Thursday, August 4, 2011

PEDOMAN @aosf : Edisi Ramadhan al-Mubarak Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!

pedoman aosf copy

Alhamdulillah, PEDOMAN @aosf edisi Ramadhan al-Mubarak dah memasuki siri yang kedua. Syukur jari jemari ketot ini masih diberi izinNya untuk menaip entri ilmiah ini. Ok baiklah siri kali ini, aku akan kongsikan beberapa info berkaitan perkara-perkara yang kadangkala menimbulkan kemusykilan tentang ibadah puasa. TAHUKAH ANDA?

1. Salah satu sebab yang membatalkan puasa adalah gila, tetapi apabila orang yang gila kembali waras, maka dia tidak wajib untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika dia tidak waras, sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.

2. Wanita yang berada dalam keadaan haid perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan, tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata : “Kami diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk menggantikan solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Orang yang berpuasa yang berhadas besar disunatkan mandi hadas sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal pagi. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berhadas besar (berjunub) pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja.

02-NiatPuasa

4. Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat Witir selepas solat Tarawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat Witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.

5. Orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada waktu tengahari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan banginya telah hilang.

6. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit, tidak membatalkan puasa contohnya suntikan untuk tujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam 4 mazhab. Padangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qadarawi. Menurut beliau benda yang masuk melalui suntikanmelalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri. Namun ada sesetengah ulama hari ini mengecualikan daripada suntikan makanan, iaitu jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.

7. Memakai gincu pada bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa selagi mana tidak bercampur dengan air liur dan ditelan sehingga memasuki kerongkong. Hukumnya sama seperti menggosok gigi dengan ubat gigi. Tetapi dari segi hukum berhias, tidak haru perempuan bertabarruj dan berhias untuk lelaki selain suaminya. Seadainya sekada menampakkan warna asal dan menjaga kelembapan bibir, ia diharuskan.

8. Mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW di al-Arj (sebuah tempat, Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keaadaan baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan.” (Riwayat Abu Daud)

03-Sahur

Rewind : Sunat Puasa

  1. Makan sahur serta melambatkannya.
  2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air.
  3. Menjamu orang berbuka puasa.
  4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikkan.

05-Segerakan Berbuka

Sekian dahulu untuk PEDOMAN@aosf, segala artikel dan info diserap sepenuhnya dari Solusi Isu No. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal. Selamat beramal! Winking smile

Orang cantik hensem like :D

9 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

slmt brbuka :)

AnakPakZohar said... Best Blogger Tips

thanks 4 da info yaw.. ! ^^

Syazwan said... Best Blogger Tips

baguih 2x
jom terawih! XD

AA said... Best Blogger Tips

bagus lah info ni ^_^ btw,thank . .

fynahere said... Best Blogger Tips

insyallah this yera boleh full puasa =P

munira sajuti said... Best Blogger Tips

bila time entri cemni je, takde orang comment kan, lann? dah lame aku peratikan.

aslann said... Best Blogger Tips

@munira sajuti haha biaselah, info agama. tp nak share ilmu agama kena ikhlas, xperlu nak harap komen. :)

munira sajuti said... Best Blogger Tips

err bukan. maksud aku,,,, er yelaa. aku tahu ko ikhlas. huhuhuhu

aslann said... Best Blogger Tips

@munira sajuti untunglaaaahhhhh.

Cerita Mengigit Jari Kaki