Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semalam hari cuti, aku try asah parang mencuba buat Kek Batik, berikut adalah hasil percubaan ke-2 aku (asal skema sangat intro aku neh?).
Errm. horny tengok. Aishh. Nama penuh kek ini sebenarnya adalah, Kek Batik Coklat Nescafe Cornflakes Nestum BerButtercup. Panjang plak. Sedap dimakan sehingga menjilat jari tengah rakan (bila rakan yg suap). Dah kenapa jilat jari tengah? Ok abaikan. Kalau korang nak try, leh la ikut ajaran aku kt bawah ni, aku pun tak sure ajaran aku ni benar ke tidak.
Bahan-Bahan :
1. Sebuku Buttercups harga RM 4.90 (Mahal siak, dulu aku beli baru RM 2.50).
2. Dua peket Miskut Merry. Eh Miskut plak, biskut Marie senanye. Disyorkan beli yg regular harga dalam RM 2.90. Beli yg paling murah, sebab yg mahal tak sedap. Serius. Contohnya jenama Manchy, die tulis beskot meri original, kaler beskot kuning macam gigi orang tak gosok gigi. Jangan pilih biskut ini kerana apa, sebab aku tak guna. Haa nak ikut tak?
3. Sesenduk Marjerin jenama murah, seperti jenama Majerin Matahari (eh ade ke jenama ni. Ah gasak lah).
4. Empatratusgram serbuk coklat Malt Jusco. Harga RM 5.99. Jangan guna Melo, sebab Melo mahal. Aku boikot Melo, kek aku sedap je tak guna Melo. Well~
5. Dua biji telur ayam. Jangan guna telur selain telur ayam (contohnya telur suami…..itek, telur kambing etc.) nanti kek korang akan bantat. Erm asal cam lucah plak bantat ni. Dalam bahasa Sains kitaorang sebut ‘kek yang terencat pertumbuhannya’.
6. Setengah tin susu pekat manis jenama Jusco RM 2.15 dan dua sudu serbuk susu jenama Eveready. Eh ni jenama bateri, jilaka nama nak dekat-dekat sama. Susu Everyday senanya. Everyday I’m Shufflin’.
7. Segenggam bara api Cornflakes dan Nestum (Ikut suka hang nak bubuh banyak mana).
8. Sesenduk gula. Nak rasa mewah sikit boleh guna SugarDaddy atau SugarGlider.
9. Sebungkus Mr Potatoes perasa BBQ (sebagai kudapan ketika memasak).
Kaedah Kek Dibesarkan :
1. Panaskan kuali di bawah sesenduk marjerin dan sebuku buttercups sehingga cair seperti Rajah 1.
Rajah 1. Kuali dipanaskan di antara dapur ges dan sesenduk marjerin & buttercups.
2. Masukkan dua cawan air dan sesenduk gula. Kacau-kacau jangan berenti mengacau.
3. Masukkan dua biji telur ayam (sebaiknya telur ini di-blend bersama sedikit buttercups terlebih dahulu). Kacau lagi.
4. Masukkan 400 gm serbuk coklat Jusco yg berharga RM 5.99 itu tadi, kacau lagi.
5. Masukkan setengah tin susu, serbuk susu Everyday, secubit rasa Nescafe dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul kacau bilau.
6. Agak-agak dah masak je, campak beskut Merie (seeloknya dipatah empat) ke dalam kuali then kacau lagi pastu masukkan plak kisaran Nestum, Cornflakes dan sedikit beskut Merie (untuk memekatkan lagi adunan, kalau taknak buat pun takpe, tak pakse).
7. Lepas dah kacau-kacau sehingga sebati, then angkat, campak plak dalam bekas adunan (pastikan bekas adunan disapu marjerin terlebih dahulu untuk melincirkan kek serta tidak melekat pada dinding bekas adunan). Penyek-penyekkan. Pastu dah siap.
8. Masukkan kek dalam peti ais selama 18 jam, pastu baru boleh makan. Agak-agak kalau dah tak tahan sangat nak makan, bolehlah dipendekkan masa kepada 16 jam sahaja.
Siap dihidang, enak di makan ketika bertweeting sambil menonton PC. Selamat mencuba! Sebenarnya kek ni takdelah bajet sangat, habes la jugak dalam RM 20++ Herher!
25 comments:
okay,nak cuba .
nampak sedap lahh lann ;)
pehhh....menarik...nnti leh cube!
wahh, nampak sedap. nak try jugak la. huhu =)
wow...unik..1st time tgk masak kek dlm kuali..kena cuba neh..
untunglahhh pandai masakkk >.<
bak sini sikittt
wohhh..!!! nampak yummy tuh!! meh cikit!hhohooho
regards,
www.arepnakbebel.com
bila time raya, makcik slalu buat, dan before raya, dah habis aku makan time malam2.
mohon hantar ke rumah aku ye ;)
biskut batik aka biskut batu bata...sedap2...=)
rm20 boleh wat bnyk mana???
wah...kne try rsepi ni..
patut la kek yg wt raya hari 2 xjd...
sbb pkai milo kot..haha3
juling jugak nak boleh faham bahan-bahan die.. tp, nooot bad die punye tekstur.. (ayat berlagak chef)
mih.. mih.. mih
bleh buat buku macam marlia tengku sabri... hohohohoh...
arghh...kek kapis.. eh, silap.. kek lapis.. eh.. silap lagi.. kek batik...!!! my feveret...!!! aku xnk cuba buat, nk cuba makan je yg ko buat...
best resipi ni tapi mcm shilaker ckit lah kan penat aku guling2 gelak. zzzzzzz.
keje dengan jusco ker? haha
kek feberet nih...
wahhh abam lan pandai masak lah.. jom tawenn.. wakakakak
ok fine...coklat nmpk sedap...yummmyyy bole test laa..
sedap and dah pernah buat pun..
haha.. sdapnyee..
nampak sedap. kalau letak koko lagi.... sedap kot ^^
Alahaiii senangnyee sedap pulak tuu , teraso nak makan plak . Dah lame tak makan :)
ohsem gila babi ko..
eh..aku xde maksudkn ko ada pnyakit gila..
tu mennjukkan kekaguman melampau..
Nk trylh wak mne taw sesedap ag.. 😊
Post a Comment