Monday, February 14, 2011

Hidup Tak Selalunya Indah

As Salam Bloggers,

Jumaat lepas merupakan hari yang paling menggembirakan bagi aku dan kawan-kawan aku (walau hakikatnya aku sorang je yang gembira, tetap nak jugak libatkan kawan-kawan aku). Sebenarnye aku tidaklah mahu berbangga dengan kejadian yang berlaku pada hari Jumaat lepas itu, tapi setelah didesak oleh penduduk-penduduk Kg Pisang,

"Ce citer..ce citer" 

Begitulah gamaknya penduduk-penduduk Kg Pisang ni mendesak, memang tension aku dibuatnya. Jadi terpaksalah aku menceritakan hal yang sebenarnya.

Bermula hari Khamis sebelum hari Jumaat yang menggembirakan aku dan kawan-kawan aku tu, kawan aku yang selain kawan-kawan aku yang bersama-sama gembira pada hari Jumaat tu telah memberitahu aku dengan penuh perasaan dan emosi.

"Lann, ko tak tahu ke, MHI nak datang UKM esok?"
Dengan penuh perasaan dan emosi sambil landing kat tepi tingkap goyang-goyang kaki, kawan aku beritahu aku berkenaan berita krew MHI yang akan datang ke UKM membuat siaran langsung. Seperti peribahasa arwah Din Beramboi, kiri burung, kanan burung, atas burung, bawah burung, kiri kanan atas bawah semuanya burung, di manakah letaknya burunggg?? Aku melonjak keriangan seperti burung-burung.

Apa yang aku harapkan ialah peminat aku Wardi atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah turut hadir bersama menjayakan rancangan MHI di UKM esok. Siang malam aku berdoa' dan berharap supaya peminat aku sorang yang aku sayang ni, dapat berjumpa dengan aku esok (hari Jumaat). Oleh kerana aku tidak mahu sendirian menemani si Wardi ni, aku pun bertindak bergosip dengan kawan-kawan aku yang lain tentang kehadiran Wardi ke UKM ni.

"Betuuull, Wardi nak datang jumpe nenek esok, ko jangan lupe duduk depan TB nengok nenek keluar TB"
Tak sabar rasenye nak keluar TV esoknye. Begitulah nasib aku setelah begelar artis ni, memang banyak undangan dari peminat nak bergambar, nak shooting, nak makan sama-sama. Yelah lumrah sebagai artis memang begini. Bak kate Wan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, "Sabooo jelahhh...". Kerana aku seorang artis yang tabah dan profesional, aku anggap semua tu sebagai dugaan hidup yang mematangkan diri aku je.

Jadi esoknye hari Jumaat, aku keluar awal ke UKM, walau hakikatnya aku masuk kerja jam 8.00 pagi, sejak-sejak dah naik pangkat jadi Naib Canselor kat UKM ni, aku datangla dekat-dekat jam 9.00 pagi camtu, barulah namenye Naib Canselor. Mane ade NC datang jam 8.00 pagi, buang tebiat la namenye tu. Tu pun aku terus melangkah ke Panggung Seni UKM (PSUKM), tempat berlangsungnya siaran langsung MHI, orang kerja kerajaan macam aku ni, memang banyak mase free, yelah tak banyak kerja kan nak buat, tiap bulan gaji masuk je.

Sampai kat situ, aku tunggu kawan-kawan aku kat atas motor aku, lambat pulak rasenye mekeme nak datang, nak membunuh masa yang terluang tu, aku pun nyanyilah sebuah lagu yang popular dalam tahun 1971 camtu, Soley Soley tajuk dia (video klip lagu disediakan sebagai rujukan).


Tengah seronok-seronok feeling lagu ni sorang-sorang atas motor, tiba-tiba dengarlah suara petala alam langit ke tujuh belas memanggil nama aku, "Lannnnnn....!!!! jom serang krew MHI jom woiii !!!" kata kawan-kawan aku dengan penuh sopan santun dan lemah lembut.

Dari kiri Hani, Sri A'jilah dan Ida yang memasing gila Ally Iskandar tapi blurr masa baru sampai (walhal mata semua liar mencari artis-artis untuk didekati)
Masa kitorang sampai adalah dalam 30 minit lagi siaran langsung MHI tu nak habis, mula dari 6.30 pagi sampai 9.00 pagi. Sebelum pegi ke tapak PSUKM, aku sempat jugak tengok MHI secara langsung dari rumah aku, tengok punya tengok rupa-rupanya supervisa supervisor aku keluar TV gamaknya, ditemu ramah oleh krew MHI.

