Wednesday, January 26, 2011

Ini Wanita Gagah

Salam bloggers,

Pagi ni aku pergi kerja seperti biasa, menjalankan tanggungjawab sebagai Pembantu Penyelidik (RA) yang beretika di UKM ni. Walaupun dulu kononnye awal-awal kerja sebelum pukul 8.00 pagi aku dah tercongok dalam lab, tapi genap 6 bulan sebagai RA yang beretika ni, aku lebih suka memberi masa kepada pekerja-pekerja lain untuk sampai ke office dulu. Bukan apa, aku suka bertolak ansur dengan pekerja-pekerja lain untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan peluang untuk mendapatkan parking, jadi aku pun lebih suka datang dalam 8.30 pagi.

Sampai kat parking motor takda ape-ape yang menarik yang berlaku, lepas aku kemas barang-barang aku kat motor tu, nak pergi lab, tibe-tibe lalu satu motor sebelah aku. "vroooommmmmmmm~!"

Mak dah tak tahan ni, mak terpaksa bawak laju-laju.


OMG! terkejut ok. tibe-tibe je moto lalu.
Dahlah ruang parking depan Fakulti Sains & Teknologi tu sebesar telapak tangan je (ok ni ayat tipu). Ade orang bawak motor laju-laju pulak kan. Mestilah aku yang mempunyai jiwa yang sopan dan halus ni terkejut. Tapi yang tu tak penting, yang penting yang bawak motor tu adelah, jeng jeng jeng.

I tau semua orang pandang I, so I nak kerek sikit bergaye bawak moto ni, ape ingat ladies tak pandai bawak moto ke?
Feewiiittt. Kagum aku, wanita tu yang bawak. Kalah lelaki persis bawakan motosikalnya tu. Sampai aku yang memang dah terkenal dengan aksi rempit dan perlumbaan taraf antarabangsa pun kagum dengan aksi beliau.

uUuuuUuUu..kataku dengan penuh sopan dan bertatasusila.
Tapi yang memang buat aku kagum, wanita ni bawak tak pegang handle motor tu beb. Diulangi TAK PEGANG handle motor. Punya la kagum aku tengok die selambe je lalu dengan tangan langsung tak sentuh handle motorsikal tu. Tangannya bebas diudara, mengapai-gapai angin yang lalu.

sebab takde gambar pompuan naik moto lepas tangan, so aku sambung dengan wajah terkejut ni sejam kemudian.
Setelah sejam aku memerhatikan gerak geri wanita itu (yang ni lagi tipu), aku pun baru teringat aku kene bekerja seperti biasa pada hari itu, jadi aku pun menjalankan rutin harian aku sambil memikirkan wanita yang menaiki motorsikal sebentar tadi itu, "Ini wanita gagah" bisik hati kecilku.
Orang cantik hensem like :D

2 comments:

taynsabri said... Best Blogger Tips

bongek punya lan. hahaha!

ain revival said... Best Blogger Tips

wahhh~femesnya..
nak sign~hhehe

Cerita Mengigit Jari Kaki