Selamat Hari Cikgu-Cikgi! Cikgu untuk cikgu lelaki, Cikgi untuk cikgu perempuan. Eh yeke? Sukati aku jekan. Haha. Kat sekolah mana ada orang panggil guru kan, semuanya panggil cikgu. Ade ke orang cakap kat cikgu perempuan "Eh Guru nampak cantiklah hari ni! Lipstick Avon baru lettew~ ", "Guru, guru dah kawen ke? ", "Garangnye guru ni, patotlah lambat kahwen ".
Nampak sangat aku ni pervert, nak tanya cikgi je kan. Tapi cam bangang (skempus) je kan kalau cakap guru. Aku pun tak pernah panggil cikgu aku guru, aku biase panggil darling, honey, sayang, baby ( Semua Cikgu perempuan, cantik dan belum mendirikan rumah tangga) dan Cikgu (Semua Cikgu lelaki dan cikgu perempuan yang tak cantik dan yang telah mendirikan rumah tangga). Sapa kat sini panggil cikgu die guru? Cabut bulu ketiak die 3 helai. Takde kan? Alhamdulillah, takde bulu ketiak yang terkorban.
Jangan membangangkan cikgu anda, kelak anda yg jelas kelihatan bangangnya. :P |
1. Tadika
Kat Tadika aku seorang yang sangat pendiam, memang aku takda cakap dengan sesiapa kalau takde orang cakap ngan aku. Satu hari, cikgu (pompuan, belum kahwin, cantik = Baby) suruh aku baca ayat kat papan hitam (sampai sekarang aku takpaham, papan kaler hijau, tapi orang still panggil papan hitam), tapi cam biaselah, aku pemalu, malu-malu gitu nak bace, baby pun cakap kat aku, "Baby selalu dengar Lann nyanyi-nyanyi kat rumah, kuat & sedap sore Lann. Cuba Lann baca ayat ni kat depan untuk baby dan kawan-kawan". Dalam hati aku "Oh my God! How can my Baby know I'm singging kat rumah ni??!" Haa bajet kan, baru tadika pandai speaking English.
Memang aku kat rumah aku selalu jerit-jerit nyanyi, tapi takdelah sedap sangat sore aku kan, nak-nak sore belum baligh, pompuan dengar pon tak terangsang. Aku syak baby ni nipu aku ni. Tapi mase tu kecik lagi, bulu ketiak pun tak tumbuh lagi, memang bodo tahap unta la. Mati-mati aku caya baby dengar aku nyanyi kat rumah, sebab lepas baby tu bagitahu aku camtu, aku tak nyanyi jerit-jerit lagi dah. Aku nyanyi slow-slow. Sebelum nyanyi tu aku pandang kiri-kanan atas bawah, nak check kot-kot ade my baby aku tu intai aku menyanyi kat rumah kan.
Masa kecik imaginasi memang tinggi, tengah-tengah nyanyi tu terfikir gak, my baby ni dengan pakai kainnya tiba-tiba keluar dari syiling atas tu, intai aku, takpun die ngendap belakang pokok pisang curi-curi dengar aku nyanyi, lagi dahsyat die menyamar jadi aku, pastu nyanyi-nyanyi kat rumah aku. Ihh logik ke?
Lepas baligh baru aku tau, rupanya my baby tu main-main dengan aku. Yelah takkanlah gigih die nak datang rumah aku semata-mata nak intai aku nyanyi kan. Ke memang die intai betul-betul ar? (Macam bodo lagi je aku ni, tengok bulu ketiak dah ade plak -__-").2. Darjah Satu
Time darjah satu ni, aku dah matang sikit. Sebab dah pandai bersuci hadas kecil dan besar sendiri. Dah pandai main pompuan. Eh silap, main kejar-kejar dengan pompuan. Dengan lelaki pon aku main jugak, tapi bukan main kejar-kejar, gua main tumbuk-tumbuk dengan lelaki. Kecuali ayat kedua perenggan ni, semuanya aku nipu, paling ketara ayat no. 1 tu. Darjah satu bodoh lagi kot.
Ade kes budak nak berak tapi takot nak mintak kebenaran. Last-last berak kat kerusi, haa pandaikan. Nasib aku tak macam tu. Mak aku ajar kalau nak berak bagitau cikgu. Kalau nak cebuk pun bagitahu cikgu, nanti cikgu basuhkan. Haa pandaikan mak aku. Sayang mak, muahh2. Tapi sebab cikgu darjah satu ni tak cantik, aku pun tak hegeh-hegeh mintak basuhkan berak aku. Kalau muka cam Lisa, kompem hari-hari aku berak depan cikgu. Eh silap, hari-hari aku mintak Lisa basuhkan ehem-ehem aku. Aa berbalik kepada budak-budak berak tadi, dua orang lak tu, sorang lelaki, sorang pompuan. Tapi hari lain-lain la.
