Saturday, November 19, 2011

Blog Aslann As Dalam Majalah Remaja Isu 15 Nov 2011 Bersama Fazura

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
'Inspirasi Suka Duka Aslann As', begitulah tajuk artikelnya. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana blog aku telah terpilih menghiasi ruangan Blogspot dalam Majalah Remaja isu 15 Nov 2011. Maaf, tajuk entry terlalu hyperbola.


Hihi, sangat gembira! Sejak aku mula berblogging, aku tak pernah terfikir blog aku masuk dalam majalah, tak pernah terfikir nak ada fanpage, tak pernah terfikir ade followers sampai 1K, nak dapat pembaca setia pun aku tak pernah terfikir. Humblenye Lann. LOL. HAHA. Terimakasih kepada Atul dari Sahabat Blogger orang yg 1st inform aku pasal menda ni.

Kalau tak silap hari Rabu aku dapat tahu. Terimakasih kat kawan-kawan yg memberi sokongan. Dan korang akan dapat lihat kemeriahan rakan-rakan twitter aku ni. (˘_˘")


Siap buat hesteg #lanremaja , over kot. Terimakasih rakan-rakan yg memeriahkan malam itu, aku tak mampu nak balas sesatu tweet korang. Tapi percayalah, aku bace semua tweet-tweet korang sambil gegelak je. Haha. Gile!

Lagi sorang over. (˘_˘")
Amal kata aku lucah? Mana ade. Aku humble, inesen dan berbudi bahasa kot. Takkanlah muka cam aku lucah kan. Mustahil sangat. Lainlah muke die, ade potensi. Lucah pun aku tak tau ape maksud die. Ape eh lucah? Hamagawdd. (˘̩̩̩^˘̩ƪ)

Tapi kenapa ade Fazura di situ? Sebab..... Fazura ..... ucapkan .... Congats kat aku! Wehee! Germbira LOLOLOL. Terimakasih atas kenakalan rakan-rakan twitter, terutamanya kepada FauziNor yg tweet kt Fazura pasal blog aku. Tengok! Over kan? Nasib Faz balas tweet tu. Kalo tak, kalau tak..aku nak mogok lapar malam tu. *OK takde kaitan*.

Sayang Faz. Mumuahh.


Mintak maaf kat Faz sebab banyak diorang mentioned nama aku kat Faz. >.<
Kenakalan rakan-rakan yg tidak dapat dibendung lagi. Ade yang tanya, "Dah bagitahu Lisa dah? TMJ (Tengku Mahkota Johor)?" Yang ni tweet Topek Helios, gua tak sempat nak printscreen. Over kau nyah!

Terimakasih jugak kat Mohd Khairi yg tulis entry pasal blog aku masuk Mag Remaja <<< Klik untuk mengetahui sifat peribadi aku yg luhur dari kacamata seorang rakan. Hihi. Tengok, aku pon tak sempat update lagi orang lain dah update, loosernye Lann dalam update entry. Update entry je looser, lain winner. Herher. Ade lagi sorang kata die tulis intro pasal blog aku masuk Mag Remaja, aku tak ingat sapa. Sapa eh? Adameben ke? (bajet tanya kat sini terus dapat jawapan).

Terimakasih juta-juta lemon <<< dulu kecik-kecik suke cakap mende ni, semestinya pada crew editorial Majalah Remaja terutamanya Shahir yang memberi peluang blog aku mengisi ruangan Blogspot pada isu 15 Nov 2011 ni. Terimakasih juta-juta lemon Shahir! >.<

Kemainn besar aku letak. HAHA suke hati la. Korang boleh click untuk zoom in gambar kalau still tak nampak. :p
Untunglaa Lisa, muke die paling besar masuk. Femes la die lepas ni. Selain blog aku, ade lagi 1 blog rakan blogger juga masuk kat bawah tu, nampak yg kaler kuning-kuning tu? Haa tulah blog die, hihi masuk sikit kt gambar atas ni. Ape motif ayat kau ni sebenarnye Lann? Ntah aku pon tetibe blurr.

Maafla sebab dah lama tak update blog. Teringat dulu masa mula nak aktif berblogging, ade orang tu siap update enam entry sehari! Dasat kan? Kau ade? HAHA. Tapi yg tu bukan aku. Ade gak orang yg bawak laptop kemana saja sebab nak update entry selalu. Eh terase ke? Herher. Yang tu pun bukan aku jugak. Aku takdelah setegar tu, dulu semingu adela 2 3 entry, sekarang sebulan 1 entry. Mak aku marah update entry banyak-banyak. Membazir elektrik katanya. Kenela ikut cakap Mak kan. Baru leh masuk Syurga. Makk nak masuk Syurga sekaranggg. (˘_˘")

Bebudak SPM kalau baca entry aku ni, die maki aku, sebab ape? Sebab entry aku panjang mengalahkan karangan kertas BM SPM diorang. OKlah, malas nak taip lagi, sape-sape yg nak blog korang masuk dalam Remaja, contactlah Abang Shahir tu, ajak die makan ke, blanje main bowling ke. Die single lagi tu rasanya. Haha. Cemana nak contact die? Hek eleh p lah beli Majalah Remaja isu 15 Nov ni, yang cover depan Schaa Al Yahya dengan Saheizy Sam tu, pastu belek la page crew editorial cari emel Shahir. Camtu pun nak kena ajar. Kecik-kecik taknak mati, dah besar menyusahkan orang. LOL. sarcastic.

Lepas ni nak aim Kosmo la pulak. Herherher.
Entry santai, don't take it seriously. K bai.
Orang cantik hensem like :D

Cerita Mengigit Jari Kaki