"Saya melihat keadaan semak samun kampung kita ni dah semakin serius, saya harap pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ada nyawa yang diragut"
Cuma pagi tu aku nak pastikan peminat aku (Wardi) hadir ke tapak siaran dan memastikan Ally Iskandar tidak hadir. Alhamdulillah, harapan aku menjadi kenyataan, bila jelas Wardi yang mengacarakan MHI pagi tu dengan 3 orang lagi kawan-kawannya, kecuali Ally.

Berbalik pada episod di tapak siaran, menunggu 30 minit bukanlah satu penyeksaan bagi kami, kami menunggu dengan penuh sabar dan tabah, sambil berzikir dan berdoa agar diri ini diberikan kesabaran yang tinggi.

"Bersabar....kejap lagi je tuu..kejap lagi je tuuu.." bisik hati kami, memasing.
Setelah tamat rancangan MHI secara langsung itu, aku berharap peminat-peminat aku [Wardi, Abby, Fedtri dan Abang Baju Oren (ABO)] segera menerjah aku untuk tidak melepaskan peluang bergambar dengan aku. Bukan apa, inilah masa yang sesuai mereka memperkenalkan diri kepada aku selaku artis termahal di daerah Bukit Gondoi, Melaka.

Ketika semua orang ramai sibuk berebut untuk bergambar dengan selebriti MHI itu, hati aku tersentuh hiba, sebak dan rasa ingin mengupas bawang pada masa itu juga (bagi mendapatkan perasaan ingin menangis) tatkala Wardi memanggil-manggil aku dengan manja dan merayu-rayu kepada aku.

"Abang..tolonglah ambil gambar dengan saya, bang..Please banggg"
"Wardii~ jangan buat abang macam ni, abang tak sanggup melihat wajah jelita Wardi ni menangis kerana abang, jangan Wardiii~", ronta hati kecilku cuba bertenang.
Umpama lagu nyanyian Kak Limah dalam filem HKLBR, "enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas, enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas", aku pun naiklah atas Wardi. Eh silap, aku pun menurut saja permintaan nya untuk bergambar dengan aku. Alhamdulillah hasilnya memuaskan hati Wardi.

Kebahagiaan yg jelas terpacar di wajah kedua-dua mempelai.
Wardi mengucapkan terima kasih sebagai tanda perkahwinan kami terima kasih kepadaku. "Tidak mengapa, tak menjadi masalah besar bagi saya" balasku ringkas.

Tidak sampai seminit melayan Wardi, datang pula Abby merayu untuk meminta bergambar dengan aku, seterusnya Fedtri dan juga ABO. Aku melayan kerenah peminat-peminatku dengan tenang tanpa ada rasa cemburu dan iri hati.

Aku meminta agar Abby tidak memperbesar-besarkan tentang skandal kami berdua.
Aku yang kelihatan tenang semasa bergambar dengan Fedtri Yahya.
ABO (maaf tidak tahu nama peminat ni), kelihatan riang gembira dapat bergambar dengan aku.
Aku menolak untuk bergambar dengan peminat yg dikenali sebagai Safee Salee ini kerana aku mempunyai komitmen lain yang lebih penting pada masa itu.
Berikut adalah nasib rakan-rakan aku yang bersama-sama aku ke tapak siaran langsung. Walaupun penat kata mereka, tapi mereka sangat berpuas hati tatkala dalam banyak-banyak selebriti yang hadir, mereka hanya dapat bergambar dengan ABO dan Fedtri Yahya sahaja. "Kami tidak meminta lebih, cukuplah sekadar dapat bergambar dengan ABO dan Abang Fedtri, walaupun saya hampir tertidur semasa di sebelah Abang Fedtri, tetapi saya amat berpuashati dengan layanan mereka terhadap saya" jelas salah seorang rakan aku.

Kerana kepenatan mengejar selebriti-selebriti MHI, salah seorang rakanku hampir tertidur.
Satu-satunya gambar yang boleh dibanggakan oleh rakan-rakanku.
Jam menunjukkan pukul 10.13 AM, penat, letih, berpeluh dan panas, itulah gambaran yang aku dapat perkatakan tatkala melayan kerenah peminat-peminat aku di tapak siaran. Justeru itu, aku memanggil rakan-rakan aku yang lain untuk pulang, kerana ada tugas yang perlu aku selesaikan hari itu.
"Sri, Hani, Idaaaa..Jom balikkkk..! Hari sudah panass..Kulit I dah terbakarrr~~" jeritku dengan lembut.
Wajah kekesalan, kekecewaan dan senyuman yang tidak ikhlas dipamirkan setelah rakan-rakanku tidak berpeluang mengambil gambar dengan selebriti-selebriti MHI.
Seharian aku tersenyum keriangan kerana berjaya bergambar dengan peminat-peminat aku yang tak dapat dilakukan oleh rakan-rakan aku. Aku turut bersimpati dengan nasib rakan-rakanku yang kecewa kerana :

1. Idola kegemaran mekeme, Ally Iskandar tidak hadir.
2. Wardina Safiyyah pulang awal, aku orang terakhir yang bergambar dengannya di tapak siaran.
3. Abby juga pulang awal.
4. Satu-satunya gambar dengan Fedtri Yahya berlaku kecacatan tatkala salah seorang rakanku tertidur, mungkin kerana keletihan.

Nasihatku kepada nasib malang rakan-rakanku, "Hidup tak selalunya indah. Hahahahahaha".

Dictionary :
Mekeme = mereka.
Orang cantik hensem like :D

21 comments:

doyah said... Best Blogger Tips

safi sali?

Noor Faridah said... Best Blogger Tips

very nice post! haha... =)

hairie said... Best Blogger Tips

ayat nk best! ngek!

aslann said... Best Blogger Tips

doyah : ha'a safi salee.

Faridah : thanks. :)

hairie : hahaha.jangan jelesh.

Ujang9897 said... Best Blogger Tips

gua suka kak abby

Unknown said... Best Blogger Tips

dah abes pengambaran mesti dorang pulang punye.. aku tgk pagi tu MHI.. best ar jumpe artis.. hehehe

Lydia Miza said... Best Blogger Tips

kak aby sungguh manis...

sri said... Best Blogger Tips

peh lan!!cm nk bakooo2 je JLA ko tu..pembetulan sikettt..yg nk jmp ally tu cume hani..aku nk jmp abg bj ijau aka fedtri.

kerana kegagalan jurugambar, kami (mewakili ida n hani sekali) pulang dgn hampa!! gambar idaman pon ddh xmenarik..sigh

Anonymous said... Best Blogger Tips

woiii!! bukan 1 je kecacatan. paper nan siang pau kau ngn tamil nadu kau tu pon tambah kecacatan tauu.

ain revival said... Best Blogger Tips

wahhh~femesnya..
nak sign~hhehe

Nazrul Ashraff said... Best Blogger Tips

haha..tergelak baca ur post..masa hari tu, tgk kat tV je..choy! rndu UKM..hhee

gEe said... Best Blogger Tips

haha. kamu sgguh 'koya'. haha.

ni msti dh giler citer hntu kak limah balik rumah ni, byk sgt part dlm citer tu. haha

p/s: dgr lgu soley2 ingat plk johan menari.

marish sha said... Best Blogger Tips

hi hi, nama kita sha.
semalam awk bg kita link kat SB .
Suka lah entry ni, suka suka. Nak teruskan menbaca lagi. Ty :)

nadira shahid said... Best Blogger Tips

wardina = so sweet, sgt jeles! ;)

FadhDeela said... Best Blogger Tips

wardina comey pakai tudungg..best la ayat anda sungguh mengelabahhh hahahaha :P

meh singgah: Kashaf Imani..Cite yg Terbaiikkk!!

:: ANNUR :: said... Best Blogger Tips

wahh. nice of ur wardi!~ haha. like2.

munira sajuti said... Best Blogger Tips

ayat ko xde nak poyo lagi? camni ke hakikat ko sebenar? mesti plastik gilaa ni !

munira sajuti said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Along Usop said... Best Blogger Tips

ade ayat2 berunsur tak sedar diri disitu.. wahkahkahkahkah.. =p

Anonymous said... Best Blogger Tips

sy ade tag kamu dlm stu cntest ni :.http://farhanamasdo.blogspot.com/2011/02/contest-senyum-tak-nampak-gigi-d.html

syafeeqa said... Best Blogger Tips

hahahaaa. banyakk noo karenah nyer kat post nieyhh.


best woo dapat tangkap gambar ngan artis kannn. HAHAHA.

Cerita Mengigit Jari Kaki