Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
AMARAN : ENTRY INI SANGAT MENGGELIKAN. JANGAN MAKAN KETIKA MEMBACA ENTRY INI JIKA ANDA SEORANG YG GELI-GELI. OH YA! ENTRY INI JUGA PANJANG 19 INCH. OK SELAMAT MEMBACA! JANGAN PICIT JERAWAT JUGA YA!
Bila aku tengok tajuk entry, aku taktau nak taip intro cemana. Tadi aku baru lepas tengok satu video kat YouTube tentang larvae Botfly yang grow under animal skin. Manusia merupakan salah 1 hos untuk larvae lalat ni membesar. Sangat gross! Euww! So entry ni bakal dipenuhi dengan euww words. Harap kalian bersabar dengan perangai aku. Hiukhiukhiuk <<< gelak cam lahanat.
Dapat idea nak wat entry pasal haiwan yang aku sangat geli. Setelah membuat kamiran dan jujukan aritmatik aku dapati ade 5 spesies haiwan yang memang aku geli gila babi dan babi adalah haram dimakan. Eja Aritmatik pun dah tak betul, nampak sangat dah tak main maths. Aku main bende lain lah sekarang. Hoho.
Setiap orang mesti mempunyai haiwan-haiwan pilihan yg menggelikan termasuklah aku, kerana aku juga manusia yg tak terlepas dari membuat kesilapan, harap dapat maafkan aku. Eh terfeeling bende lain plak! Camnila perangai ko Lann bile la nak berubah jadi ensem. Sebelum tu, mari kite tanye barisan #retis-#retis tentang haiwan yg paling diorang geli.
|
1st respon jawapan yg aku dapat |
OK. Katak kobok. Korang tahu ape aku fikir mase bace tweet jawapan ni? 1st sekali mestilah aku gelak then 2nd aku fikir seekor binatang yg serupa ini ........
|
KATAK YANG MEMAKAI SONGKOK DI KEPALAAA!!!!! |
HAHA. Apehal ntah aku fikir makhluk ini, cute kan katak pakai songkok? "Nak pergi nikahkan orang ke Tok Tak? Hiks!". Katak kobok tu amende la yek? tapi yg sure mestilah famili katak ye dok. Katak aku tak bape geli sangat la, tapi leh la masuk dalam Top 15 list haiwan yg aku geli. Hoho. Tapi kan, kalau katak cam kat bawah ni aku geli, serius aku geli !!
Haa nampak tak? Bukan sebab dialog tu aku geli, tapi sebab
KATAK ITU MEMPUNYAI NENEN! Nenen ye ! Geli siak! Hahahaha. Aku dah censored kan nenen die, tak manis anak dara tenung nenen die nanti kan. Tapi still leh nampak shape nenen tu. Ape la ko Lann censored tak habes. Aku bet ni katak jantan, tengok muka dh tau, tu pasal aku geli, jantan bernenen sebegitu bentuk kan. Memang GELI.
OK tinggalkan tu, tempat ke-5 haiwan yg aku geli jatuh kepada.... haiwan dari Phylum : Mollusca dan Family : Gastropoda (haa nampak sket aku budak Bio gune term-term Bio ni. Haks lahanat berlagak!), adalah haiwan dengan nama timangan
SIPUT BABI.
|
Hoink! Hoink! |
Eh tu bukan gambar siput babi, tu adelah babi yg harom. Alololo, bajet kiut lettew! Yeuks! Haha ok gambar siput babi kat bawah ni.
|
Hi, saya tak harom dipegang. Hiks! |
Magaaaawddd!! Gelinyaaa. Tangan aku cam rasa kegelian tu dengan hanya memandang gambar di atas ni. Dahla besar, melekit ahh sangat geli.
*pengsan*
Spesies haiwan yg mengelikan tempat ke 4 seterusnya ialah.........
.
.
.
.
.
BELUT!!
*Beristirghfar* Besarnya belut tuuuuuuu. Serius time aku taip ni aku nye darah seperti menerima suntikan hormon adrenalin dari err dari ginjal ke? Eh ginjal hasilkan hormon adrenalin ke? Bukan sel-sel Langerhans di Pancreas ke? (Bangsat nak berlagak dengan term Bio lagi kan!). Aherherher! Time aku memancing aku memang tak pernah dapat belut, kalau aku dapat sure aku campak pancing tu, aku rela hilang pancing dari pegang belut. -.-
Sup belut? Ok seriously aku tak pernah makan dan aku tak berniat untuk makan, tapi kalau korang bagi sup, then korang kata
"Ni sup daging ni" surelah aku telan sampai abes, sebab aku tak tau. Hoho. Tapi leh tengok kot tekstur belut ngan daging kan, takkanlah bodoh sangat tak dapat beza.
