Salam bloggers! haha.
Tibe-tibe nak gelak.Pernahkah anda terkentut? Tak? OK anda manusia tak normal.
Tau tak haiwan pon kentut? Tapi kenape 'ter' ek? Adakah perbuatan ni tak disengajakan? Boleh ke cam tu? Sila kaji.

Menurut ahli sains, kentut terbahagi kepada 2 jenis,
The 1st kentut adalah kentut yang disebabkan udara yang dihirup, udara yang meresap dari darah ke perut dan gas yg terhasil dari reaksi kimia penghadaman makanan dalam perut. Yang
bestnye, kentut ni tak berbau,
so boleh la kentut banyak-banyak, huhu. Tapi biasanye bunyi kentut jenis ni agak kuat, dengan jumlah isipadu gas yang besar.
The 2nd kentut adelah kentut yang disebabkan oleh gas yg dihasilkan oleh bakteria penghadaman dalam perut dan usus. Ya kentut jenis ni mempunyai jumlah isipadu gas yang agak sedikit dan kurang mengeluarkan bunyi dan yang paling penting berbau busukkkk. Huk3, kentut ni juge dikenali sebagai kentut
'silent but deadly' hahaha.
Pembunuh secare senyap, bahaye ni eh, kene hati-hati. Haha.

Kesimpulan kat sini, kentut yang kuat biasenye tak berbau, tapi kentut yang tak kuat/tak bunyi langsung tu biasenye berbau, jadi kentutlah kuat-kuat agar ianya tak berbau. Hak3.
Camne nak kurangkan darjah kebusukkan kentut?ok kite kaji disini...
Pengkaji merumuskan kentut mengandungi gas hidrogen sulfida, metanatiol & sedikit dimetil sulfida.
Gas Hidrogen sulfida dikatakan mempunyai bau seperti telur tembelang, uwekk huhu. Sementara metanatiol pulak berbau mirip sayur jeruk ( macam lobak masin kot hehe) dan akhir sekali gas dimetil sulfida dikatakan mempunyai bau yang agak 'manis' (camne tu? Barangkali cam bau gule la, manis kan. Hihi)
Oleh itu, pengambilan diet yang mempunyai unsur sulfur yang tinggi akan menghasilkan gas hidrogen sulfida dan metanatiol yang lebih banyak oleh bakteria penghadaman, dengan itu juge, kentut anda bertambah busukkk, Uhh euuww. Huhu.
Boleh tak kiter nak kentut banyak-banyak?Hihi, jawapannye, boleh! Yeayyy! Haha.
Lewat 1970-an, saintis mendapati kekacang menyebabkan kentut yang lebih kerap. Kekacang mengandungi gula
(raffinose, stachise dan verbacose) yang tidak boleh dihadamkan oleh enzim penghadaman manusia. Penyelesaiannya? Gula ini akan dihadamkan oleh bakteria pengahadaman!! Dan jika bakteria yg melakukan proses pengahadaman., hasilnya adalah gas kentut yg berbau busukkkk ituuuu. Uhuhu. Kerana terdapat 400 jenis bakteria yang berbeza dalam usus kecil. Selain dari kekacang, bahan lain yang sama sepertinya adalah seperti jagung, kubis, roti, telur (!), bir, kismis dan susu. Jadinye makanan-makanan ini akan menyebabkan anda mampu menghasilkan kentut dengan lebih banyak!! Ya berusahalah kawan-kawan ! Fighting !!
Rahsia Bunyi Kentut
Kehebatan bunyi kentut sebenarnya terhasil disebabkan getaran di pembukaan anus (dubur/juboq) Haa hebatkan? Haha.
Kekuatan bunyi kentut pulak bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot anus, bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan
(flapping) pepipi punggung!
OK dapat aku rumuskan, untuk memperolehi bunyi kentut yang kuat, kite haruslah kentut laju-laju dan juge disokong oleh keketatan otot anus. Camne nak ketatkan otot anus? Huhu
part ni anda kaji.
Dan rumusan kedua, tak semestinya orang berpunggung besar mempunyai kekuatan bunyi kentut yang tinggi! Sebabnye? Bunyi kentut tak dipengaruhi oleh
flapping pepipi punggung. Ihihihi bijak~~ Tapi semestinya orang ini boleh menghasilkan bunyi kentut berfrekuensi tinggi jika beliau pun mempraktikkan teknik kentut laju-laju. Ahahaha.
OK layan fakta pulak,
Secara purata, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang 14 kali kentut per hari. Fuhhh!
Ni bagi seseorang yang normal. Jadi bagaimana pula bagi orang yg CBBC?* OK anda kaji.Hihi.
Fakta kedua, kentut tak dipengaruhi oleh jantina. Sekiranya seorang wanita itu kurang kentut, maknanya beliau lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yg lebih banyak per kentut. Hihi rajin diorang ni, kentut kurang tapi banyak. Bunyi? Emm. taktaulah. Hahaha anda jelah kaji.
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi (kepekatan) gas berbau yang lebih tinggi daripada lelaki. Hah! Kantoi sudah sape yang kentut lagi busuk Hahahaha.
Tetapi, kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Jadinye kedudukan lelaki dan perempuan sama, iaitu bilangan molekul bau yang sama bagi kedua-duanya. Ailehh, baru nak salahkan pompuan kentut lagi busuk kan. Rupenye same-same busukkk. Muehahaha!
Selain manusia, haiwan pun kentut juga...
Kentut kura-kura dikatakan mempunyai bau paling teruk sekali! (Emm camnelakan teruknye, taknaklah bela kura-kura camni kan, kentut busuk huhu. Tapi ade ke kentut wangi? Paling habis baik pun kentut tak berbau, ihihihi)

Haa yang ni
best, kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai senjata seperti ular
Sonoran Coral &
Western Hook-nosed yang akan kentut dengan bunyi
popping yang kuat apabila diganggu.
Kentut pun boleh wat senjata ape. Haa jadinye sape-sape yang kena kacau tu,
especially wanita, ape lagi? Gunakanlah senjata biologi semulajadi anda ini! Ahahaha.
 |
Hikmat Jurusan Kentu Berapiiiiiiiiaaaaaarr!! |
Binatang yang paling banyak kentut plak agak-agak ape? Jawapannya...... Anai-anai !! Haaa Jangan ingat binatang sekecil tu tak kentut, malahan ditabalkan sebagai haiwan paling banyak kentut pulak kan. Hebat anai-anai ni, sampai dikatakan, anai-anai ni penyumbang kepada pemanasan global. Huyyo, sebabnya diet pemakanan beliau yang mana proses penghadamannya banyak dibantu oleh bakteria.
See? Asal bakteria yang hadamkan je mesti kentut busuk dan banyak. Haha, tapi janganlah salahkan bakteria kan? Busuk-busuk pun diorang tolong kite hadamkan makanan. Tanpa bakteria, semestinya kite takleh hidup. (^^,).
Walaucamane sekalipun buruknya makhluk-makhluk yang lain, yang pasti makhluk yang paling banyak melakukan kerosakkan dimuka bumi ini adalah manusia. Urmm, kene sedar sikit. Jadinya, bersyukurlah dengan nikmat kentut yang ada. Ya marilah kentut beramai-ramai secara berjemaah !!
Purrrtttttt~
*CBBC = Cirit-Birit Berak Cair
[post diolah dari artikel Rahsia Kentut oleh Nik Khartina Nik Man, Dewan Kosmik Ogos 2007]