Sunday, December 25, 2011

Resepi Kek Batik Coklat Jusco RM 5.99 (Kek Bajet)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam hari cuti, aku try asah parang mencuba buat Kek Batik, berikut adalah hasil percubaan ke-2 aku (asal skema sangat intro aku neh?).

IMG_7496

Errm. horny tengok. Aishh. Nama penuh kek ini sebenarnya adalah, Kek Batik Coklat Nescafe Cornflakes Nestum BerButtercup. Panjang plak. Sedap dimakan sehingga menjilat jari tengah rakan (bila rakan yg suap). Dah kenapa jilat jari tengah? Ok abaikan. Kalau korang nak try, leh la ikut ajaran aku kt bawah ni, aku pun tak sure ajaran aku ni benar ke tidak.

Bahan-Bahan :

1. Sebuku Buttercups harga RM 4.90 (Mahal siak, dulu aku beli baru RM 2.50).

2. Dua peket Miskut Merry. Eh Miskut plak, biskut Marie senanye. Disyorkan beli yg regular harga dalam RM 2.90. Beli yg paling murah, sebab yg mahal tak sedap. Serius. Contohnya jenama Manchy, die tulis beskot meri original, kaler beskot kuning macam gigi orang tak gosok gigi. Jangan pilih biskut ini kerana apa, sebab aku tak guna. Haa nak ikut tak?

IMG_7488

3. Sesenduk Marjerin jenama murah, seperti jenama Majerin Matahari (eh ade ke jenama ni. Ah gasak lah).

4. Empatratusgram serbuk coklat Malt Jusco. Harga RM 5.99. Jangan guna Melo, sebab Melo mahal. Aku boikot Melo, kek aku sedap je tak guna Melo. Well~

5. Dua biji telur ayam. Jangan guna telur selain telur ayam (contohnya telur suami…..itek, telur kambing etc.) nanti kek korang akan bantat. Erm asal cam lucah plak bantat ni. Dalam bahasa Sains kitaorang sebut ‘kek yang terencat pertumbuhannya’.

6. Setengah tin susu pekat manis jenama Jusco RM 2.15 dan dua sudu serbuk susu jenama Eveready. Eh ni jenama bateri, jilaka nama nak dekat-dekat sama. Susu Everyday senanya. Everyday I’m Shufflin’.

7. Segenggam bara api Cornflakes dan Nestum (Ikut suka hang nak bubuh banyak mana).

8. Sesenduk gula. Nak rasa mewah sikit boleh guna SugarDaddy atau SugarGlider.

9. Sebungkus Mr Potatoes perasa BBQ (sebagai kudapan ketika memasak).

 

Kaedah Kek Dibesarkan :

1. Panaskan kuali di bawah sesenduk marjerin dan sebuku buttercups sehingga cair seperti Rajah 1.

IMG_7490

Rajah 1. Kuali dipanaskan di antara dapur ges dan sesenduk marjerin & buttercups.

2.  Masukkan dua cawan air dan sesenduk gula. Kacau-kacau jangan berenti mengacau.

3. Masukkan dua biji telur ayam (sebaiknya telur ini di-blend bersama sedikit buttercups terlebih dahulu). Kacau lagi.

4. Masukkan 400 gm serbuk coklat Jusco yg berharga RM 5.99 itu tadi, kacau lagi.

5. Masukkan setengah tin susu, serbuk susu Everyday, secubit rasa Nescafe dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul kacau bilau.

IMG_7491

6. Agak-agak dah masak je, campak beskut Merie (seeloknya dipatah empat) ke dalam kuali then kacau lagi pastu masukkan plak kisaran Nestum, Cornflakes dan sedikit beskut Merie (untuk memekatkan lagi adunan, kalau taknak buat pun takpe, tak pakse).

7. Lepas dah kacau-kacau sehingga sebati, then angkat, campak plak dalam bekas adunan (pastikan bekas adunan disapu marjerin terlebih dahulu untuk melincirkan kek serta tidak melekat pada dinding bekas adunan). Penyek-penyekkan. Pastu dah siap.

IMG_7494

8. Masukkan kek dalam peti ais selama 18 jam, pastu baru boleh makan. Agak-agak kalau dah tak tahan sangat nak makan, bolehlah dipendekkan masa kepada 16 jam sahaja.

IMG_7499

Siap dihidang, enak di makan ketika bertweeting sambil menonton PC. Selamat mencuba! Sebenarnya kek ni takdelah bajet sangat, habes la jugak dalam RM 20++ Herher!

Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki