Tuesday, August 9, 2011

5 Trending Words Yang Patut Pelaman Sosial Tegar Tahu

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!

AMARAN : ENTRY PANJANG. SILA BACA SELEPAS WAKTU BERBUKA. SELEPAS SOLAT TERAWIKH.

Dalam dunia rangkaian sosial (social network) ianya didasari oleh pengguna laman sosial yang dikenali sebagai pelaman sosial tegar (die hard social gardener). Social Gardener adalah orang yang bertanggung jawab dalam memainkan atau mengguna laman sosial yg dibina. <<< serius kan intro? ade rase nak lempang tak? Sebenarnya aku taktau nak mengintro (cam word jawa la plak) cemana tadi. Aku cari term untuk orang yg tegar main laman sosial pun xjumpa, so jadila intro lahanat yg aku tengah taip ni. Janji korang paham OKlakan. ekekeke. (bajet orang paham entry ko). Eh sedar tak sedar dah nak raya kan! (pehal ko tetibe citer sal raya ni?). Ni apesal intro panjang kemainn ni ha? Ingat Cikgu Senah nak bagi markah lebih ke wat intro pepanjang? Err okeyylaaa, antara cecontoh lelaman sial yg popular adalah seperti Facebuku, Twittek, Blowger (yg ni sosial x ek?), Mysepes bla bla bla and lastly laman yg aku rase cam puaka berhantu je takde orang main adalah Gogell+.

socialnetwork copy

Gogell+ tu senanye aku dah rename jadi Gohell+ tapi cam keji dan biadap je kan huhu, so tukar jadi Gogell+ jelaa. (macam nama yg lain xbiadap kannn)

Pelaman sosial yang tegar pulak adalah mereka-mereka yg 24 jam nak honline jeewwr kejenyeww, tak kira la guna laptop ke, dekstop ke, Ipoo ke, BlackBerrak ke, tu semua ditermakan sebagai pelaman sosial yg tegar.

remy tweet

Biadap la budak ni, kecik2 lagi dah pandai gatal nak tweet retis. Sape ajar?

Baiklah! Straight to the piont. Sebagai pelaman sosial korang wajib tahu makna beberapa words yg kalau kt twitter akan menjadi trendings hal ehwal semasa. Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan korang apabula menerima mesej/komen yg mengandungi beberapa trending words tersebut. Trending bermaksud word tertentu tu selalu digunakan oleh pelaman-pelaman yg berbakat di mana kekerapan, F (Frequency) sesuatu words itu berkadar langsung dgn masa (Time). Semakin bertambah masa, semakin bertambah kekerapan words tertentu digunakan. Apabila data diplotkan akan menghasilkan satu graf exponen. Dan dari sini kita boleh mencari taburan kekerapan, mean, median dan julat bagi words yg digunakan (nak berlagak ngan math kan ko). Berikut adalah antara trending words yg wajibulghunnah utk korang amek tau agar korang boleh menjadi pelaman sosial yg memang siaal laa…….berbakat. Phuuii~

1. OKBAI

OKBAI atau OKBYEE atau KBYE atau KBAI semuanya adalah adik beradik yg membawa makna pengguna ingin menamatkan perbualan/komen pada masa yg sama still tunggu komen seterusnya. OKBAI sangat lahanat diguna kerana jika anda pengomen terakhir yg menggunakan OKBAI, ia menandakan anda telah meninggalkan perbualan dengan gaya diva yg sungguh bergaya dan elegan.

London, UNITED KINGDOM: British actress Emma Watson arrives in London's Leicester Square for the European Premiere of the latest film "Harry Potter and the Order of the Phoenix" 03 July 2007.   AFP PHOTO/MAX NASH (Photo credit should read MAX NASH/AFP/Getty Images)

diva dan elegan, itulah saya.

2. RETIS

Retis merujuk kepada seseorang yang bukan retis tetapi memiliki populariti yg luar biasa dan lebih dari biasa serta lebih daripada hari hari biasa berbanding orang biasa-biasa yg lain. Haa pening tak? Kalau pening mungkin anda pregnant. (pening ade kaitan ngan pregnant ke?). Berikut adalah feedback orang biasa-biasa terhadap status seorang #artis dan #retis yang luarbiasa.

artisretis copy

Gambaran lebih jelas, antara #artis (Lisa) dan #retis (Kyerull). XP

Dan korang akan nampak perbezaan yg sangat ketara apabila seorang #pencacai pula yang post status dekat facebook. T___T

pencacai copy

harapannnnlahh status pasal kuda berlari nak dapat like bebanyak kann.