Ni bukan muke budak tu, sebab budak tu muka Jawa. Ni muka anak Mat Salleh aku kebas. |
Naya satu kelas, tengah-tengah ko belajar Agama Islam kalau tak silap time tu, tiba-tiba ada bau harummmmm je menusuk hidung setiap murid-murid termasuk cikgu kelas. Cikgu yang dah berpengalaman tu pun syak, "Ah ni bau tahi ni!" Kata hati kecil Cikgu tu. Pastu satu kelas kene berdiri, sebab Cikgu nak check bontot sape ade tahi. Dan, terkantoilah seorang gugurl yang duduk di tengah-tengah kelas tu apabila didapati kainnya berwarna sedikit lain dari kain murid-murid lain. Biase kaler biru, tapi budak ni punyer kain ade kuning-kuning. Euuw geli I nak cerita. Pendek cerita cikgu tu kene basuh la kerusi, dengan ehem-ehem gugurl tu. Kesian gugurl tu. Nasib tak cantik, kalau cantik, dah lame aku tolong belikan underware ade gambar strawberry. Seksikan underware strawberry? Uhh yeih!3. Darjah 4
Darjah 4 ni, Cikgu Kelas aku, Cikgu Junaidah nama dia (pompuan, cantik, belum kahwen = sayang) telah dilanggar BABY. Ni bukan baby yang kat atas tu, tapi BABY yang huduh ittew. Masa my sayang aku nak ke sekolah pagi tu menaiki motor Kriss Modenas kaler hijau, haa ingat lagi aku kat moto sayang, my sayang telah dilanggar BABY. Dah namenye BABY kan, perangai pun memang cam BABY. BABY betul BABY tu, my sayang baik je bawak moto kat kawasan kampung tu, sebelum BABY yang BABY tu tiba-tiba keluar dari semak-semak tepi jalan lalu merempuh my sayang dan motor Modenas hijau beliau. Apela BABY tu buat kat semak tu kan, tiba-tiba keluar nak menyondol je. GGrrr!
Tapi my sayang ni sangat kuat, ni semua demi cinta beliau kat aku. Dengan berdarah-darah tu, my sayang bawak motor ke sekolah. Satu sekolah terkejut pagi tu, tengok keadaan my sayang. Pastu Cikgu Rohana (Cikgu HEM - Hal Ehwal Murid) pun bawak my sayang ke Hospital. Hari tu, kami satu kelas menangis sebab sedih melihat keadaan my sayang pagi tu, kecuali aku. Aku ni gentlemen sikit, aku nangis dalam hati jela. Tapi Alhamdulillah, seminggu lepas tu kalau tak silap, my sayang dah kembali mengajar :).
BABYlah kau ni haa! Berani sondol my sayang! Aku pun tak pernah sondol die lagi tau tak?!! Sumpah ko jadi BABY kang, GILABABY ko nanti! Huhh! #terasa perlu menyamak blog aku pasni. |
Korang dulu penah main chopp n' bull tak? Aaa die main camni, kalau dah buat perjanjian main chopp n' bull, time korang nak bangun/diri atau korang nak duduk, korang kene bagitahu setiap orang yg main sama dengan korang perkataan 'chopp', contoh kalau nak duduk cakap 'chopp duduk', kalau nak diri cakap 'chopp diri'. Andai kata korang lupa cakap or member yang main sama dengan korang tak dengar korang cakap, dorang akan memukul belakang korang (penumbuk la biasanya) sambil berkata 'bulll!!!'". Ape ke pelik permainan aku main ni kan? Lantaklah, budak-budak dulu tau ape kan. Haha. Game ni takkan tamat selagi korang tak putuskan sama-sama nak stop. Means, game ni mampu bertahan berhari-hari, berminggu-minggu even bertahun-tahun, mengikut ketahanan fizikal korang ditumbuk bertubi-tubi (kes lupa nak cakap chopp! lah ni).
Alkisahnya masa Darjah 6 ni, satu kelas (err aku rase satu sekolah) aku semua main bende ni, dengan geng-geng sendirik. Kira sapa yang tak main time tu memang out to date lah. Aku main dengan budak kelas dalam 5-6 orang camtu. Adela beberapa ekor budak yg tak main, tu budak-budak yg nerd nak mampos jer. Pastu aku baru join main dalam seminggu camtu, aktiviti tak berfaedah ni telah terkantoi oleh cikgu kelas. Eee geram I, tak pasal-pasal satu kelas kene panggil and soal siasat. Cikgu pun basuh la semua budak kelas termasuk aku, "Korang main tumbuk-tumbuk kat dada ni, tak tau ke tumbuk-tumbuk kat dada ni bahaya???!! Korang tau tak apa ada kat dada ni haa?!! " Kami yang innocent semua tu pun jawab, "Kat dada ada buah dada la, cikgu ". Mendapat sorang sekor pelempang dimuka. Aku pun tak terkecuali. Sedap pelempang cikgu tu, sampai hari ni aku ingat.
