Friday, May 20, 2011

PEDOMAN @aosf | Siri 4 : Syukur

Assalamaualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahlinya. Ruang PEDOMAN@aosf kali ni aku akan isikan dengan pengisian tentang syukur.


"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Alnahl [16]: 18).
Syukur secara definisinya, asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian. Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah,

i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

ii) Selalu mengucapkan “Alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan

iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”(Bukhari)
Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".

Para ulama menggariskan 3 cara bersyukur,

(1) bersyukur dengan hati, iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu; 

(2) bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah); dan 

(3) bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diridai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut.
“Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Lukman hikmah, kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulanglah kepada diri sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha kaya Lagi Maha terpuji." (surah Lukman : 12)

Alhamdulillah syukur dapat menghabiskan entri ini. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT sehingga hari ini. Alhamdulillah :)

sumber : JAKIM, Kompasiana, ABIM Pahang, MyBlogHumaira.
Orang cantik hensem like :D

1 comments:

Ze_Mhis said... Best Blogger Tips

boleh komen tak pasal ni:
kite bersyukur orang tu tolong kita, tapi kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih dengan dia. bukan kita menghargai, tapi kadang2 terlupa. cemana tuh?

p/s: weh, madu dalam english kite panggil ape? rujuk sini:HONEY? SECOND WIFE? CO-WIFE? =.=''

Cerita Mengigit Jari Kaki