Tapi kini, ramai orang dah panggil #artis sebagai #retis, dan #retis juga sebagai #retis, mungkin kerana semua orang pandai nak sebut R, jadi biadapla kan nak guna R didepan. Takpe Lisa pun xreti sebut R. So aku xperlu risau dgn kebiadapan korang.

3. UNTUNGLAAA

Untunglaa, untunglahhhh, untunglaaarrr (bukan untung ular) adalah ekspresi yg lahir dari hati dan pundi kencing pengguna terhadap keberuntungan orang yg beruntung. Untuk memudahkan pemahaman korang, aku transelit dalam bahasa Saskrit, untunglaa = ekspresi kekaguman dan ke-admire-an pengguna terhadap sesuatu situasi seseorang di mana jika pengguna berada pada situasi tersebut, maka beliau juga dikira orang-orang yg beruntung (keadaan ini akan memungkinkan orang lain akan komen “untunglaaa” pula kpd beliau). Contoh terbaik bagi meneroboskan pemahaman korang adalah seperti berikut, (ape bende words la kau guna ni lann)

lisa untung

Keberuntungan yg tiada tolok bandingannya. >.<

4. TAK PAYAH NAK ……… SANGATTTT

Tak payah nak ……… sangat (sila isi tempat kocong) adalah satu ekspresi yang digunakan untuk menyatakan seseorang itu tidak perlu komen/berkata/mesej sesuatu perkara. Sebagai contohnya status malam jumaat Mak Eton – “Malam ni kite nak jadi rimauuu” . Jadi kita yg xkawen lagi ni sudah tentu annoyed dengan status Mak Eton tu la kann, ape yg perlu dibuat adalah komen saje “Tak payah nak rerimauu sangatlaaa Mak Etonn ntah2 dh menopouse” --- bermaksud mak eton xperlu la nak buat status camtu kan. mentang2 baru kawen ngan duda. Haa puashati. Ok cam blurr lagi, korang tengok contoh gegambar plak.

tak payah sangattt copy

Jangan nak……… sangat, tak perlu ………. sangat dll membawa maksud yg sama, tapi ayat akan berubah menjadi gurauan apabila ditambah ‘haha’ di akhir ayat (perlu buat ‘haha’ bagi pengguna newbie). Atau kalau dh biasa, xyah tambah ‘haha’ pun xpe cuma akan menyebabkan orang lain rasa korang tgh bergaduh hahaha (eh terhaha plak). kan best camtu, pastu korang leh melakukan proses penganjengan kpd orang yg tersalah paham ingat korang tgh bergaduh tu. yeihh2!

5. ANJENG

Err yang ni aku rase lebih kepada trending habits dari trending words. Sebab aku nk cukupkan 5 so aku amek jela kann. Please note #anjing dengan #anjeng.

400cat-bite-dog copy

#Anjing adalah haiwan seangkatan dengan bebi yg dinobatkan sbg najis mughallazah of the year. Wajib samak k kalau terpegang dalam keadaan basah, manakala #anjeng pula adalah perbuatan memerli secara berhemah dengan bunyi yg kasar kadangkala lembut….di tangan. Perbuatan mulia menganjeng adalah sangat digalakkan bagi menyedarkan sesetengah pihak, sebagai contohnya,

Fullscreen capture 892011 44427 PM.bmp

Contoh peng-#hanjengan. Amalan mulia separa keji yg menyedarkan pihak-pihak yg di bawah takat separa sedar.

OK dah paham kan? Proses penganjengan ini ada 3 level. Bagi pertama kali nak guna, atau pengguna newbie, terma yg digunakan adalah #anjeng. Next level proses penganjengan di mana kecaman dan cacian dilakukan secara sederhana mulia dikenali sebagai peng- #hanjengan. (haa nampak penegasan di situ? Hanjenggg~). Dan level terakhir (tahap karma) proses penganjengan adalah dikenali sebagai #hanjiaakkk. (Uhh masuk sket loghat utagha disitu ye). Tahap ni berlaku di mana penganjengan dilakukan secara ekstrem, melampaui batasan agama dan nilai-nilai murni masyarakat Meleysia, cacian, cercaan, kejian yg tiada tolok penyukatnya lagi. Tiada contoh dpt saya anjengkan disini kerana keanjengannya yg terlalu terekstrem sangat.

OK cukupla kan, mampu plak kan korang nak baca entri pepanjang ni. Berikut adalah #TrendingWords yg aku selalu guna (nak share jugak walaupun korang skip bace part ni),

1. Harapannn = memang takde harapan, 2. Lahanat = awak cantik, 3. Biadap = kohajaa

Alamak tak ingat dah. Takpela nnt aku ingat aku tambah lagi. Segala penggunaan trending words kat entry ni adalah di bawah tanggungan anda sepenuhnya k. Renung-renungkan dan selamat merenung. OKBYEE.