*cucuk lidi kat hidung*
Tempat ke 3 pula adalah haiwan dari Phylum : Annelida, Class : Clitellata, Subclass : Hirudinea. Homaii, kaki aku terasa semut-semut the moment aku google gambar menatang ni. Ini sangat menggelikan......
|
Letak kecik je gambar ko, sebab aku sangat geli. |
LINTAH !!! Cemanalah orang tu boleh pegang kan, rase nak menangis dah aku kalo dapat pegang macam tu.
*kesat air mata* Banyak gambar lintah yg tersangat ekstrem power rangers mase aku google tadi, tapi aku amek paling least geli doe. Ni pon dah takleh nak fikir dah nak taip ape sebab dah terfeeling geli time tengok gambar ni.
OK tinggalkan kejap chart
Top 5 Most Disgusting Animals on
Aslann As | One Step Forward, wahh kelass dah macam NatGeo! Berikut adalah jawapan bebudak lain tentang soalan aku kat atas tadi. Haa ape ko ingat satu je jawapan kat atas tu dah cukup?
|
Kemainn Munira kan, banyak beno. |
Mostly kate tikus. Eleh setakat tikus, gua pegang hari-hari kat lab tahu? Haa belagak! Haha. Final year project aku memang gune tikus putih tu, we'ols panggil mencit dalam BM nye dan mice dalam BI nye. So memang hehari aku ngadap mice ni lah. Takdehal lah nak pegang tikus! Harharhar! Tu mostly responden pompuan kan, haa korang tengok plak respondan eh responden lelaki punya jawapan.
Cemanalah eh makan ayam, ayam pun geli. Buaya darat tu sejenis haiwan gak eh? Ku ingatkan jantan yg celaka. Haha. Takpelah, memasing punya pilihan kan. Hameklaa, geli ngan ayam. Hameklaaa. *
click image untuk pergi ke blog jejantans kat atas*
OK sambung! Tempat ke 2 pula jatuh kepada haiwan tetomei yang .........................................
Herrrr.... Gelinyaa. Name die
PACAT. Seumur hidup aku selama 23 tahun ni, aku tak pernah jumpa pacat. Ape terkejut-kejut? Pang nak?
*emo gigit baju*. Haha yelah, aku nye kawasan perumahan takde pacat, kalo pergi camping pun kat kawasan tepi pantai, mane nak ade pacat kan. Jungle Trekking memang tak pernah join, tapi kalo mandi air terjun kat sungai pun tak jumpe. Eh pacat ade ke kat kawasan camtu? Yang penting aku memang GELI kat pacat. Sekian.
Dan akhir sekali, tempat pertama the most geli haiwan yang aku geli adalah ................................
.
.
.
.
.
.
Ahaha, kohajo eh, korang gelak kan tengok gambar ni?! Nilah haiwan paling aku geli. Name die
ULAT atau lebih tepat
MAGGOT ! MasyaAllah sangat geli. Aku tak sanggup tengok lelama, tadi aku search 'maggot' keluar gambar memacam yg sangat menggelikan. Gambar real maggots . Heuwww, tobat aku terus tutup tab browser, aku pun search 'maggot cartoon'. Takdelah aku geli sangat. Haa nampak kebijaksanaan aku kat situ tak? Menatang ni dari lalat, so leh jumpe kat tong-tong sampah yg berair, melekit dan busuk. Geli arr nak cite. Kalo sampah jenis basah (sayur , daging etc.) yg korang lambat buang, terbiar kat dalam tong sampah pon menatang ni akan muncul. Euw. Kat bangkai lagi la selalu jumpa. Hogosh! Gonna stop this nonsense entry!!
Sebenarnya banyak kali gak menatang ni muncul kt tong sampah rumah bujang aku kan, time tu memang aku xbuang sampah la, aku suruh housemet aku buang ke tong sampah besar kt bawah apartment. Geli doe! (eh janganla gune bujang, gunelah jejaka.hiks) Haha beselah rumah jejaka kan, buang sampah memalas sume. LOL. Pernah accidentally menatang ni memanjat tangan aku, memang aku libas tangan aku umpama melibas bola besbol la, pastu cecepat aku basuh. Serius meremang bulu roma aku!
Tapi kan, tapi kan, seburuk mana, segeli mana sehodoh mana haiwan tu, takyahlah kutuk lelebih. Hehe, sume tu kejadian Allah SWT kan, dan setiap makhluk tu ade kebaikkan dan hikmah nye tersendiri. Segeli-geli menatang tu, banyak sumbangannya kat manusia jugak. Hee so janganla nak geli sangat! Wat rilek sudeyh. LOL. Tapi aku tetap geli la, tapi aku tak kutuk, tapi..tapi.. ah banyak tapi-tapi plak...
Kalau korang nak tau, kalo aku mandi pantai or jalan kt pantai, aku akan pakai selipar sebab aku geli dan cuak nak pijak dasar pasir kt pantai tu. Kot-kot terpijak LINTAH ke, ULAT ke. Homaii aww aww lah! Aku memang penggeli orangnye so jangan la main geli-geli dengan aku k. HAHA. K bai.