Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, masih bertemu dalam ruangan PEDOMAN@aosf setelah sekian lama menyepi. Kali ini aosf membawakan siri khas untuk ruangan ini bersempena dengan kemunculan Ramadhan alMubarak. PEDOMAN@aosf membuka tirai dengan sejarah awal bermulanya puasa umat yang terdahulu.
PUASA DAHULU KALA.
Puasa bukan bermula pada tahun ke 2 Hijrah. Sejarah puasa telah bermula sebelum Muhammad SAW diutus menjadi Rasul lagi. Allah berfirman yg bermaksud, “Hai orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah alBaqarah 2:183)
Dalam konteks alQuran, ‘orang sebelum kamu’ merujuk kepada penganut agama samawi. Puasa yg diamalkan oleh mereka juga berlainan bentuk & cara pelaksanaannya berbanding umat Muhammad. Siapakah mereka & model puasa yg diperintahkan Allah atas mereka?
Maryam berpuasa dengan tidak bercakap. Allah berfirman yg bermaksud, “Maka makan, minum & bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah : ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam 19:26)
Puasa Nabi Daud, berpuasa sehari dan berbuka sehari secara berselang seli. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, “Sesungguhnya puasa yg paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yg paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (solat) sepertiganya dan tidur semula seperenamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari.” (Riwayat Muslim)
Adam dan Hawa diperintahkan agar menjauhi buah larangan. Allah berfirman yg bermaksud, “Dan Kami berfirman: ‘Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.’” (Surah alBaqarah 2:35). Tegahan daripada mendekati pohon larangan tersebut juga menurut sesetengah ulama’ termasuk dalam al-imsak (menahan) iaitu maksud puasa dari segi bahasa.
Nasrani yang disyariatkan berpuasa 30 hari pada bulan Ramadhan, namun kemudian mereka menambah sehingga 50 hari.
Sejak berzaman-zaman, berpuasa diiktiraf sebagai satu jalan membendung nafsu & mengendalikan hati, anggota badan, perilaku dan emosi berlandaskan panduan syariat. Tidak kira daripada apa kita menahan diri, apa yg penting ialah keikhlasan dalam mentaati perintah Allah SWT yg mendasari hati.
5 BONUS KHAS RAMADHAN
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
Bonus 1 Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2 Para Malaikat beristirghfar untuk mereka sehingga berbuka.
Bonus 3 Allah memperindahkan SyurgaNya setiap hari dan berfirman : ‘Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).
Bonus 4 Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5 Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).”
Mengenai bonus ke 5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda SAW, “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?” Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga sedikit ilmu ini memberi manfaat dan menambahkan keazaman untuk meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan. Sama-sama kita doakan. InsyaAllah.
Artikel diserap masuk penuh dari Solusi Isu No. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal.
2 comments:
(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。
malaysia wedding video n more http://www.pixelworks.com.my/
Post a Comment