfly...wah ada resipi plak ni...teringat BW bln ramadhan je ..

RinsyaRyc said... Best Blogger Tips

ek, sedap nye... ><

apesal kalau buat sndiri cam tak sedap orang laen buat cam sedap?

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips

nak tambah ni.
"a guy who knows how to cook is really handsome, cool, owesome, hot"

~ieda~ said... Best Blogger Tips

cm sodap jer.... ^_^

Pearl Kaz said... Best Blogger Tips

hahahaha... cool!!
melekat ke guna air tepung? ke tepung jagung? ke tepung kanji? tp cara lipatan dlm gambar second last tu mmg osem. biasa mcm yg dlm gambar last je... eheh..

BM said... Best Blogger Tips

k fain~ saye mencari laki cam cheff wan je sbb sya x reti masak >_<

Cerita Mengigit Jari Kaki