Rujukan : School of Bahasa Carutan and Tatabahasa, University of Aslann As, Badak Berendam, Melaka.

Orang cantik hensem like :D

31 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

u know cam babi
hahah
lawak sial
hahahahaahhaha

Farah Awang said... Best Blogger Tips

mmg gua pengonline tegar lah cemnih
sume kiwed2 tu gua tau lame dah
HAHA

Farah Awang said... Best Blogger Tips

mmg gua pengonline tegar lah cemnih
sume kiwed2 tu gua tau lame dah
HAHA

Adam bin Ahmad said... Best Blogger Tips

semua benda nih ko selalu guna. dasar pengonline tegar. hahaha. okbai

HAZWANmohd said... Best Blogger Tips

haha.. mlm ni nk msk tempe goreng belacn mcm lisa dpt tu..
okbai!haha.. mlm ni nk msk tempe goreng belacn mcm lisa dpt tu..
okbai!

Nailofarhazirah said... Best Blogger Tips

mengong..
mmg `retis` la ko..haha

Amir Aidid said... Best Blogger Tips

i was laughing like crazy baca entry ini hokeyyy . HAHAHA .

kelakar laa kamu aslan . :DD

@taufiqhelios said... Best Blogger Tips

untunglaa.. ada trendngwords sniri...haha

eman said... Best Blogger Tips

cam kimak!!!!!!!!!!! ahhahahah!

zikeryhassan said... Best Blogger Tips

dasar retis yang suka menghanjeng. untonglaaa. okbai

Syazwan said... Best Blogger Tips

lahanat punya aslann as! hahaha

harapannn la nak dapat lisa sughihani


okbaii

Nyamuk Terbang said... Best Blogger Tips

terasa la plak yg first tue
ok bye

n!cK said... Best Blogger Tips

tercungap2 nak abehkan entry neh weh...semputttttttt~~~nyahaahaha

zaMir said... Best Blogger Tips

untunglaaa awak tu mmg suke menghanjeng...jgn nk #retis sgt la ....
#okbai

Anonymous said... Best Blogger Tips

retis ni nak lawan retis man yusoef ke entri panjang kene skip banyak kali ???

QERY HASAN said... Best Blogger Tips

siyes gelak guling2 baca hentri nih.. haha..xtahan yg yusri tu.. tipu sgt wehh..hahah

mr delirium said... Best Blogger Tips

datang buat pengharaman :3
$@%$^% sumpah seranah versi ramadhan *ko ajar

Unknown said... Best Blogger Tips

penat wa baca..haha.. aku klu bca dak2 #anjeng aku, aku gelak2 je skrng ni.. prematured2..tu je la yg kluar dr mulut aku #LOL

Fairuz Zainal said... Best Blogger Tips

weh nombo satu tu tren aku woii. sape yang sebarkan? kbai *emo haha

Saddila said... Best Blogger Tips

sokong kot entry ni . Haha :)

Terbaik !

DAUSPOZI said... Best Blogger Tips

Memang aku selalu guna perkataan Okbai, untunglah, retis, tak payah... sangat tu... haha.. semuanya sebab terikut-ikut dgn geng tahi twitter... Ef-wai-e, aku pernah draft entry persis macam ni tapi di'delete sebab kekurangan point... Hush!.. #OKBAI

laskar pelangi said... Best Blogger Tips

terbaiklahhhh!


#tepuk tangan sekali dua...=)

okbai! lalalaaaa~~

NuReLLe said... Best Blogger Tips

GILAAA..lepas aku baca...aku rasa pening...erkkk..aku pregnant ke??

Unknown said... Best Blogger Tips

ko gila!!..aaahaha

SyedGraphix Dot Com said... Best Blogger Tips

#untunglahh entry best. #eh #kbai

hakimfaridzul said... Best Blogger Tips

lulllzzzzz!!!!!!!!! lawak ngat aihhhhh... :)

shafiqabdshukor said... Best Blogger Tips

hahahahaha..
kesian bahasa malaysia..

Dhiya Fariza said... Best Blogger Tips

haha nice info here XD

munira sajuti said... Best Blogger Tips

HAHAHAHA yang ni klaka. okayy aku terharu,, #tetibe.

ape jadah rujukan tu woyy? vunguks

mackenziedoo said... Best Blogger Tips

untunglaaaaa ko Lan!!!! >..<

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

hahaha.. menggila .

Cerita Mengigit Jari Kaki