Feeling dilempang. |
Panjang giler post aku, aku nak ringkaskan kisah Cikgu kat sekolah menengah ni. Cikgu English aku, Miss Herlina Yahya (pompuan, cantik, single = honey) yang paling banyak merangsang aku err...er.. merangsang untuk minat kat English je. Pernah menjadi skandel beliau masa form 4 and 5, sebab dia ajar aku English masa tu. Tapi perbezaan umur yang amat jauh, aku jadikan my honey tu geli-geli jela. Hik2. My honey ni memang hot, ramai cikgu-cikgu mencemburui beliau. My honey pernah menggondol gelaran Cikgu Paling Popular selama namblas tahun berturut-turut! Eh pandai aku je kan namblas tahun, tapi memang banyak kali la honey dapat award tu. Bangga aku dengan pencapaian honey. Sayang my honey Muahhx ❤! Tapi sekarang aku dah loss contact dengan beliau, dengar cerita dah kahwen. Takpelah, aku doakan yang terbaik untuk honey, eh untuk Cikgu.Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah Cikgu yang aku nak gam kat sini, tapi entri pon dah macam teks alasan Menteri nak naikkan harga minyak kan, so better aku ringkaskan jelah. Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku, aku ucapkan terimakasih! terimakasih! terimakasih! kerana telah mendidik aku menjadi lebih berilmu. Jasamu ku kenang hingga ke Syurga hendakNya. InsyaAllah. Semoga usaha kalian mendidik, sentiasa mendapat redha Allah SWT. Ni hadiah untuk semua cikgu-cikgu aku.
Selamat Hari Cikgu!!!
25 comments:
hahha, kelako
#lansengal ni sweet la. auw. ahahaha
ahahahaha!! suke!
ahahaha..ngokngek betol die neh!!bahaaha
tq lann. terharu cikgu baca blog ni ;))
hehehe, sengal yg comel :D
@IEB
Haha :)
@Zik
Aww, u ni lembut kew? :P
@Najeeb
Suke sape? I ke? Muahaha. :P
@Nick
Haha, pakai lipstick avon gak ke?
@Cikgu Garang
Sama-sama cikgu, cikgu punye cerita yang part mane eh? Mesti yang kene basuh berak tu kan? Sian cikgu...
@Sophie
I memang comel! Thanks! :P
hahaaa..~~
tpii..e.e.e kjamnyaa~sbb boleh ingat lagi yee..part budak darjah 1 tu..
huaa~>,<
cilakak !
gambar pompuan tuh takleyh blah ! hahahaa
semua cikgu kau sayang honey ;p
hahah sumpah nasi gilee :D
wakakakaka..lan sengal..sakit perut aku gelak..
@pijahh
Hee mestilah, memori paling ku ingat. Budak pompuan berak tu. Ahahaa.
@no-answer
Die terangsan dilempang tu weh! XD
@nadia
cikgu tak cantik dh kawen ngan cikgu lelaki aku tak panggil sayang honey la.. XD XD
@epul
Hehehe. Ko penah berak kt seluar ke time sekolah dulu? :P
tak pernah main pun chopp n bull tu. zaman bile???
@mcya
masa tahun 1998-2000 ^^,
hahaha...
i paling suka tumbuk2 kat dada tu..
kat dada ada aapa??
sy xtaw...hehehe...
siyes aku suke entry ni..hahaha..
"selamat hari cikgu weh"
hahah
adoi.... serius lawak... sampai member sebelah tension tengok fatin gelak sorang2... gilak ka ape ni.. hoho.... btw best2 semua entry lan... ;)
haha..lawok2
hebadd eh paggil cikgu baby honey semua ehh
^_^
haha.. ok..:P
cikgu2 yang encem ade ta??? haha
miss herlina yeahhh...lame sgt2 x jmpe..huhu
ko memang nakal kan kcik dulu2..haha
weyh.. ada jela yg panggil Guru.. Guru Besar... Hahaha..
Ada org pggil Cikgu Besar? Mungkin yg tu cikgu bdn besar la kot.. heheh..
hahaha~~ suwitnye die ngan cg2
apesal mcm same je ngan aku memori ko time sek. nyek!!!!
Post a Comment