Friday, May 6, 2011

PEDOMAN @aosf | Siri 3 : Kerana Wanita Itu Yang Teristimewa ❤ Selamat Hari Ibu ❤

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam aosf,
 
Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahlinya. Hampir seminggu aku tak update blog aku, sibuk sikit minggu ni dengan kesihatan yang agak kurang menentu, walau apa pun Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk meneruskan segmen PEDOMAN @aosf ini untuk siri yang ke 3.

Baiklah bersempena dengan kedatangan Hari Ibu 8 May 2011 ni, aku akan bawakan sedikit hadis-hadis berkenaan dengan keistimewaan wanita khususnya insan yang bergelar ibu ini. Ramai yang bertanya bilakah tarikh sebenar Hari Ibu ini, pada aku Hari Ibu adalah setiap hari, tapi official celebration for Hari Ibu bagi negara Malaysia biasanya hari Ahad minggu ke 2 dalam bulan Mei. So marilah bersama-sama menghargai penat, lelah dan pengorbanan Ibu dalam membesarkan kita.

19 Hadis yang meriwayatkan keistimewaan seorang wanita ini banyak aku lihat di kongsi di laman-laman web dan blog-blog, tapi perawi dan kesahihan hadisnya tidak diketahui. Jadi disini aku bawakan kajian/jawapan tentang hadis-hadis yang dilakukan oleh al-ahkam tentang status hadis-hadis ini. Bagi hadis-hadis yang tidak diketahui sumbernya ini dan juga yang disahkan sebagai hadis palsu, aku sarankan jadikan sahaja sebagai kata-kata semangat atau hikmah untuk seseorang wanita itu pegang dalam menempuh hidupnya sebagai wanita.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Imam Subkiy menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra)
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar. Yang ada ialah: “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin.”
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu'ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:
Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
Direkod oleh Dailami 1/282
Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.
Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.
9. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.
Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
No (18 ) dan (19) adalah gabungan satu hadis, Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

biru - hadis yang takdiketahui sumbernya.
sumber : Catatan Abu Umair, al-ahkam.net
Orang cantik hensem like :D

6 comments:

feyza said... Best Blogger Tips

begitu berharga wanita..~~

Noraien said... Best Blogger Tips

mulianya wanita especially yg bergelar ibu di sisi ALLAH (:

Hafiz Hafizol said... Best Blogger Tips

wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah.. lalalala...

cik heroin said... Best Blogger Tips

teringat hadis2 tu, ahkak2 bagi masa usrah, hohoho

Syazana Justme said... Best Blogger Tips

Happy mother's day!Hargai pengorbanan ibu2 korang sementara mereka masih ada..=)

Akidazami said... Best Blogger Tips

great share. Selamat hari ibu :D

Cerita Mengigit Jari Kaki